HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 17, 2014

Manhaj Dakwah Para Habaib - Helmi Assyafie Taalim Asyairah

Manhaj Habib - Helmi Assyafie


Klip video atau ke Youtube : Penerangan apakah itu dinamakan Habib dan apa manhaj dan hala tuju dakwah habib

http://www.youtube.com/watch?v=hrI6k3wMXPU

Akhir Zaman ini jalan yang paling baik kita sertai adalah jalan perjuangan dakwah habib dan tuan guru pondok .


Perjuangan dakwah Ahli Sunnah yang paling berjaya sekarang ini di akhir zaman adalah apabila kita menyertai manhaj dakwah para habaib yang merangkumi sunnah perjuangan menarik ummat kepada Islam

Dakwah para habib sangat berkesan sebab
1 . Memperjuangkan ahli sunnah wal Jammah
2.  Mempertahankan kitab thurath seperti perjuangan tuan tuan guru pondok atau pasentren
3. Dakwah kasih sayang kembalikan hati ummat kepada Allah dan Rasul
4. Dakwah kearah penyatuan ummat kepada Allah dan Rasul
5. Mendidik manusia seperti tarbiah salaf soleh yang terdahulu
6. Menyeru ummat kepada jalan tasauf dan hidup berakhlak
7. Sanjung tinggi ulama muktabar yang telah meninggal dunia seperti Imam Syafie dan imam mazhab yang lain     ,begitu juga sanjung tinggi Imam Ghazali , Imam  Nawawi ,  Imam Ibnu Arabi, Imam Abdullah Al Hadad      dan tokoh tokoh ulama yang terkenal dari kalangan ulama ahli sunnah wal jamaah
8. Mempertahankan amalan amalan zikir , hizib dan lain lain seperti amalan tuan guru pondok
9 .Mendidik hati ummat agar cinta Rasulullah SAW - jalanan habib Yaman merupakan ahli dalam menjadi        asbab kepada menghidupkan hati ummat agar cinta kepada Rasul dengan cara berselawat berqasidah dan    banyak lagi , Ingin memahami manhaj para habaib kita perlu mendekati atau malazimi mereka dan kita          perlu pelajari ilmu dari mereka yang tinggi akhlak .

Tulisan ini sebagai luahan hati saya , harap tidak menyinggung mana mana pihak , dan bukan saya nafikan peranan, sumbangan dan pembawakan dakwah lain . Tetapi disini saya ingin menyatakan perasaan hati saya .Dengan Nama Allah hati saya tidak pernah merasai kemanisan melaikan apabila berjuang dengan gerakan dakwah bersama Tuan Guru pondok dan gerakan dakwah habib .

Sukar hendak cari jalan untuk mendapat kepuasan berjuang untuk agama melainkan apabila bersama gerakan para habaib menyampaikan dakwah begitu juga dakwah tuan guru pondok dalam berjuang memberi kefahaman yang sahih ahli sunnah wal jamaah kepada masyarakat .
Perjuangan dakwah yang penuh ujian cabaran dan rintangan ini amat manis kita hadapi andai kita brjuang dengan keyakinan dan sokongan dan doa dari ulama yang merupakan kekasih kekasih Allah .

Ulama Pondok dan Habaib memiliki ilmu yang mantap lebih lebih lagi dalam bidang kitab thurath .
Alhamdulillah kebangkitan anak muda amat membanggakan kita dengan gelombang  majlis selawat dan Ya hana na tetapi jika ingin memahami dan merasai kemanisan ini maka perlu kita mendekati ulama dengan cara menghadiri majlis ilmu , belajar kitab dari ulama muktabar supaya tahkid ilmu kita  . Tanpa ini semua kita belum mendapat menghyati erti kemanisan hidup beragama , kita hanya tiru tiru dan ikut ikut dan hati kita pasti akan rasa kosong disebabkan kita tidak mengikuti aturan yang diajar ulama.

Saya amat bersyukur dan berbangga dengan aura kebangkitan anak muda dalam majlis majlis selawat dan Ya Hana na tetapi andai anak anak muda mendekai majlis ilmu dari ulama ulama muktabar maka lebih bahagia dan Insha Allah sausana ilmu akan wujud seperti di Yaman , Indonesia , Mesir , Morocco dan lain lain lagi negara yang mana majlis ilmu dan majlis maulid selawat mendapat sambutan yang amat amat menggalakan dari sebab kecintaan kepada ilmu dan mendapat hakikat cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul SAW.


Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah bersama Habib Omar Al Hafidz 
 Baba Ismail Sepanjang Tokoh Ulama Besar Fathoni bersama Habib Omar di Yaman



 Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah


 Golongan Habib yang telah berjaya dakwah mereka dan banyak berjasa kepada Islam


 Helmi Assyafie bersama permata hati Al Habib Omar bin Hafidz
Helmi Assyafie ( penulis ) bersama Habib Syech 

Bukan bermakna apabila kita bersama ulama pondok dan habib kita tinggal perjuangan untuk Islam .
- Saya ingin tegaskan kepada masyarakat , bukan apabila kita bersama pondok atau habib atau kita suka kepada majlis selawat menyekat perjuangan dan sumbangan kepada Islam .
Kita di Malaysia keadaan berbeza dengan negara lain , perjuangan untuk Islam memang perlu untuk tegakan Islam di Malaysia , tetapi jangan sampai berpolitik sampai luar batasan agama hingga taksub dan abaikan agama , ini amat merugikan . Ada pentaksub politik asyik berjuang politik hingga abai pengajian abai amalan sehingga ada yang meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat untuk belajar agama dan tidak sempat untuk beramal sebagai bekalan di akhirat ini amat amat merugikan .
Berpolitik cara Islam itu yang brtul , apabila kita mengikut ilmu dan hukum yang digariskan oleh agama Islam . Jangan bergaduh PAS UMNO hingga tidak sudah , hari hari bergaduh hingga mati tidak sudah . Ubah cara fikir , hak tanggungjawab politik kita tentukan lima tahun sekali yang kerja untuk politik jangan berhenti silakan tetapi jangan bergaduh hari hari cakap politik sampai tak sempat nak bahas ilmu dan amal . Tujuan yang paling besar utama iaitulah Iman dalam diri , keluarga dan masyarakat . Inilah yang diperjungkan oleh guru pondok dan habib agar masukan iman kedalam hati ummat supaya ummat kembali kepad Allah dan Rasul .
Dakwah tidak ada batasan pada PAS atau UMNO dakwah untuk semua , maka dakwah perlu ada hikmah agar semua ummat dapat ambil menafaat . Apabila ummat faham Islam mestilah ummat akan tolak mungkar .
Para pendakwah sekarang susah apabila hanya nak jaga makhluk , pengaruh dan nama hingga cakap perkara yang memihak kepada sebelah dan menyinggung sebelah pihak .Jika UMNO ulama itu maka ia akan bercakap untuk UMNO suka dan jika PAS ulama itu dia akan bercakap bagi PAS suka dan terkadang benda yang betul ulama tak berani nak tegur kerana takut pengaruh hilang , orag tidak suka begitu juga jika pekara itu mungkar mereka tidak tegur sebab nak jaga rakan.  Sedangkan ajaran ahli sunnah wal Jamaah yang ditinggalkan oleh Rasulullah yang dibawa oleh guru pondok dan habib dakwah hanya untuk memberi  kefahaman yang jelas kepada ummat agar ummat faham Islam dan hati kembali kepada Allah dan Rasul . Walaupun perkara itu pahit terpaksa diperkatakan sebab amanah kita dengan agama Allah , kita jaga Allah maka Allah jaga kita .
Hari ini ramai orang tak nak jaga Allah tetapi ramai yang utamakan makhluk dari hukum hakam Allah sekalipun ulama mereka akan cari modal bercakap agar pihak mereka betul sekalipun perkara itu jelas tidak betul , ini bukan  dari ajaran Islam ini adalah ajaran taksub buta tulu politik. Sayang dunia tidak kena gaya dan tak kena tempat .
Pesanan saya yang paling baik sekarang ini perjuangan kita di Malaysia
- Bersama ulama pondok belajar ilmu agar memahami ilmu agama dengan mantap supaya mantap pegangan     agama dalam kehidupan
- Bersama Habaib dalam mempelajari ilmu akhlak dan adab serta membentuk hati kita kepada cinta hakiki     kepada Allah dan Rasul
- Memperjuangkan ahli sunnah wal jammah bersama ulama dan habib agar di akhirat kita dapat bersama        duduk dibawah panji panji Rasulullah SAW
- Bersama PAS terutama syura ulama untuk laksana hudud di Malaysia , jika ada yang menentang syura    ulama jangan kita dekati pemimpin itu , berjuang dengan ilmu bersama perjuangan ulama ahli sunnah wal jamaah bedasarkan ilmu bukan taksub politik buta tuli dan dakwahlah UMNO dengan baik dan hikmah agar UMNO faham Islam dan terima Islam bukan benci UMNO dengan hawa nafsu politik tanpa dakwah , jika dengan DAP dan PKR boleh berbaik baik apa salah jika kita baik baik dan dakwah UMNO sehingga mereka faham dan terima Islam secara keseluruhan , jangan jadi PAS yang tidak mengaji agama , orang PAS yang semangat berjuang politik hingga tidak sempat hendak melakukan ibdat . Jangan jadi khawarij yang memusuhi ummat Islam hingga luar batasan yang menghukum orang semua salah yang betul hanya kita fahaman ini adalah salah dinamakan khawarij dalam fahaman ahli sunnah . Ramai rasa dia ahli sunnah tatapi jika tidak pelajar ahli sunnah dengan baik maka tidak mustahil dia akan berfahaman yang keluar dari ahli sunah seperti wahabi , syiah , khawarij , muktazilah , dan lain lain.
Akhir kalam jangan buang masa dengan perkara tidak mendatang faedah kepada untuk menyumbang kepada kebaikan akhirat kita dan jangan tinggal ulama terutama guru pondok dan habib serta jangan tinggal perjuangan bersama syura ulama PAS ( ulama yang aliran sunni )  untuk kita melihat hukum Allah terlaksana di Malaysia

Tuesday, August 12, 2014

Akhir Zaman jalan yang paling baik kita ikut ialah dakwah Habaib dan pondok

Di Akhir Zaman jalan yang paling baik kita ikut dakwah Habaib dan pondok - Ulama Sunni ahli Baith ( Keturunan Rasulullah ) - Helmi Assyafie

Assalamualaikum wb
Ana al Fakir Helmi Assyafie ( Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan )



Akhir zaman ini pelbagai fithnah yang melandai ummat Islam
Sudah lama saya ingin menulis isu ini tetapi malam ini 6 Syawal 1435/ 2014 ALLAH memberi taufiq kepada saya baru dapat menaip tulisan ini .
Saya rasa tulisan ini amat penting diakhir zaman ini supaya anak anak muda sahabat saya anak anak buah saya yang jauh akan dapat ambil menafaat dengan fikrah dan manhaj ini .

Saya telah menyertai banyak gerakan Islam termasuk NGO dan Parti PAS .
Saya pernah menjadi Ketua Pemuda PAS cawangan Pekan Sik 2008- 2010 dan Setiausaha Urusan Ulama PAS kawasan Sik tahun 2012 - 2013 , sekarang ahli  Pelapis Ulama PAS Kedah bersama sahabat darul Hadis Kedah
Banyak lagi gerakan saya ikut dalam medan dakwah, tetapi Demi Allah saya merasa manis berjuang dengan gerakan ahli sunnah bersama ulama pondok dan mengikuti dakwah para habaib .

Baca dulu , jangan lekas menghukum !!!
Demi kebaikan untuk seluruh sahabat di akhir zaman saya tampil untuk mengajak anak anak muda supaya kita berada dalam gerakan perjuangan Islam dan ahli sunnah wal jamaah .

ALHAMDULILLAH apabila menemuai Murabbi hati Al Habib Omar bin Hafidz Yaman di Kuala Lumpur
dalam majlis Muwasholah baina ulama muslimin hujung tahun 2013 saya seperti dicuci hati oleh Habib Omar , bukan saya taksub tetapi perasaan ini Allah berikan kepada saya merasai selesa dan sesuai serta merasai penghayatan perjuangan dakwah yang tidak ada dalam mana mana gerakan kecuali jalan dakwah ulama pondok dan habaib ulama keturunan Rasulullah terutama habaib dari Yaman yang dipimpin oleh Habib Omar Al Hafidz dan Habaib lain.
Hati saya seloah olah dicuci fikiran dan jiwa saya oleh Habib Omar , bukan saya sahaja merasai begitu , ramai ulama yang hadir dari Malaysia , Indonesia , Thailand , Kemboja akur dengan kata kata habib Omar dan ada ulama yang menangis mendengar manhaj habib Omar . Perjuangan saya jelas untuk Islam dan Ahli Sunnah .



Tulisan ini saya kira akan jadi isu bagi sahabat sahabat saya dari kalangan PAS dan masyarakat yang tegar dengan politik  , tetapi mahu tidak mahu saya perlu nyatakan apa yang saya dapat agar fikrah dan manhaj jelas. Saya ingin menjaga Allah dan Rasul bukan saya ingin jaga makhluk itu sebab saya terpaksa beranikan menyatakan pendirian saya . Moga ia menjadi menafaat andai saya mati esok atau lusa .
Saya bukan UMNO /BN saya masih ahli PAS tetapi saya luahkan disini agar kita berfikir dan mendapat manhaj yang baik untuk menyelamatkan diri kita di dunia akhirat , Manhaj para habib dan ulama ahli sunnah jelas untuk dakwah kasih sayang .

Kehidupan kita yang utama iaitu pengajian ilmu untuk kenal ALLAH Rasul dan setiap apa yang wajib kita beriman maka kita perlu beriman . Kedua kita mesti ada ilmu syariat dan kehidupan perlu ikut segala hukum hakam Allah , tidak cukup itu sahaja kita perlu ada sikaf ihsan dan akhlak seperti diajar oleh baginda Rasulullah saw

Manhaj dakwah para habaib adalah manhaj ahli sunnah wal jamaah dan ada kesamaan dengan guru guru pondok atau pasentern . Disini ada pesamaan yang amat kuat antara habaib dan guru pondok mempertahankan kitab thurat / klasik dan perjuangan menegakkan ahli sunnah wal jamaah




Ramai sahabat hairan dulu saya ( Helmi Assyafie ) aktif PAS sekarang kurang sikit .
Saya jawab : Saya masih pejuang Islam yang ikut prinsip ilmu bukan taksub, saya masih ahli dan penyokong PAS , jika betul saya kata betul jika salah saya tak akan kata betul . Saya dalam PAS untuk perjuang hudud dan keadilan Islam  , sekarang ulama PAS bersungguh sungguh nak laksana hudud di Kelantan itu sebab saya masih dalam PAS dan juga masih banyak lagi ulama dalam PAS, tetapi saya sangat benci ahli PAS yang lawan ulama dan tidak semangat untuk sokong ulama pejuang hudud  , tapi tak mustahil jika PAS nanti ramai ulama sudah tiada saya akan fikir lain sebab saya diajar oleh murabbi murabbi saya  PAS adalah ijtihad bukan agama untuk dianuti dan saya mengatakan saya pejuang Islam dan ahli sunnah bukan saya pejuang PAS , jika saya pejuang PAS ini masalah yang berlaku sekarang ramai ahli PAS taksub . Manhaj para habaib dakwah atas dasar kasih sayang tidak kira politik asalkan belajar ilmu agama dan amalkan Islam dalam kehidupan , soal politik itu hak masing masing masa undi itu hak masing masing , jangan lagi kita buang masa untuk berkelahi politik hingga Islam jadi lemah dan ada dikalangan ahli politik tidak sempat belajar untuk menghayati Islam dalam kehidupan hingga meninggal dunia dalam keadaan rugi dan sia sia . Mereka anggap kerja politik betul betul amalan yang terbaik dalam kehidupan sedangkan banyak amalan lain yang telah diabaikan hingga menjadi orang rugi di akhirat .

Sekarang saya dah bertukar arah dari aktif PAS kepada lebih aktif membantu gerakan dakwah ulama pondok dan ulama para habib sebab inilah benteng ahli sunnah akhir zaman yang benar benar memperjuangkan Islam dan Ahli Sunnah yang sebenar seperti tarbiah Rasulullah , para sahabat dan imam iman kita yang agung yang telah mendapat kejayaan dalam hidup dunia akhirat

PAS sekarang tidak lagi seperti dahulu , dulu PAS ramai ahli berjuang aqidah , wala' pada kepimpinan ulama Lihat apa sudah jadi sekarang ? Saya kritik UMNO sebab ramai jahil tapi saya kritik PAS ramai ahli yang betopeng Islam , bejuang ikut nafsu sehingga ada yang tidak lagi hormat ulama sebagai contoh isu MB Selangor apabila TG Hj Hadi sokong Khalid Ibrahim kekal MB ramai ahli PAS yang tidak setuju sebaliknya memihak kepada Anwar dan banyak lagi contoh seperti Dato Tn Ibrahim bertanding dengan Mad Sabu maka yang menang Mad Sabu bukan Dato Tn Ibrahim ini sudah menjadi dalil kukuh ahli PAS sekarang bukan seperti dahulu , saya berani kata sebegini sebab PAS bukan maksum maka bebas saya memberi pandangan biar ramai yang tidak setuju dengan pandangan saya. Saya harap ummat kembali kepada ilmu dan Islam yang sebenar bukan menggunakan nama Islam atas dasar kepentingan hendak jadi YB dan MB sahaja .
 Kita perlu sokong ulama PAS dalam memperjuangkan Hudud dalam negara .Bagaimana cara untuk perjuangan ini berjaya maka saya jawab ikutlah sunnah Rasul dengan tanam ilmu keimanan dalam dada sahabat kemudia barulah bersatu untuk tegakkan syariat , sekarang ramai kita semangat untuk tegakan Islam dalam negara dalam masa yang sama dada kosong ilmu , jika orang minta terang bab hudud ramai yang tidak tahu sebab tidak belajar , jika orang yang perjuang hudud tak menjiwai apa yang diperjuangkan bagaimana kita nak terangkan kepada orang yang tidak memahami apa apa tentang hudud ? Muhasabahlah wahai orang beriman . Kembalilah kepada jalan ALLAH dan RASUL SAW

Pesan habib Omar Al Hafiz yang saya selalu ingat
" Kalian perlu mengikuti jalan orang yang telah mendapat kejayaan orang yang kerohanian mereka hebat seperti Imam Ghazali ra. jika kalian tinggal jalan mereka ( ulama tasauf ) kalian akan rugi dunia akhirat "

Saya nasihatkan diri saya , keluarga saya dan seluruh anak buah dan saudara seislam agar kita jangan buang masa dengan pertelingkahan sedangkan banyak tanggungjawab agama kita abaikan .

Jangan kita rasa para habaib tidak berjuang dan tidak berpolitik , hakikat mereka lagi berjuang dan pandai berpolitik dari kita sebab berjaya menarik ummat kepada jalan Allah dan Rasul tidak kira fahaman politik , ini kejayaan dakwah , jika orang faham Islam maka mudah untuk tegakkan Islam dan orang tidak lagi ingin pada kemungkaran , renung renunglah .

Bukan saya suruh tinggal PAS sebab PAS telah berjasa banyak untuk Islam di Malaysia , tetapi saya ingin menyeru pada ummat tidak kira PAS atau UMNO berpada pada lah kita berbalah dalam politik sampai tak sudah , kembalilah kita pada ilmu , amal, kembalilah kita kepada ALLAH dan RASUL .

Ulama kita sekarang ramai tak bijak untuk menyatukan ummah , jika ulama PAS orang UMNO tidak ikut , ini salah , ulama ini hak ummat ikutan ummah jika ulama itu cakap betul terima sahaja lah jangan lawan , ini taksub UMNO sampai tak nak belajar hingga jahil mati dalam jahil begitu juga ulama ulama tidak mesra tidak memahami masyarakat dalam kuliah dalam ceramah dan khutbah mai nak hentam sahaja hingga tidak boleh menarik orang kepada ALLAH dan Rasul hanya ulama jenis ini syok sendiri dengan pengikut yang tidak berkembang . Begitu juga ulama UMNO jarang sangat ada yang berani untuk menyatan kebenaran .
Jika negara kita terus begini maka Malaysia akan mundur segi pemikiran dan Islam di Malaysia tidak kukuh dan ahli sunnah kurang kuat . Mahu tidak mahu kita perlu menyertai gerakan dakwah para habaib yang dakwah ummah atas dasar kasih sayang untuk tarik ummat pada ALLAH dan RASUL .

 Ustaz Zulkifli Baitu Qura Melaka merangkap Ketua Ulama PAS Melaka yang merupakan salah seorang murabbi al fakir beliau menyatukan anatara PERJUANGAN AHLI SUNNAH , MEMPERTAHANKAN KITAB PENGAJIAN PONDOK , MENYERTAI DAKWAH PARA HABAIB DAN DALAM MASA YANG SAMA BELIAU BERJUANG DALAM PAS UNTUK TEGAK ISLAM dan beliau pernah berkata kepada saya . Kita ahli sunnah berjuang atas dasar llmu kita perlu ikuti dakwah para habaib yang luar biasa dan kita berjuang dalam PAS kita bukan taksub , apa yang kerajaan Melaka buat baik saya akan sokong termasuk majlis maulid kerajaan Melaka anjur saya akan hadir sertai kerajaan bawah UMNO tidak boleh buat lebih baik sebab dasar merka kurang baik dan skop untuk buat baik terbatas maka tugas kita untuk sokong apa sahaja kebaikan walaupun ia dari UMNO ini fahaman mesti kita terap ajar lahir perjuang Islam sebenar beteraskan ilmu bukan semangat bejuang ikut hawa nafsu .

