HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 21, 2014

Kenangan hadiri Ijtima Ulama Nusantara di Kelantan tahun 2014

Ijtimak Ulama Nusantara di Kelantan

Ijtimak Ulama Nusantara di Kelantan 
19.1.2014







wakil Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS) - Ustaz Aminuddin Abd Rahim pengerusi MUAS, Ust Md Rejab Penaung MUAS di Ijtima Ulama Nusantara 19.1.2014




Baba Ismail Sepanjang Al Fathoni tetamu Maulidur Rasul 2014 Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah

Maulidur Rasul 2014 - Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik bersama Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang Al Fathoni

Perarakan Maulidur Rasul 1435 tahun ini meriah , lebih kurang 3000 orang yang bersama perarakan pagi tadi 12 Rabiul Awal 1435


Ribuan murid Tuahn Guru Haji Salleh menyertai perarakan hari ini






Tuan Guru Haji Salleh Musa memberi ceramah maulid
Tn guru Haji Ismail sepanjang bersama Tuan Guru Hj Salleh












Kelebihan bersugi

Kebaikan Bersugi dari sudut sains & Islam

Sabda Nabi s.a.w: 

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)


Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa siwak dapat 

- membersihkan mulut, 
- mendapat reda Allah, 
- memutihkan gigi, 
- mengelokkan ketawa, 
- menguatkan tulang belakang, 
- menuatkan gusi, 
- melambatkan tua (uban), 
- mengelokkan akhlak, 
- menajamkan kebijaksanaan, 
- menambah pahala, 
- memudahkan nazak, 
- mengingatkan syahadah ketika hampir mati.

Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan
ketawa.


Manfaat lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.


Diringkaskan, kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:
- Membersihkan mulut.
- Mendapat keredhaan Allah.
- Tidak disukai syaitan.
- Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
- Mengharumkan mulut.
- Menguatkan gusi.
- Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
- menghilangkan kahak.
- Menguatkan pandangan mata dan
- Menghilangkan bau busuk mulut.

KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT SAINS

Pakar sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.

Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung. Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Selain itu, kelebihan - kelebihan bersugi dari sudut Sains:
Penggunaan kayu sugi mampu mengurangkan kadar bakteria berbanding penggunaan berus gigi.

Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi.

Mempunyai Antibakteria asid yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi

Mempunyai Minyak aroma yang memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.

Mengandungi Enzim yang mencegah pembentukan plak yang menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi secara pramatang.

Mengandungi Antidecay agent (zat anti pembusukan) yang menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah proses pembusukan.

Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia. Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga ekonomik dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa. Ia adalah berus gigi yang ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan sebarang jenis berus gigi ciptaan manusia.


“Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” 

(Hadis riwayat at-Tabrani)

Sunday, January 12, 2014

Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS ) catat sejarah penubuhan

Majlis Perasmian MUAS - (Majlis Ummah Ahli Sunnah) pada 8 Rabiul Awal 1435 / 10.1.2013



USTAZ AMINUDDIN BIN ABD RAHIM 
DINOBATKAN SEBAGAI PENGERUSI MUAS
-MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH 

(DATO PADUKA MUFTI NEGERI KEDAH MEMAKAIKAN MISLAH KEPADA USTAZ AMINUDDIN SEBAGAI PERLANTIKAN PENGERUSI MUAS )






PERASMIAN MUAS PADA:
HARI JUMAAT
8 RABIUL AWAL 1435H
BERSAMAAN 10 JANUARI 2014M

DISEMPURNAKAN OLEH:
DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDDIN HJ. AHMAD
DAN
TUAN GURU HJ. SALLEH BIN MUSA
DI SURAU PERWAJA GURUN



Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) ditubuhkan atas asas taqwa dan kecintaan kepada Rasulullah saw dan perjuangan Baginda.
MUAS dicetuskan setelah majlis muwassolah Baina Ulama Muslimin pimpinan Habib Omar Al Hafidz, Yaman pada 5 disember 2013.
Memikirkan perjuangan dan kepentingan dakwah ahli sunnah maka tertubuhlah MUAS pada 16.12.2013 majlis bersama Habib Abdullah Al Attas, Yaman.
MUAS adalah kesatuan antara ulama muktabar dan ilmuan Islam yang cintakan perjuangan ahli sunnah.
MUAS mencantumkan antara dakwah tuan-tuan guru pondok atau ulama thurath dengan dakwah para habaib untuk memastikan dakwah akan bergerak laju dan berkesan.
MUAS bertanggungjawab memelihara kesatuan Ahli Sunnah dan memperjuangkan agar diterima masyarakat sepanjag zaman.
MUAS akan bersuara dan bertindak mengikut landasan undang-undang kepada mereka yang membangkitkan isu menyentuh Ahli Sunnah maka MUAS tidak akan berdiam.
Di atas gabungan ulama-ulama muktabar dan Ilmuan Islam, MUAS akan bertindak secara professional mnyelesaikan masalah ummah.
MUAS juga akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kitab-kitab dan imam-imam muktabaryang terdahulu dan menerima ilmu muasoroh. Apabila menggabungkan dua bahan penting  ini insyaa Allah MUAS akan lebih mantap dan kuat mempertahakan Ahli Sunnah.
MUAS digerakkan dengan gabungan para alim ulama dan nadi ulama MUAS adalah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah yang bertanggungjawab menggerak kerja untuk menghimpunkan ulama-ulama dengan MUAS.

ORGANISASI MUAS:
                Penaung              : Tuan Guru Haji Mad Rejab bin Mad Akhir
                Penasihat            : 1) Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Hj. Ahmad.
  2) Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.
                Pengerusi MUAS              : Ustaz Aminuddin Abdul Rahim.
                Timb. Pengerusi                               :Ustaz Nasir bin Haji Abdul Ghani
                Setiusaha                            : Ustaz Fazilul Helmi bin Raidzan
                Bendahari                           : Muhammad Amin bin Ismail


 AJK                                         :
1)      Tuan Guru Haji Rifa’e bin Yaakob (Pondok Charok Salang)
2)      Tuan Haji Johari bin Morad ( Pondok Lepai)
3)       Syeikh Muslim bin Haji Salleh (Pondok Seberang Pekan Sik)
4)      Tuan Guru Haji Khairul Anuar bin Shafi’I (Pondok Gajah Teriak)
5)      Ustaz Zulkifli bin Mad Isa (Pondok Begia)     
6)      Ustaz Adnan bin Abdul Mjid (Pondok Sungai Karangan)
                                                7)        Ustaz Halim bin Kadir (Pondok Parit Panjang)
AJK AKAN DIKEMASKINI SEMULA SETELAH MESYUARAT AGONG MUAS YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI DI PONDOK PENAUNG MUAS - TUAN GURU HJ MAD REJAB MD AKHIR