HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, July 28, 2016

Habib Syech - Lantunan Maulid Simthud Durar

Bacaan Kitab Bakurah al Amani - menyambung perjuangan almarhum tuan guru haji Salleh bin Musa



Pesanan Akhir Tuan Guru Salleh Musa

TOKOH ULAMA KEDAH TUAN GRU HAJI SALLEH MUSA SELAMAT DIKEBUMIKAN [23 JULA...

Perjalanan Terakhir Murabbi Ummah TG Haji Salleh Musa 1929-2016

Perjalanan Terakhir Murabbi Ummah | TUAN GURU HAJI SALLEH MUSA

Tuan Guru Haji Salleh tokoh ulama Kedah meninggal dunia


Liputan Berita Harian

ULAMA ternama Kedah, Salleh Musa. ALOR SETAR: Ulama ternama Kedah, Salleh Musa, 87, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat sakit tua, malam tadi. Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnai, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 malam ketika sedang menerima rawatan di HSB. Terdahulu, katanya arwah yang mengadu tidak sihat dibawa ke HSB kira-kira jam 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah di Sik, dekat sini. "Jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah Ar-Rahmaniah malam ini dan akan dikebumikan esok," katanya. Tuan Guru Haji Salleh yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Pondok Kedah pada 2010 dianggap antara tokoh ulama ternama negeri, khususnya dalam bidang Tauhid sehingga sering kali menjadi rujukan banyak pihak. Selain itu, arwah yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah, turut menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011. Arwah juga mendalami ilmu di Masjidil Haram bersama ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.

http://www.bharian.com.my/node/176037

Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia

https://www.malaysiakini.com/news/349592
Liputan Malaysiakini
Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada usia 87 tahun kerana sakit tua.
Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnain berkata allahyarham Salleh yang mengadu tidak sihat kira-kira jam 7.30 pagi, dihantar dengan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ke HSB.
"Allahyarham sebelum ini memang sudah uzur, mengalami sakit tulang belakang, kerapkali juga mendapatkan rawatan di hospital. Allahyarham juga disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke madrasah malam ini sebelum dikebumikan esok di pondok Pekan Sik.
Allahyarham Salleh yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Selepas pulang ke tanah air sekitar 1964, beliau membantu bapanya, Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia.

Sepanjang hayatnya, anak kelahiran Sik ini giat meneruskan usaha dakwahnya, dan pada tahun 2009, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak lelaki serta lima perempuan.

Sunday, July 24, 2016

Kewafatan Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa , tokoh ulama besar Kedah

1929 - 2016 
Tuan Guru Baba Hj Salleh bin Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah. 
Ulama yang gigih menyebar ilmu agama dan sentiasa memperjuang dan mempertahan aqidah ahli sunnah wal jamaah.
wafat pada hari jumaat 8.15 mlm 18 syawal 1437bersamaan 22 julai 2016 dan dikebumi pada 23 julai 2016 jam 1 tgh.































Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa ulama terkenal Kedah meninggal dunia Jumaat 23 Julai 2016

Suasana di Pondok AR Rahmaniah SIK, Tuan Guru Haji Salleh tokoh ulama Kedah meninggal dunia


ALLAHUAKBAR... Suasana di pondok AR Rahmaniah Sik ketika jenazah Murabbi Ummah Tuan Guru Haji Salleh Musa di bawa untuk dikebumikan.




ALOR SETAR: Ulama ternama Kedah, Salleh Musa, 87, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, akibat sakit tua, malam tadi. 

Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnai, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 malam ketika sedang menerima rawatan di HSB. 

Terdahulu, katanya arwah yang mengadu tidak sihat dibawa ke HSB kira-kira jam 7.30 malam menggunakan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah di Sik, dekat sini. 

"Jenazah akan dibawa pulang ke Madrasah Ar-Rahmaniah malam ini dan akan dikebumikan esok," katanya. Tuan Guru Haji Salleh yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Pondok Kedah pada 2010 dianggap antara tokoh ulama ternama negeri, khususnya dalam bidang Tauhid sehingga sering kali menjadi rujukan banyak pihak. 

Selain itu, arwah yang mendapat pendidikan awal di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Pendang sebelum melanjutkan pelajaran di Darul Ulum di Makkah, turut menerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik pada 2011. 


Arwah juga mendalami ilmu di Masjidil Haram bersama ulama terkemuka seperti Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.