HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, December 18, 2010

PERLU MENGIMBAS KEMBALI AMANAT SHEIKH YUSUF AL HASANI


Sheikh Yusuf , Ulama keturunan Rasulullah SAW , dan Mantan Mufti Kanada dalam rangka lawatan sambil dakwah beliau ke pondok sik adalah satu sejarah yang sukar dilupakan kerana lawatan beliau adalah berkait dengan rohani .
Sheikh Yusuf terkenal dengan kesufian beliau yang diketahui umum .

Rugilah andai kita yang mendengar nasihat beliau tanpa penghayatan .
Saya memperingti diri saya dan seluruh warg kuliah agar mengimbas kembali amanat Sheikh dan perlu dihayati demi kepentingan memelihra agama.

Saya sengaja mengulangi nasihat beliau untuk memastikan kita benar2 menghayati amanat mulia dari ulama sufi lebih2 lagi beliau berketurunan Rasulullah SAW.
Sheikh menasihti , kemulin seseorang bukan dinilai dari mana keturun tetapi dinilai dari sudut ilmu yang dipelajari dan diamalkan .
Syeikh menasihati supaya kita beristiqamah dalam menuntut ilmu , rebutlah peluang mempelajri ilmu dengan TN GURU HJ SALLEH kerana MAJLIS ILMU ADALAH PUSAKA AGUNG PENINGGALAN RASULULLAH .....
Sekarang kita KEKURANGAN ULAMA tetapi RAMAI PENCERAMAH , maka kita carilah ulama yang mengikut ulama2 dulu untuk menimba ilmu .

Sheikh dengan tegas MENENTANG FAHAMAN WAHABI , SYIAH yang sedang memasuki Malaysia .
Sheikh menyeru supaya kita jangan tinggal ulama2 yang dahulu yang berpegang dengan KITAB MUKTABAR , TAUHID AS SYAARIAH , DAN BERPEGANG SALAH SATU DARI 4 MAZHAB YANG MUKTABAR HANAFI , MALIKI , SYAFIE ATAU HAMBALI ...



Tn Guru sentiasa merindui sahabat beliau Sheikh Yusuf Al Hasani.Tn Guru sentiasa menyebut2 nama Sheikh Yusuf , Tn Guru meakui keilmuan , kewarakan , keberkatan ilmu Sheikh Yusuf . Tn Guru berkata madahan2 kita kasih kepada ulama ( sheikh Yusuf} kita akan bersama2 dengan kelurga RASULULLAH dan RASULULLAH SAW sendiri diakhirat .
Tahun ini dijadualkan akan menziarahi pondok sik lagi dan Tn Guru sudah menyatakan kesudian menyambut tetamu agung ini dengan penuh rasa kasih 

SHEIKH YUSUF AL HASANI MENENTANG KUAT WAHABI , SYIAH DAN FAHAMAN SESAT


TN GURU SANGAT GEMBIRA DENGAN SIKAP SHEIKH YUSUF YANG KUAT MENENTANG FAHAMAN SESAT . TN GURU BERKATA
"ULAMA KETURUNAN RASULULLAH PUN TOLAK (MENOLAK) WAHABI
TUAN2 , PUAN2 JANGAN TERPENGARUH DENGAN WAHABI"

ULAMA ARAB BERSAMA ULAMA MELAYU


TN GURU SANGAT TERHARU DAN GEMBIRA DAPAT BERHUBUNG PENGENALAN DENGAN HABIB YUSUF
.TN GURU BERKATA
"INI PELUANG YANG SAYA BERASA PALING BERTUAH DALAM HIDUP SAYA
DAPAT BERHUBUNG DENGAN ANAK CUCU CICIT RASULULLAH ,
SANGAT BERMAKNA BAGI SAYA MELEBIHI DUNIA DAN KEKAYAAN "



