HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, May 25, 2023

Rehlah dakwah Habib Omar ke Malaysia Mei 2023



ketibaan Habib. Alhamdulillah.
 



Setibanya di Malaysia, الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar meneruskan perjalanan beliau ke Markas Muwasolah Baina Ulama Muslimin Malaysia untuk tujuan berikut:

1. Majlis Perasmian Pembukaan Markas & Majlis Peletakan Batu.

2. Majlis Perjumpaan bersama Ittihad An Nur - Malaysia 

Semoga Allah memberkati pertemuan dan majlis ini.












KULIAH SUBUH DI FAIDUR RAHMAH

Alhamdulillah, الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar memulakan aktiviti dakwah pada hari ini dengan Majlis Kuliah Subuh di Faidur Rahmah, Sungai Penchala. Al Habib membahaskan kitab ‘Tasawwuf & Sufi: Suatu Pengenalan’. 

Semoga dakwah Al Habib pada harini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.









MAJLIS MUZAKARAH ULAMA-UMARA

Alhamdulillah, usai Kuliah Subuh الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar meneruskan perjalanan ke Hotel Concorde, Shah Alam untuk Majlis Muzakarah Ulama-Umara bersama:

1.  Perdana Menteri Malaysia: Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. Menteri Besar Selangor: YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
3. Mantan Mufti Mesir: Al Imam Al Allamah Profesor Dr. Ali Jum’ah

Semoga pertemuan ini memberi manfaat yang besar, khususnya untuk rakyat Malaysia. 

آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن.






SEMBANG ORANG SENI

Alhamdulillah, الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar meneruskan dakwahnya bersama penggiat seni negara di Grand Barakah Hotel, Ampang sebentar tadi. 

Semoga Allah mengurniakan kita semua hidayah dan dosa kita diampunkan insyaAllah.











KULIAH SUBUH DI TAWFIQ

Alhamdulillah, الحبيب عمر بن حفيظ - Habib Omar memulakan dakwahnya pada hari ini dengan membahas kitab Tasawwuf & Sufi: Suatu Pengenalan di Musalla Al Abrar yang terletak di Sungai Penchala.

Semoga pertemuan ini diberkati serta memberikan manfaat kepada yang hadir dan menonton secara siaran langsung.










































MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA 

Alhamdulillah, lebih daripada 18 000 umat Islam bersama-sama menghadiri Majlis Ilmu MADANI Bersama Anwar Ibrahim di Masjid Putra sebentar tadi.

Semoga pertemuan ini adalah pertemuan yang diberkati dan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment