HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, September 28, 2020

Sejarah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah

Sejarah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah:
https://youtu.be/gEqhni_U7xk

Sejarah Sultan Sulaiman Shah Singgora:
https://youtu.be/XkzDHp70Dis

Sejarah Datuk Monggol Singgora:
https://youtu.be/gDPABN9z9WY




 

Friday, September 25, 2020

Makam Syarif Abu Bakar selamat.

ALLAH pelihara...


Pokok ratusan tahun di tanah perkuburan Islam Tualang tumbang malam tadi akibat ribut kuat.

Pokok ini dijangka berusia hampir 200 tahun lebih.


Alhamdulillah ALLAH pelihara makam Yamtuan Syarif Abu Bakar tidak ditimpa pokok tersebut. Kedudukam makam betul betul bawah pokok ini, makam di sebelah kiri , pokok tumbang sebelah kanan.Alhamdulillah , Allah pelihara makam leluhur.


Sedih, bila dapat whatsapp dari imam Tualang pagi tadi ,saya masih dalam PKPD Kota Setar,

Tak dapat pergi lihat keadaan makam di Tualang Pokok Sena. 

Moga Allah buka hati orang kampung untuk bersihkan kawasan makam 

Al Fatihah 

Catatan 23.9.2020.





 

Sejarah Syarif Abu Bakar Shah yang sebenar



Sejarah.

Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.

Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.

Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.

Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1625 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.

Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.

Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut berundur ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra. 

Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.

Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai  ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.

Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah .


Al-Fatihah


https://youtu.be/OHG73NQRMbc


Disediakan oleh :-

Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan

27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.