SAYA MENYERU AGAR ANAK ANAK MUDA YANG BENAR BENAR UNTUK BEJUANG ISLAM DAN AHLI SUNNAH MARILAH KITA BERSATU SOKONG PERJUANGAN ULAMA PONDOK DAN HABIB DENGAN MENGIKUTI MAJLIS ILMU DARI ULAMA YANG BENAR BENAR HIDUP HATI MEREKA DENGAN ALLAH DAN RASUL SERTA MENJIWAI KASIH SAYANG KEPADA ALLAH DAN RASUL DAN MENGIKUT ADAB KASIH SAYANG
APABILA ANDA DAPAT ULAMA SEPERTI INI IKUTILAH MEREKA DAN BANTULAH DAKWAH MEREKA MOGA KITA AKAN DAPAT KASIH SAYANG ALLAH DAN RASUL
- TIDAK CUKUP UNTUK HADIR MAJLIS MAHABBAH DAN SELAWAT SAHAJA , KITA PERLU MENUNTUT ILMU AGAR HATI KITA MERASA MANIS DENGAN ISLAM DAN IMAN SERTA PERJUANGAN ISLAM

Ini pandangan  dan luahan hati al fakir Helmi Assyafie berdasarkan pengalaman muda dalam medan dakwah ini . Jika berlaku khilaf mohon maaf dan doa kebaikan dunia akhirat untuk al fakir.
- 6 Syawal jam 2. 30 mlm
.............................................................................................
SAMBUNGAN
8 Syawal 1435

PAS Memberi sumbangan besar kepada Islam di Malaysia

ALHAMDULILLAH hari ini dihubungi Cikgu Sukarno Paksi Darul Hadis
dan beliau telah memberi semangat dan nasihat yang bermanfaat pada hamba ini .Pada hari yang sama saya dan cikgu sukarno Paksi menziarahi Murabbi Mursyid saya Tuan Guru haji Salleh Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik beliau dalam amanat mengatakan " Jangan tinggal jemaah , kita tidak boleh lari dari perjuangan , yang jadi masalah adalah pimpinan yang buat perangai , kita kena ( perlu ) simpan ( baiki ) tetapi kita tidak boleh lari dari pejuangan yang diamanahkan oleh Rasulullah kepada kita "


Alhamdulillah saya masih sedar dan masih ahli PAS dan saya masih berjuang dan masih sayangkan PAS kerana dua faktor , pertama kerana banyak lagi ulama dalam PAS dan kedua PAS terutama dewan ulama bersungguh sungguh hendak melaksanakan hudud . Semua ini berdasarkan kajian dan penglibatan saya dalam program jemaah.
Tetapi saya bukan taklid dan saya diajar untuk bencikan taklid , apa yang diamalkan adalah mengikut ilmu dan ulama . Saya bencikan orang yang lawan ulama , saya bencikan orang yang berjuang tanpa mempelajari ilmu sehingga tidak menjadi perjuang Islam sebaliknya menjadi hamba parti sahaja .
Kesimpulannya perjuangan mesti dari ilmu bukan semangat .

Perjuangan yang paling baik sekarang ini mestilah digabungkan PERJUANGAN AHLI SUNNAH ,  HARAKI YANG BERSIFAT SUFI , GERAKAN DAKWAH HABAIB ( ULAMA AHLI BAITH TERUTAMA DARI YAMAN ) , PONDOK , DAN PAS bagi kita orang Malaysia.

NASIHAT Akhir saya :
Jangan jadi macam orang dulu letak politik nombor satu dan begaduh sepanjang masa sampai ramai berpolitik sampai mati tak sempat nak tambah amal amal disebabkan taksub pada politik , kita perlu ubah cara pemikiran , hak politik lima tahun sekali kita undi, yang kerja politik teruskan sepanjang masa tetapi jangan bergaduh sepanjang tahun sampai merugikan kita , kita tambahkan amalan untuk kaya di akhirat , kita satukan kekuatan ahli sunnah , kita tambahkan ilmu dalam diri kita , kita jangan buang masa lagi . Dakwahlah dengan dakwah kasih sayang jangan kira PAS atau UMNO kita dakwah ummat supaya kembali kepada ALLAH dan RASUL .
Jika PAS dapat bertahaluf dengan DAP mengapa pula kita tidak boleh dakwah kasih sayang kepada UMNO agar mereka faham ISLAM . Sudah sudah bergaduh hal politik
Berjuanglah dengan iman dan prinsip Islam dan ajaran ahli sunnah , jangan berjuang dengan nafsu !!!

SAHABAT sakalian jangan sahaja berjuang dengan PAS kerana diakhir zaman sekarang PAS tidak lagi seperti PAS dahulu , tetapi yang pasti kita bersama para alim ulama , jangan kita lawan mereka , dan marilah kita bergabung dengan ulama pondok untuk kuatkan kesatuan ahli sunnah wal jamaah , selain itu jangan tolak manhaj para habaib untuk kita dakwah ummat dengan kasih sayang .

