HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, March 22, 2013

ASYAHID SYEIKH RAMADHAN AL BUTI dalam kenangan ...AL FATIHAH


SYEIKH DR RAMADHAN AL-BUTI Mati Syahid -AL FATIHAH

MADRASAH RAHMANIAH PONDOK TUAN GURU HJ SALLEH MUSA 
Menghadiahkan Fatihah kepada Syeikh Ramadhan , lebih kurang 3000 pelajar kuliah umum yang mengikuti kuliah pagi tadi merasa sedih dan hiba dengan pemergian TOKOH ULAMA SUNNI , moga Allah membalas kejahatan bagi mereka yang terlibat dengan pembunuhan ulama kita  , moga Allah hancurkan kerajaan Basyar yang sangat zalim , Basyar Assad pemimpin SYIAH yang sangat Melampau !!!
Jenazah Asyahid Syeikh Ramadhan akan dikebumikan esok 23.3.2013 lepas zohor




PEMBUNUHAN KE ATAS SYEIKH DR RAMADHAN AL-BUTI KERANA FAKTOR BELIAU MENYOKONG RAKYAT SYRIA NAK GULINGKAN ASSAD PEMIMPIN SYIAH SYRIA !

Namun di akhir hayatnya, Dr Bouti telah berpaling arah dan menyatakan kesediaanya untuk menyokong rakyat dalam revolusi mengguling pemerintahan Assad. Beliau juga telah merancang untuk keluar dari Syria bersama keluarganya. Perkara ini juga mungkin menjadi faktor pembunuhannya

كلمات البوطي الأخيرة قبل رحيله..مؤثر

Perkataan SYEIKH RAMADHAN BUTI terakhir sebelum pemergiannya




23 MAC 2013

Syeikh Ramadhan Buti selamat disolatkan






KALAM SYEIKH MUHAMMAD ALI AS-SOBUNI BERKAITAN DENGAN PEMBUNUHAN ALMARHUM SYEIKH DR SA'ID RAMADHAN AL-BUTI..:-)

Pandangan Asy-Syaikh Ali As-Shobuni terhadap pembunuhan atas Asy-Syaikh Sa'id Al-Buthy;

"... Kami di Syiria yakin betul bahwa perbuatan ini adalah ulah pendukung Al-Asad. Kami tahu mereka, pandangan kelompok mereka, yang sudah memusuhi kami belasan tahun. Mereka telah membunuh ulama-ulama Libanon seperti Syaikh Hasan Khaled mufti Libanon, dan puluhan ulama di Syiria.

Saya harap agar umat Islam mendoakan rahmat bagi setiap orang yang terbunuh dan syahid di bawah panji kebenaran. Dan di dalam kematian, semua manusia setara. Kita sedih atas tetesan darah yang mengalir. Dan anak-anak, orang tua, serta wanita yang terbunuh tiap hari tidaklah lebih rendah martabatnya di antara yang lain, begitupun orang yang kita diamkan dari membunuhnya maupun orang yang kita benci (untuk) membunuhnya.

Ini adalah agama dimana darah di antara kita diharamkan. Dan di hari terbunuhnya al-Buthy, telah terbunuh pula tidak kurang dari seratus lima puluh orang di tangan pasukan terkutuk itu. Duhai Allah, terimalah para syuhada kami, ampuni mereka..."

 KEHILANGAN SALAH SEORANG IMAM MUJTAHID DI ABAD INI..INILAH KALAM SYEIKH DR ALI JUM'AH,MANTAN MUFTI MESIR..:-)

Syeikh Dr Ali Jum'ah pernah ditanya oleh anak muridnya berkenaan berapa ramaikah mujtahid yang masih hidup di dunia ini. Lantas sheikh menjawab hanya dua orang iaitu yang pertama Al Allamah Sheikh Dr Yusuf Al Qardhawi dan yang kedua Al Allamah Sheikh Dr Muhammad Sa'id Ramadhan Al Buti.

