HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, October 20, 2017

Ziarah Ulama Perak bersama jemaah Masjid Sultanah Bahiyah 4.10.17






















Himpunan Ulama Kedah - Ulama ahli sunnah wal jamaah - ulama Muktabar










Majlis Ulama Kedah


Takdir ALLAH ...
ALHAMDULILLAH...
Hari ini 27.9.17.
Majlis Ulama Kedah menziarahi sebahagian ulama Tua Kedah bagi tujuan membentuk satu ikatan yang kukuh sesama ulama Kedah dalam menyuarakan dan selesaikan satu satu isu ummah yang berbangkit.
Doakan kami dalam usaha membukukan risalah untuk perkenalkan ulama ulama tua ulama pondok negeri Kedah untuk sebaran maklumat pada umum.
Doakan moga Allah permudakan urusan ini demi perjuangan masa depan Agama bangasa dan negara. Moga ummat mengenang jasa ulama serta sentiasa bersama ulama , moga beroleh barokah dunia dan akhirat.
Hari ini sempat ziarah :
1. Dato Tuan Guru Hj Ahmad bin Md Noor
Menantu Pak Chu Him Gajah Mati dan Anak Murid Pak Da Eil Makkah
2. Tuan Guru Hj Abdullah.
Anak murid Pak Da Eil Makkah dan murid Syeikh Abd Qadir Mandili.
Doakan moga ALLAH mempermudahkan lagi urusan, diberi kesihatan dan rezeki serta kelapangan masa untuk ziarah dan ambil maklumat ramai lagi ulama tua di sekitar Kedah Insya Allah.
INSYA ALLAH...
Doakan...
Akan menyusul dari Majlis Ulama Kedah
1. Buku biografi ringkas ulama Kedah yang masih hidup
2. Biografi ulama Kedah yang telah meninggal dunia.

Kubang Pasu Berselawat

Tahniah Kolej Komuniti Bandar Darul Aman atas penganjuran Kubang Pasu Berselawat malam ini 26.9.17
Moga lebih subur majlis Cinta Rasul dan majlis ilmu majlis mahabbah majlis himpunan ulama di Kedah . Moga Kedah berkat dengan pegangan Ahli sunnah wal jamaah.






Kuliah Dhuha Masjid Sultanah - Sambutan Maal Hijrah 1439

 Penghayatan Maal Hijrah 
Peringkat Masjid Sultanah Bahiyah.
Alhamdulillah bacaan kitab الهجرة الى الله
AL HIJRAHTU ILALLAH oleh Tuan Guru Baba Khairul Anuar 
Pagi ini 9pg -12 tgh.
25.9.17
Kitab sebahagian lagi akan disambung Isnin akan datang Insya Allah...







Ziarah Tuan Guru Haji Isa Gerik Kali Pertama bersama Tuan Guru Baba Abdul Karim Dala

 Tuan Guru Baba Hj Abdul Karim ketua persatuan Ulama Fatani ziarah sesepuh ulama yang masih berbaki yang pernah belajar dari Syeikh Ismail Fatani/ Makkah dan TGH Hassan / Tok Monggol Fatani.
Syeikhuna Tuan Guru Baba Abdul Karim - 70 tahun.
Tuan Guru Baba Hj Isa Pondok Air Jernih Keroh - 87 tahun mengikut ic yang didaftar bahkan umur lebih dari itu. Mungkin didalam lingkungan 90 tahun.
Semasa ziarah TGH Isa Gerik teringat kepada dua tokoh ulama yang mana mereka berdua ini merupakan sahabat TGH Isa Gerik satu ketika dulu
1. Almarhum Syeikhuna Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
2. Almarhum TG Syeikh Toyibb Al Makki.
Al Fatihah buat mereka .
Permata ulama yang pernah berhubung dengan tokoh ulama dulu di Makkah sudah tidak ramai.
Moga ALLAH rahmati mereka dan kita dunia Akhirat.
Kenangan ziarah bersama Syeikhuna Tuan Guru Baba Abdul Karim ke rumah TGH Isa Gerik pada
22-23.9.17. Moga kenangan ini akan membawa ke syurga






Sambutan Maal Hijrah 1439 Habib Omar bersama Syeik Ali Juma'ah