HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, May 25, 2019

Makam ulama di Kuala Lumpur

Makam Syeikh Saleh  Minangkabau
Syeikhul Islam Perak


Makam Ulama di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur berdekatan KLCC.

Alhamdulillah, 13 Ramadhan 1440  bersamaan 18 mei 2019 Menziarah makam ulama besar tanah melayu suatu ketika dahulu. Mereka adalah:

1. Syeikh Muhammad Saleh bin Syeikh Muhammad Thayyib @ Syeikh Abdullah Minangkabau رحمة الله عليه. Syeikhhul Islam Perak di zamam Sultan Iskandar Syah. Pengarang kitab Kasyful Asrar, kitab Jalan Kematian  dan Nashihatul Mubtadi. Menuntut ilmu di Makkah selama 17 tahun. Menjawat jawatan Syeikhul Islam Perak Darul Ridhuan secara rasminya  Jamadilahkir 1343H/1 Januari 1925M. Wafat pada 17 Dhulqaedah 1351H/12 Mac 1933M di Kuala Lumpur dan di makamkan di Perkuburan Islam Jalan Ampang.

2. Syeikh Muhammad Nur bin Ismail رحمة الله عليه. Beliau merupakan Qadhi Kerajaan Langkat Bahagian Hulu. Lahir thn 1296H/1879M di Minangkabau. Beliau bersahabat dgn Hadratussyeikh Hasyim Asy'ari, Tok Kenali, Tok Kelaba, Syeikh Abdullah Fahim dan lain-lain رحمهم الله. Berpindah ke KL ketika sahabatnya Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi yang ketika itu menjadi Syeikhul Islam Selangor. Wafat di Kg Baru, KL pada hari Rabu 18 Dhulhijjah 1362H/ 15 Disember 1943 pada usia 65thn.

3. Syeikh Utsman bin Abdullah رحمة الله عليه ). Qadhi Pertama KL. Syeikh Utsman bin Abdullah, ulama besar asal Minangkabau ini adalah bersaudara dengan seorang lagi ulama besar yang banyak berjasa di Tanah Melayu iaitu Syeikh Muhammad Saleh bin Abdullah al-Minankabawi (no.1). Syeikh Utsman dilahirkan di Batu Sangkar, Minangkabau pada tahun 1267H/1850M. Wafat thn 1337H/1919M.

Ketiga-tiga mereka pernah menuntut ilmu kepada ulama besar alam melayu di Makkah iaitu Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni رحمه الله تعالى.

Alhamdulillah , sempena menghadiri haul Sayyidah Khadijah Al Kubra dan Haul Prof Abuya Syed Muhammad Alawi di Masjid Ehsan Ampang anjuran Yayasan Assafwah Al Malikiyyah Malaysia , kami menziarahi makam ulama sekitar Kuala Lumpur ditengah tengah ibu kota bandaraya Kuala Lumpur. Ziarah ini berkat tunjuk ajar dua orang insan :
1. Ust Abu Zahrah Abdullah Thohir
2. Ust Azrul Basarudin
Terima kasih kepada dua insan ini kerana memberi maklumat kepada saya teman dan masyarakat. Bukan sekadar mereka ziarah , lebih dari itu mereka dengan murah hati memuatkan maklumat dalam media fecbook supaya masyarakat dapat menziarahi makam ulama Rabbani yang banyak berjasa kepada agama dan masyarakat terdahulu.

Masyallah sangat takjub ditengah tengah ibu kota rupanya adanya tanah perkuburan Islam yang sangat luas , umur tanah perkuburan ini mencecah ratusan tahun. Ramai ulama , aulia , tokoh negarawan disemadikan makam ini.

Hanya sempat ziarah makam sekitar Kuala Lumpur kali ini :
1. Makam ulama Jalan Ampang
2. Makam Syeikh Harun Rashid dan Siti Zubaidah
3. Insya ALLAH akan datang akan ziarah Makam Syeikh Mad Nor Naqsyabandi Qholidi  Sungai Cincin, Gombak ,antara 7 wali tanah melayu .

Makam Raja Berayun
Syeikh Uthman bin Abdullah qhadi pertama Kuala Lumpur





Syeikh Mad Nor Bin Ismail Qhadi Langkat.







Makam Syeikh Abdul Rasyid dan Siti Zubaidah.

Sunday, May 19, 2019

Haul Sayyidah Khadijah Al Kubra dan Haul Abuya Syed Muhammad Alawi Al Maliki





























13 Ramadhan 1440 bersamaan 18 Mei 2019

Majlis Haul Sayyidah Khadijah Al Kubra dan Haul Prof Abuya Syed Muhammad Alawi Al Maliki anjuran
Yayasan Assofwah Al Malikiyyah Malaysia di Masjid Ehsan ,Taman Tar Ampang.

Alhamdulillah majlis kali ini bersama
1. Habib Soleh Al Idrus
2. Habib Omar Palembang
3. Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam dan ramai lagi para habaib , Kiyai , alim ulama luar dan dalam negara.

Kepentingan menghadiri haul.

1. Dapat mendengar kisah tauladan dari Tuan Haul seperti sirah sirah kehidupan ,perjuangan mereka , akhlak mereka , korban mereka untuk agama dan lain lain agar kita dapat tauladani.
2. Berkumpul dalam majlis perkumpulan ulama.
3. Berkat didalam majlis haul ada bacaan maulid , zikir , quran , tahlil , majlis ilmu dan majlis kerohanian.

Saturday, April 27, 2019

Anugerah Tokoh - Ikon Ilmuan Muda 2019

ALHAMDULILLAH ,
Terima kasih Dewan Pemuda PAS memberi augerah kepada saya  sempena muktamar Pemuda PAS Kedah kali ke 53. Muktamar berlangsung di bumi Memali Baling pada hari Jumaat 26 April 2019 .

Guru guru sahabat sakalian tolong doa saya selamat dunia akhirat , sihat rohani jasmani , istiqomah atas perjuangan Islam , cita ulama , sentiasa berkhidmat martabatkan ilmu dan ulama .

Kenangan dan sejarah di Bumi Memali Baling.

Tahun 2010 :
Anugerah Tokoh Ulama Pondok Kedah diterima oleh Guru kesayangan Murabbi Ummah Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa
Tahun 2019 :
Takdir ALLAH saya menerima anugerah Ikon Ilmuan Muda ,Pemuda PAS Kedah 2019 .