23 MAC 2013

SYURGA BUATMU WAHAI ASY-SYAHID IMAM AL-MUJTAHID..INSYA ALLAH..:-)

GAMBAR AS SYAHID SYEIKH DALAM RAMADAN BUTI dalam kenangan abadi...........
Moga ALLAH rahmati roh beliau Al Fatihah 
















Monday, March 18, 2013

17&18 Mac Hadiah Allah yang amat bermakna

Selamat Hari Lahir 
Nur Fatihah Al Huda yang pertama 
dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 2 Buat Zaujah Tercinta - Nurfaizah Angah
 17&18 Mac Tarikh penuh sejarah .
17 Mac 2013 genap anak sulung kami berusia setahun . Allah hadiahkan Fatihah sebagai amanah untuk ibu dan walid , moga Allah pelihara Fatihah dan moga Fatihah menjadi anak solehah dan bakal berjasa pada Islam di masa hadapan . 
Teringat ana pada masa zaujah ana melahirkan Fatihah  , selepas balik dari hospital pada 18 Mac 2012 Faizah isteri tercinta hantar sms pada ana " Selamat ulang tahun perkahwinan abg , syg tak dapat bagi hadiah pada abg (sebab sakit besalin) sayag mampu hadiahkan baby sebagai hadiah ulang tahuan perkahwinan " 
Allahuakbar ....
Malam ini ana teringat semula peristiwa ini , Allahuakbar!!!

 NUR FATIHAH AL HUDA telah berusia Satu Tahun -17 Mac 2013- Moga Fatihah menjadi anak solehah dan berjaya segala urusan dunia akhirat ameen .

Malam ini teringat semula kisah zaujah sakit melahirkan Fatihah . 
Dulu ana janji hendak ceritakan gambaran pengorbanan seorang ibu melahirkan anak untuk pengajaran bersama 
 Sudah setahun berlalu ana mohon maaf kerana lama abaikan tulisan ini disebabkan jdual program terlalu padat akhir-akhir ini .
Insyallah janji ditepati ..........
Ana korbankan masa rehat ana malam ini untuk penuhi janji ana untuk ceritakan pengalaman melihat seorang ibu melahirkan anak yang penuh pengajaran .
Zaujah ana semasa mengandung Fatihah 3 kali beliau masuk hospital disebabkan alahan , pengorbanan yang cukup berat , ana tak dapat nak gambarkan keperitan kesakitan zaujah semasa itu, bila muntah sahaja sampai habis semua makanan dalam badan sehingga tak bermaya dan terpaksa tambah air di hospital . 
Isteri ana mula masuk hospital pada pagi 16 Mac , beliau mula sakit teruk perut beliau merasa sakit sampai beliau gengam erat tangan umi (ibu mertua ana ) gilir dengan mama(ibu ana) terkadang pegang tangan Tok Saudah dan terkadang pegang tanggan ana , ana tak sanggup lihat beliau meronta -ronta kesakitan hingga gegar katil hospital . Allah... sungguh hebat kesakitan beliau hingga ana tak mampu melihat beliau menangis kesakitan . 
Hanya mampu doa yang terbaik untuk beliau . 
Maghrib ana balik solat dirumah umi yang tak lebih dari 10 minit jarak perjalanan dari rumah umi ke hospital Sultanah Bahiyah ,lepas solat Maghrib ana terus ambil kunci kereta ke hospital Bahiyah . 
Walaupun tak boleh naik ke bilik isteri ana , ana tunggu di lobi utama , sekejap-sekejap beliau tel ana " abg , syg sakit sambil menangis ...ana tak mampu buat apa-apa dalam masa cemas hanya mampu menangis dan doa " .
Jam 10 malam mama ana datang bawa bantal untuk ana . Lebih kurang jam 1.30 pagi isteri ana tel ana " abang , syg nak kena masuk bilik besalin" 
Ana terus ke balai menunggu bersama mama dan Nabilah adik ana  , jam 2.30 masih tunggu di balai menunggu , isteri ana dalam bilik besalin lebih kurang hampir jam 3 umi datang bersama abah , ana dipanggil masuk dalam bilik besalin . 
Ana tak mampu lihat isteri ana sedang meronta kesakitan dalam bilik besalin . Ana bediri disisi beliau.
Beliau gengam erat tangan ana , ana dan beliau mampu zikir dan ana hanya mapu bagi semangat pada beliau . Tiba-tiba ana hampir nak jatuh kerana ana pening disebabkan ana tak tidur dari siang 16 Mac hingga pagi 17 Mac, Ana tak bermaya ana tanya dokter " Dokter boleh tak saya nak tukar dengan ibu saya , saya pening nak pitam ?" , Jawab Dokter " Tak boleh , hanya suami sahaja , kalau kamu tak boleh tengok tak pa , kamu tunggu di luar nanti selesai saya panggil kamu " 
Ana diam dan dokter tarik ana duduk di bangku yang disediakan . Isteri ana makin meronta kesakitan . Walaupun ana hampir pitam tapi Allah bagi kekuatan dan semangat untuk bantu isteri dalam kesakitan . Isteri ana pegang erat tangan ana , ana pegang erat tangan beliau . Dokter kata " Faizah tolong cepat selamatkan anak kamu denyutan jantung baby kamu dah lemah , ana cemas sangat , ana bagi semangat pada beliau,  " Kuat syg kuat , sikit lagi syg sambil kami berdua berzikir " Syg kuat! sikit lagi selamatkan baby !" 
Akhirnya hampir jam 5.20 pagi takdir Allah SWT , Nur Fatihah Al Huda dilahirkan dengan selamat . 
ALHAMDULILLAH...
Beliau dan ana ucap Alhamdulillah............
Beliau ambil baby dan cium terus peluk , Dokter tak benarkan ana pegang baby dan ana diarahkan keluar serta merta . Dalam ketakutan sebab tak bias alami keadaan ini ana terus keluar . Ana jumpa umi dan abah senyum dan ucap Alhamdulillah !!!! Mereka ucap panjang Alhamdulillah selamat . 