6000 0RANG BEREBUT2 BERSALAMAN DENGAN HABIB YUSUF 

UCAPAN GURU YANG MULIA SHEIKH YUSUF , DI PONDOK SIK


HABIB DI PONDOK SIK

MEMULAI UCAPAN ,SHEIKH YUSUF BERSELAWAT SYIFA.
BERKATA SHEIKH YANG MULIA
"KEMULIAN SESEORANG ADALAH DENGAN ILMU. JANGAN KAMU MEMULIA
SAYA KERANA SAYA NASAB KETURUNAN RASULALLAH , TETAPI SAYA MAHU KAMU MULIAKAN KERANA
ILMU ALLAH .SAYA MAHU KAMU MEMPELAJARI AGAMA. BELAJARLAH ILMU DENGAN IKHLAS KERANA
JADIKANLAH DUNIA UNTUK MENCARI ILMU , BUKAN ILMU MENCARI DUNIA.
KAMU KENA IKHLAS MEMPELAJARI AGAMA. KAMU PERLU YAKIN KEPADA REZEKI ALLAH .
BELAJARLAH AGAMA , ALLAH MENJAMIN REZEKI KAMU . TAWAKAL PADA ALLAH . SATU BENDA
YANG SANGAT HINA BAGI PELAJAR AGAMA YANG TIDAK YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH PADA HAL
MEREKA BERIMAN DENGAN BENDA GHAIB .MASYARAKAT DISINI SANGAT BERUNTUNG KERANA
DAPAT DUDUK BERSAMA SHEIKH SALLEH(TOK GURU HJ SALLEH) KERANA MAJLIS ILMU MERUPAKAN
PUSAKA SEBENAR RASULALLAH , INI NIKMAT YANG PALING MULIA DAN BESAR DARI DUNIA DAN
KEKAYAAN HARTA.

SHEIKH DENGAN LANTANG MENGHENTAM WAHABI DAN SYIAH , DAN MENYERU SUPAYA UMAT
BERPEGANG TEGUH DENGAH FAHAMAN SALAF YANG DIBAWA IMAM MAZHAB 4 IMAM HANAFI , IMAM MALIKI , IMAM SYAFIE, IMAM HAMBALI . SYEIKH BERKATA GOLONGAN WAHABHI MERUPAKAN PAHAMAN BARU YANG MENDAKWA MEREKA BERFAHAMAN SALAF , PADAHAL WAHABI PENDUSTA . WAHABI MENOLAK ULAMA . IMAM MAZHAB 4 LEBIH HAMPIR PADA ZAMAN SALAF , SAHABAT , DAN LEBIH TAKUT PADA ALLAH . PADA HAL WAHABI SESAT DENGAN MENOLAK ULAMA. SHEIKH MENYERU KITA SUPAYA BERPEGANG TEGUH DENGAN ULAMA MAZHAB 4 .
WAHABI TIDAK FAHAM AYAT AL QURAN YANG MUHKAMAT DAN MUTASYABIHAT .

SYIAH PULA MEMAKAI SLOGAN NAMA AHLI BAIT YANG PERIHATIN PADA SAIDINA ALI . SYIAH SESAT , BIADAB ,MENGHINA SAHABAT YANG MULIA SAIDINA ABU BAKAR , SAIDINA OMAR , SAIDINA OTHMAN.SAIDINA ALI MENGAKU BAHAWA TAAT SETIA PADA KHULAFA SEBELUM BELIAU . SYIAH TIDAK PERNAH MENDAPAT TEMPAT PADA ZAMAN SAHABAT .
SYIAH MERUPAKAN PELAMPAU AGAMA YANG BARU SAHAJA WUJUD SELEPAS SAHABAT

BANYAK LAGI NASIHAT SHEIKH YANG MULIA
MAJLIS ILMU BELIAU DITANGGUHKAN DENGAN DOA OLEH BELIAU SENDIRI 

LEBIH 6000 ORANG MENYAMBUT KEDATANGAN SHEIKH YUSUF AL HASANI ,DI PONDOK SIK

PEKAN SIK - Lebih 6,000 orang membanjiri Madrasah Ar-Rahmaniah, (Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa), semata-mata menyambut kehadiran ulama keturunan Rasulullah, Sheikh Habib Yusuf Al-Hasani.