INSYALLAH dengan gabungan ini kita akan merasai kemanisan perjuangan .
Saya tidak ada apa apa kepentingan melainkan menyeru saudara kepada ALLAH dan Rasul .
Jika apa yang salah dari UMNO saya akan kritik , jika ada kesalahan dari PAS saya akan kritik dan jika ada baik dari UMNO saya akan sokong dan bantu dan pastinya saya akan istiqamah dalam PAS selagi ulama ahli sunnah masih ramai dan selagi PAS bertegas untuk perjuangkan hudud . Sudah pasti saya tidak akan masuk UMNO sebab dasar mereka tidak kepada perjuangan hukum ALLAH ( Hudud) .

Jangan kita tolak dan jangan kita hina dakwah para habib kerana dakwah mereka berkesan dizaman sekarang dan tidak dapat dinafikan kerana sesuai dengan jiwa ummat  Islam nusantara dengan gerakan dakwah habaib disebabkan ISLAM tanah melayu dari Indonesia yang masuk dari Yaman dan manakala Islam di Melaka dari Arab dan China.
Budaya melayu dengan Yaman hampir sama dan budaya pondok dengan budaya dakwah ribat di Yaman hampir sama diseluruh nusantara .

Ulama Pondok harus bergabung dengan gerakan dakwah habaib disebabkan kita ingin martabatkan ulama dan perjungan ahli sunnah agar tidak lagi dikuasai oleh orang politik . Lihat sekarang Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz masih ada ok lah , jika mereka sudah tiada , jika kita biarkan golongan ulama akan diketepikan oleh orang politik , orang politik hanya menggunakan ulama pondok untuk doa solat hajat baca yassin dan menyelesaikan masalah pergaduhan sahaja , bila menang mereka akan ketepikan ulama . Ini hakikat orang politik yang tidak berpegang dengan manhaj ahli sunnah , tetapi jika seperti Kelantan ok setakat sekarang disebabkan jasa asbab pemerintahan Tn Guru Nik Aziz hingga sekarang memertabatkan ulama dan Pondok , tatapi bukan semua begini , banyak kes telah dibuktikan orang politik hanya pergunakan ulama sahaja . Oleh kerana itu kita mesti bersama ulama berjuang bersama ulama kuatkan ahli sunnah sepeti manhaj para habaib jangan hirau orang dunia kita hanya berdakwah tarik orang kepada ALLAH dan RASUL . Inilah ajaran yang sebenar ulama dikedudukan yang tinggi bukan hina disisi masyarakat kerana ulama yang benar ikhlas dakwah kepada ALLAH dan RASUL mereka tidak jaga makhluk tetapi mereka menjaga ALLAH DAN RASUL sehingga mereka menjadi orang yang tinggi disisi ALLAH seperti imam imam mujtahid IMAM SYAFIE , IMAM GHAZALI , IMAM ABU HASAN ASYARI , IMAM NAWAWI DAN LAIN LAIN . Mereka hebat kerana  mereka tidak tunduk pada kuasa dan tidak tunduk pada makhluk tetapi mereka tunduk hanya kepada ALLAH mereka hanya jaga ALLAH RASUL demi PERJUANGAN ISLAM

WAWANCARA HABIB SYEKH AA DI TV ALHIJRAH MALAYSIA- Hakikat Majlis Selawat

Sunday, August 10, 2014

Sultan Muzaffar Shah dan Syeikh Abdullah Al-Qumairi


Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

 Padang Tok Sheikh adalah masjid pertama di Kedah yang diasas oleh Syeikh Abdullah Al  Qumairi dan muridnya Sultan Muzaffar Shah

