HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, November 26, 2020

Masjid Pertama di Kedah - Maulidur Rasul di Puncak Gunung Jerai.




Diawal Islam Rasulullah suka beruzlah dan bertafakur mendekatkan diri kepada ALLAH di Gua Hira , Jabal Nur di Makkah.

Para kekasih Allah , aulia , solihin sentiasa mencari tempat kerohanian untuk mereka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam peristiwa Isra Mikraj Rasulullah dibawa ke tempat tempat yang ada hubungan kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Allah. Malaikat Jibril membawa Rasulullah dari Makkah singgah ke Madinah , Madian , Baitul Laham , Baitul Muqadis tempat tempat yang pernah Rasul dan kekasih Allah tinggal di situ. Lihat kesan sejarah mengambil pengajaran disebalik perjuangan Rasul terdahulu dan meningkatkan kerohanian kepada Allah.

Masjid pertama di Kedah adalah di padang Tok Syeikh di Gunung Jerai.

Sejarah ini telah diwartakan oleh kerajaan negeri Kedah dan wujud catatan dalam sejarah negeri Kedah.

Syeikh Abdullah Al Ghumairi dari Yaman datang Ke Kedah dan asbab beliau maka Raja Kedah memeluk Islam .Sultan Kedah pertama memeluk Islam pada tahun 1136M dan ditukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah I .

Hari ini gabungan para muhibbin Kedah berkumpul mengadakan Maulidur Rasul bagi menumpang barokah dari peninggalan tempat yang pernah Syeikh Abdullah Ghumairi meabdikan diri kepada Allah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5411323722227227&id=100000489592799
























 








Wednesday, November 11, 2020

Sambutan Maulidur Rasul - Majlis Talim Asyairah tahun ke 6

Kenangan sambutan Maulidur Rasul -

Majlis Talim Asyairah tahun ke 6 .

19 Rabiul Awal 1442 / 5 Nov 2020

Alhamdulillah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis dari kalangan tetamu ulama , pemuji Rasulullah sekitar Kedah , yang berkhidmat menjayakan majlis , yang memberi sumbangan menjayakan majlis kali ini. Moga ALLAH anugerah ganjaran yang sebaiknya kepada kita semua.


Tahun ini sambutan amat sederhana disebabkan musibah covid 19 . Majlis kali ini tidak diiklan umum disebabkan tempat terhad.

Tahun tahun sebelum ini majlis Maulidur Rasul anjuran Majlis Talim Asyairah  diadakan di Masjid atau di Dewan. Tetapi tahu ini kehadirian amat terhad , hampir hampir seratus orang sahaja.

Moga Allah angkat musibah covid ini.

Doakan moga ALLAH Kurnia tempat yang sebaik baiknya untuk saya ,agar dapat mendirikan majlis dengan selesa.

Moga tahun tahun akan datang jika panjang umur dan diberi rezeki kelapangan moga dapat kumpul dalam majlis kerohanian yang lebih baik dari tahun ini Insya ALLAH.