Beliau yang juga bekas mufti Kanada, berkata, kemuliaan seseorang adalah dinilai dari segi ketinggian ilmunya, bukan di sebabkan oleh nasib, walaupun dirinya dilahirkan dalam kalangan keturunan Rasulullah.
Menurutnya, masyarakat perlu sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa, dan perlu mempelajari dengan seikhlasnya, serta menjadikan dunia tempat menimba ilmu, bukannya ilmu untuk mencari dunia.
“Menjadi satu perkara tidak baik bagi orang yang mengaku dirinya beriman, namun tidak yakin dengan rezeki diterimanya.
“Perkara yang paling penting dan perlu disemat dalam diri setiap individu ialah sentiasa bertawakal kepada Allah, dalam memegang amanah dan mempertahankan agama,” katanya sewaktu berucap dalam Program Ziarah dan Dakwah, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, antara nikmat yang paling mahal dalam kalangan masyarakat setempat adalah mendapat pendidikan agama daripada Sheikh Salleh (Tuan Guru Haji Salleh Musa), kerana majlis ilmu ini adalah pusaka sebenar Rasulullah.

“Masyarakat juga perlu berpegang teguh dengan ahli Sunnah mengikut aliran Salaf, dan menghentam dengan tegas dengan menolak fahaman Wahabi yang mengatakan, mereka mengikut aliran Salaf tetapi pada hakikatnya ia hanya dakwaan semata-mata.

“Golongan Wahabi adalah golongan ekstrem agama yang menolak Mazhaf Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, justeru masyarakat diminta tidak meninggalkan ulama yang berpegang teguh kepada aliran Salaf,” katanya.

Menurutnya, Imam Empat Mazhab lebih rapat pada zaman Salaf, sahabat Rasulullah, dan istilah Wahabi sebenarnya baru sahaja ditimbulkan, dalam kalangan masyarakat pada zaman ini.

“Golongan Syiah adalah golongan pelampau agama kerana amat biadab menghina sahabat, dan syukurlah masyarakat Islam di sini, sangat menghargai majlis-majlis ilmu yang dapat memberi mereka pelbagai maklumat yang bermanfaat,” katanya.

Sementara itu, Tuan Guru Haji Salleh Musa, berkata, beliau amat terharu menerima tetamu mulia iaitu Ulama Keturunan Rasulullah, mudah-mudahan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

“Jalinan kasih sayang antara kita dan ulama penting, kerana di akhirat kelak kita perlu menumpang syafaat mereka, dan program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya.

Setiausaha Madrasah Ar-Rahmaniah, Muhammad Fazilul Helmi Raidzan, berkata, kerjasama daripada seluruh pihak, seperti Persatuan Ulama Kedah, Ahli Jawatankuasa Madrasah dan Ahli Parlimen Sik amat dihargai.blogspot.com/_yXlaHdaQvAE/Sz9kdGA1iqI/AAAAAAAAAaU/C6v8HxFJPbI/s1600-h/DSC_0139.JPG">


TERIMA KASIH
KEPADA RAKAN2 YANG MEMBERI KERJASAMA YANG MENYELURUH BAGI MENJAYAKAN MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA .
MUDAHAN KITA BERSAMA ULAMA DUNIA AKHIRAT .
KITA TELAH MENUNJUK CONTOH TERBAIK KEPADA MASYARAKAT DENGAN MELETAK ULAMA DITEMPAT YANG SELAYAKNYA . ULAMA MELEBIHI KEDUDUKAN DARI MENTERI , MB, ATAU SULTAN .
LETAK ULAMA DITEMPAT TERTINGGI . ULAMA PEWARIS AMBIA