 makam Sultan Muzaffar Shah - Sultan Kedah pertama peluk Islam



ADA yang berpendapat bahawa tokoh penyebar Islam di Aceh yang juga penyusun kitab Bahr Al-Lahut iaitu Syeikh Abdullah Arif adalah sahabat kepada tokoh ulama yang diperkenalkan pada kali ini.
Namun ada pula berpendapat bahawa kedua-dua Syeikh Abdullah ini adalah orang yang sama.
Syeikh Abdullah Arif di Aceh dikatakan berada di Aceh sekitar tahun 560H/1165M-1177M, sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi ini atau nama lengkapnya Tuan Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairi berasal dari Syahir Yemen dan tiba di Kedah tahun 531 H.
Kisah lengkap Syeikh Abdullah al-Qumairi yang lengkap diriwayatkan oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arsyad dalam al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Ia ditransliterasi dari tulisan Melayu/Jawi kepada Latin/Rumi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1968.
Menurut Buyong Adil dalam Sejarah Kedah (Terbitan DBP, 1980), kedatangan Syeikh Abdullah ke Kedah tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1136M. Menurut Bahayuddin Haji Yahaya dalam Naskhah Jawi, tahun 531H itu bersamaan dengan tahun 1137M.
Diriwayatkan bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah seorang ulama yang berasal dari Yaman dan datang bersama-sama dengan 11 orang sahabatnya.
Dalam buku Sejarah Kedah Sepintas Lalu (Diterbitkan oleh Jawatankuasa Penerbitan Universiti Utara Malaysia, cetakan pertama 1987 hlm 10) oleh Haji Ibrahim Ismail, disebutkan dalam Hikayat Merong Maha Wangsa bahawa Syeikh Abdullah al-Yamani (berkemungkinan maksudnya Syeikh Abdullah al-Qumairi al-Yamani) adalah murid kepada Syeikh Abdullah di Baghdad.
Jika disemak dengan teliti kandungan buku tersebut, penulis menyimpulkan Islam datang ke Kedah jauh lebih awal daripada kedatangan Syeikh Abdullah al-Qumairi.
Ini kerana dinyatakan dalam buku tersebut bahawa sesudah merdeka ditemui sebuah nisan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M. Haji Ibrahim Ismail memetik dari kertas kerja berjudul ‘Sejarah Kedah Dalam Kebangkitan Islam’ (1982) oleh Ismail bin Haji Salleh.
Selain itu, ia juga disebut oleh Abdullah Abbas Nasution dalam Islam 14 Abad dan manuskripnya diserahkan kepada penulis. Lihat juga Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Abd. Rahman dalam Islam di Brunei Darussalam, cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, cetakan pertama, 1992, halaman 30.
Mendahului
Melihat kepada perbandingan tahun kedatangan di antara kedua-dua tokoh ini iaitu Syeikh Abdullah Arif di Aceh (560H/1165M) dengan Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya di Kedah, ini bermakna Syeikh Abdullah al-Qumairi di Kedah mendahului kedatangan Syeikh Abdullah Arif di Aceh lebih kurang 29 tahun.
Namun apabila dibandingkan pula dengan tarikh batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah di Langgar, Kedah pada tahun 291H/903M dengan tulisan M. Junus Djamil yang menyebut bahawa kerajaan Islam telah lahir di Perlak tahun 225H/840M, yang dilihat perbezaannya adalah lebih kurang 66 tahun.
Oleh itu, apabila dilihat tahun-tahun tersebut perbezaannya tidak jauh. Walaupun dinyatakan oleh Haji Ibrahim Ismail bahawa kerajaan itu lebih kurang 300 tahun lebih awal dari kewujudan Kedah (Lihat Sejarah Kedah Sepintas Lalu, halaman 18).
Menurut buku Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan dipetik oleh Buyong Adil bahawa Syeikh Abdullah al-Qumairi dan 11 orang sahabatnya telah berhasil mengislamkan Raja Kedah yang kesembilan, iaitu Maharaja Derbar/Durbar Raja II yang ketika itu berkedudukan di Istana Bukit Meriam.
Namun, dalam Hikayat Merong Maha Wangsa, bukan raja yang kesembilan, tetapi adalah raja yang ketujuh. Nama raja juga berbeza, raja Kedah menurut hikayat tersebut bernama Phra Ong Maha Wangsa.
Nama baginda raja itu juga ditukar oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi dari Maharaja Derbar/Durbar Raja II @ Phra Ong Maha Wangsa menjadi Sultan Muzaffar Syah I(mangkat pada 13 safar 575 Hijrah / 1179 M). Negeri Kedah pula diberi nama Kedah Darul Aman.
Pada hari pengislaman raja Kedah itu turut diislamkan pembesar-pembesar istana. Ini bererti dilakukan pengislaman secara massal.
Pengislaman terhadap rakyat pula diatur strategi bersama-sama di antara Syeikh Abdullah al-Qumairi berserta 11 orang sahabatnya, bahkan disertai Sultan Muzaffar Syah I sendiri. Dalam waktu yang singkat dan cepat, hasil kerjasama yang padu dan sepakat antara ulama (Syeikh Abdullah al-Qumairi) dengan umara (Sultan Muzaffar Syah I) tersebut, maka rakyat Melayu yang asal dalam kerajaan Kedah Darul Aman serta merta memeluk Islam kesemuanya.
Ini membuktikan kejayaan dakwah dan pendidikan Islam yang dijalankan oleh Syeikh Abdullah al-Qumairi yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab.
Oleh itu, secara langsung Syeikh Abdullah al-Qumairi adalah sebagai guru kepada Sultan Muzaffar Syah I, malah guru bagi pihak keluarga istana Sultan Kedah Darul Aman. Oleh kerana sangat kasih dan hormat Sultan Muzaffar Syah I kepada Syeikh Abdullah al-Qumairi, baginda melantik ulama tersebut sebagai orang tua dan penasihatnya.
Untuk mengembangkan lagi dakwahnya, Syeikh Abdullah al-Qumairi menyarankan supaya dibina sebuah menara sebagai tanda kebesaran Islam di puncak Gunung Jerai. Menara tersebut dijadikan sebagai tempat azan, untuk menyeru orang sembahyang. Maka, Sultan Muzaffar Syah I memerintahkan supaya dilaksanakan saranan ulama tersebut.

Wasiat
Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah al-Qumairi jatuh sakit dan ditakdirkan meninggal dunia beberapa hari selepas itu. Sebelum wafat, beliau sempat meninggalkan wasiat agar jenazahnya dikebumikan di tanah yang rata berdekatan dengan menara yang hampir siap itu. Sekitar kubur beliau itu dinamakan orang dengan Padang Tok Syeikh.
Tuan Guru Haji Mahmud Nasri bin Utsman (tokoh yang menghidupkan Silat Abjad), pernah bercerita kepada murid-muridnya bahawa seorang wali Allah yang sangat terkenal iaitu Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi beberapa kali. Beliau juga pernah sembahyang di tempat tanah lapang di Gunung Jerai itu.
Kisah mengenai Syeikh Abdul Qadir al-Jilani pernah menziarahi kubur Syeikh Abdullah al-Qumairi itu dapat diterima akal kerana wali Allah tersebut wafat dalam tahun 561H/166M sedangkan Syeikh Abdullah al-Qumairi wafat dalam sekitar tidak berapa lama setelah kedatangannya di Kedah itu (531H/1136M atau 1137M).
Mengenai Syeikh Abdullah Al-Qumairi
* Datang ke Kedah pada tahun 1136 atau 1137.
* Berasal dari Yemen.
* Mengislamkan maharaja Derbar/Durbar II di Istana Bukit Meriam.
* Menukar nama Raja kepada Sultan Muzaffar Shah I.
* Guru Sultan Muzaffar Syah I.
* Memberi nama Kedah Darul Aman.
* Mengarahkan dibina menara kebesaran Islam untuk azan di Gunung Jerai.

