HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, January 22, 2021

Isteri Tuan Guru Haji Salleh bin Musa

 

Ziarah balu almarhum murabbina Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.  Ziarah sebelum PKP 21 Jan 2021.

Beliau Hajjah Sofiah bt Hj Awang

Beliau seperti ibu sendiri. Masa duduk pondok sentiasa makan masakan dari air tangan beliau. Membesar dengan makanan yang dimasak beliau. Beliau banyak memberi semangat dalam kehidupan.Terubat sedikit kerinduan buat almarhum tuan guru. Banyak pengalaman suka duka . Semasa di pondok dulu saya ditugaskan beli lauk dan barang dapur rumah almarhum tuan guru.

Rasa macam nak patah balik ke zaman belajar dulu. Seronok berkhidmat . 

Moga Mak Cik / Mak Guru sihat dan moga dapat bersama Baba di akhirat nanti.

Moga Allah cucuri Rahmat buat Tuan Guru Haji Salleh bin Musa. Moga kami dapat bersama Baba di Akhirat kelak. Amin amin ya Rabb.

Al Fatihah khusus buat Tuan Guru Haji Salleh bib Musa.

Kenagan ziarah 21 Jan 2021 , Khamis jam 2 petang.

Thursday, January 21, 2021

Bantuan PKP

 11 malam selesai tugas dari Sik bertolak pulang Alor Setar. 

Sumbangan PKP 2.0

Alhamdulillah selesai tugas malam ini khidmat menyampaikan amanah sumbangan PKP kepada Tuan Guru Pondok , Asatizah , ibu tunggal , fakir miskin. 21 jan 2021.

Tugasan seterusnya bermula 22.1.2021 akan bankin kepada guru guru lain dan kepada fakir miskin yang dikenal pasti layak menerima bantuan dari kalangan pelajar ilmu.

Terima ksih para penyumbang semua.

Yang berkemampuan berkongsi rezeki membantu guru guru pondok dan fakir miskin boleh salur ke akaun 

Maybank

552095214534

Talim Asyairah.

Sila lapor sumbangan atau zakat ke no

0134044259



Bantuan PKP 2.0










Wednesday, January 20, 2021

Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin


Majlis Penutup Mu'tamar al Ilmi, himpunan ulama' dan mufti antarabangsa dari 80 buah negara. Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki as Sanusi merupakan wakil Ulama' Malaysia memberi ucapan pengulungan bagi semua perbentangan kertas kerja dalam mu'tamar tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi (Mantan Perdana menteri Malaysia). Kami selaku wakil Malaysia amat berbangga dengan keyakinan dan pengiktirafan yang diberikan oleh Ulama' antarabangsa kepada Syeikh Fuad As Sofa












 

Friday, January 15, 2021

Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah

Sejarah sebenar Syarif Abu Bakar Shah.

Baginda merupakan Raja Ligor Nakhon Si Tammarat. Baginda memerintah Ligor setelah ayahanda baginda iaitu Yamtuan ( Syarif ) Mahmud memerintah Ligor pada tahun 1680 - 1686 M. Ayahanda baginda memerintah Ligor hanya 6 tahun sahaja disebabkan tekanan yang kuat dari Ayutthaya.

Syarif Abu Bakar Shah ibni Yamtuan Mahmud ( Ligor ) ibni Sultan Sulaiman Shah  ( Singgora ) ibni Dato Monggol atau nama sebenar Nik Badrus Salam.

Dato Moggol pengasas kesultanan Singgora Darussalam. Baginda memerintah Singgora sekitar 1604 - 1625 M. Setelah itu anakanda baginda iaitu Sultan Sulaiman Shah memerintah Singgora 1625 - 1668M.

Singgora dibawah pemerintahan Sultan Sulaiman Shah sangat terkenal dengan pelabuhan yang mashur menjadi tempat tumpuan pedagang termasuk dari benua China , India , dan lain lain negara .

Singgora memiliki kubu pertahanan yang amat kukuh di sekitar pusat pemerintahan Sultan Sulaiman Shah . Sehingga kita masih dapat dilihat kubu pertahanan dan kubu kota Singgora sepanjang Bukit Merah.

Singgora pernah diserang berkali kali , oleh kerana memiliki kekuatan ketenteraan dan kubu pertahanan yang kukuh, Singgora dapat bertahan. 

Setelah Sultan Sulaiman Shah Singgora mangkat pada tahun 1668 M. Sultan Sulaiman Shah dimakamkan di Singgora.Anakanda baginda iaitu Sultan Mustafa menjadi Sultan Singgora. 

Ayyuthaya menyederi adinda Sultan ( Syarif ) Mustafa iatu Syarif Mahmud tidak ada apa apa jawatan maka Ayyuthaya melantik Syarif Mahmud sebagai Gabenor Ligor . Yamtuan Mahmud diangkat menjadi Gabenor Ligor pada tahun 1680 M . 

Pada tahun 1681 M , Ayutthaya memakasa Ligor menyerang Singgora . Adik iaitu Yamtuan Mahmud Ligor menyerang abang iaitu Sultan Mustafa Singgora sehingga ranap Singgora dan berakhir era pemerintahan Singgora.

Pada tahun 1681 M  , Sultan Mustafa dilantil oleh Ayutthaya menjadi Gebenor atau raja di Chaiya negeri Melayu segenting kra.

Yamtuan Syarif Mahmud Ligor mendapat tekanan yang kuat dari Ayyuthaya sehinggakan baginda hanya mampu mengekalkan era pemerintahan baginda hanya enam tahun sahaj. Pada tahun 1686 baginda meletak jawatan. Ligor dipimpin oleh anakanda Yamtuan Mahmud iaitu Syarif Abu Bakar Shah.

Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor tanpa diganggu oleh Ayutthaya yang tengah bergelut perang dengan Burma.
Baginda sempat menyusun kekuatan menyatukan negeri Melayu segenting Kra.