Tuesday, August 5, 2014

Kenangan Jaulah Ulama Tua - Pondok Kedah - tahun ke 5 sempena Syawal - kenangan Helmi Assyaif dan rakan rakan

Jaulah ulama tua Kedah - tahun ke 5 anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid dan Taalim Asyaiirah

ZIARAH ULAMA TUA KEDAH 
SEMPENA SYAWAL - TAHUN KE 5 
ANJURAN PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID KEDAH 
DAN TAALIM ASYAIIRAH 

TUJUAN ZIARAH 
adalah untuk wujud hubungan zahir dan bating dengan ulama yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia . 
Ziarah ulama tua , kami menziarahi sebahabgian sahaja ulama tua sebab masa terbatas , dalam masa dua hari kami tidak sempat habis keseluruhan kerana jarah dari satu daerah ke satu daerah dalam Kedah ini terlalu luas. 
Antara ulama tua Kedah yang masih ada : 
SIK
1.Tuan Guru Hj Salleh Musa Sik , 2.Tuan Guru Hj Zakaria Jeneri Sik , 3.Tuan Guru Hj Azhari Gulau Sik , 
PENDANG 
4.Tuan Guru Hj Abd Rahim Pendang , 5.Tuan Guru Hj Jusuf Pendang ,6. Tuan Guru Hj Izuddin Pendang , 
BALING 
7. Tuan Guru Hj Wahab Hassan ( Ust Awang Lanai ) 
8.Tuan Guru Hj Rifae Carok Sanglang 
9.Tuan Guru Hj Ahmad ( Baba Mad Kupang ) 
10. Tuan Guru Hj Toyyib Al Makki 

TOKAI 
11 . Tuan Guru Syeikh Sanussi Tariqat Nasyabandi - Tokai 

POKOK SENA 
12. Tuan Guru Hj Abdullah bukit Lada 

KUALA NERANG 
13. Tuan Guru Pak Su Mid , Bukit Tembaga 
14 Tuan Guru Hj Ahmad ( maktab Mahmud Kuala Nerang )

ALOR SETAR 
15 . HABIB AGHIL MAHDALI 

dan ramai lagi yang tidak mampu saya senaraikan didalam tulisan kenangan ringkas ini .

HARI PERTAMA ZIARAH ULAMA , ISNIN 8 SYAWAL 1435/ 2014 




MAKAM SULTAN ABDUL HAMID 
DAN MAKAM PAK WAN SULAIMAN 
MURSYID NAQSYABANDI KEDAH 





TUAN GURU HAJI JUSUF 
PENDANG 




TN GURU HAJI IZUDDIN GAJAH MATI PENDANG 
ZIARAH MAKAN PAK CHU HIM 
TUAN GURU WAN IBRAHIM GAJAH MATI 


ZIARAH MURABBI 
ULAMA TAUHID
TOKOH ULAMA KEDAH
TUAN GURU HJ SALLEH BIN MUSA




TUAN GURU HAJI SALLEH BIN MUSA SIK KEDAH 



MAKAM TUAN GURU HAJI OMAR ZUHDI 

MAKAM ASSYAHID UST IBRAHIM LIBYA 

TUAN GURU HAJI RIFAE CAROK SANGLANG 
BALING 
ULAMA MUDA TETAPI MASUK DALAM KETOGORI TUA SEBAB 
ILMU KESUFIAAN DAN HAKIKAT BELIAU TINGGI 
MURID KEPADA WALI BESAR 
1 . TUAN GURU HJ OMAR ZUHDI 
2. TUAN GURU PAK TEH MAD ISA MAHANG 


HARI KE DUA 

9 SYAWAL 1435 ( 2014 )
 TUAN GURU HAJI AHMAD , KUALA NERANG



 SYEIKH FAIZ
ANAK TUAN GURU HJ AHMAD KUALA NERANG , MUDA TETAPI JIWA TUA DAN MERUPAKAN MURABBI DAN AHLI HAKIKAT KESUFIAAN DAN TARIQAH




 PAK SU MID KEDAH
 DAN JANGAN LUPA PAK SU MID KELANTAN YANG MERUPAKAN MURABBI MURSYID YANG HEBAT , PAK SU MID GUNUNG BACHOK KELANTAN ULAMA TUA YANG SEDANG UZUR , CEPATLAH KITA MENZIARAHI BELIAU UNTUK HUBUNG TANGAN DAN MENGADAP BELIAU UNTUK TUMPANG BARAKAH. PAK SU MID KELANTAN SANGGAT HEBAT AHLI HAKIKAT
PAK SU MID KEDAH DAN KELANTAN TIDAK KURANG MEREKA BERDUA
KERANA MEREKA AGUNGKAN DAN AMALKAN KITAB KITAB AULIA SEPERTI IMAM IBNU ARABBI , IMAM GHAZALI , TOK PULAU MANIS DAN LAIN LAIN LAGI


 MAKAM USTAZ FADZIL MOHD NOOR

 TUAN GURU HAJI ABDULLAH BUKIT LADA


 TUAN HUSSIN KEDAH
WALI BESAR TANAH MELAYU


MAKAM SYEIKH ABDUL JALIL PALEMBANG , ULAMA YAMAN LAHIR DI PALEMBANG DAN MENJADI MUFTI KEDAH
WALI BESAR TANAH MELAYU