Lucunya umi tanya, dapat anak apa Helmi ? . Ana jawab " Allah ,Umi Helmi tak sempat nak tengok tadi " Kami ketawa lucu .Umi kata mesti cucu umi laki ...abah kata laki ka perempuan ka kita terima ja , kami ketawa lagi .

Umi dan abah balik ambil adik Helmi (adik ipar ana) untuk lihat anak menakan baru, kerana beliau akan ke Kelantan jam 10 pagi . Dari subuh hingga jam 8.30 pagi baru isteri saya keluar dari bilik besalin dan ditolak ke wad. Umi ,Abah , Mama , ana ,Tok Mah Adik Helmi dan Nabilah iring Faizah ke wad . Semasa baru keluar bilik besalin baru kami tahu baby perempuan ,ketawa lagi sebab baru tahu kata baby perempuan . 
Ana dan abah ambil cium Fatihah dan Azankan . 

Sebelah malam jam 8.30 Alhamdulillah Faizah dan Fatihah dibenarkan pulang ke rumah jam 9.30 malam. Ustaz Yazid anak Tuan Guru Hj Salleh Sik bawa sahabat pondok Sik untuk SELAWAT memuji RASULULLAH  sambut kelahiran Fatihah .
Esok pagi lepas subuh ana dapat sms dari Isteri tercinta " Syg mampu hadiahkan baby utk abg sempena Ulang tahun perkahwinan kita " 

Moga cerita ini menjadi iktibar buat ana sebagai seorang anak kepada seorang ibu yang banyak bekorban untuk kita ,sebagai seorang suami wajib hargai pengorbanan isteri , sebagai anak mesti beterima kasih kepada jasa ibu .Moga kita dapat ambil iktibar bersama Insaallah .

KENANGAN NUR FATIHAH AL HUDA 
http://alfakirhelmi.blogspot.com/2012/03/cara-menyambut-anak-yang-baru.html


Alhamdulillah Nur Fatihah ditahnik oleh Tn Guru Hj Salleh Musa , tokoh ulama Kedah berusia 84 tahun , di Masjid Bukhary Alor Setar pada hari ke 3 kelahiran beliau 




ANTARA AMALAN SUNAT LAGI ADALAH CUKUR RAMBUT BAYI , POTONG KUKU BAYI , LETAK NAMA BAGI BAYI KITA DAN ADAKAN SEDIKIT KENDURI KESYUKURAN PADA HARI KE 7 KELAHIRAN , INI MERUPAKAN SUNNAH RASUL

Pada hari ke 7 
Syeikh Toyyib Al Makki mencukur rambut Nur Fatihah dan meletakkan nama secara rasmi Nur Fatihah Al Huda 


Sunat adakan sedikit kenduri Kesyukuran sempena cukur rambut bayi . 
Kemudian rambut itu kita timbang dengan timbangan di Kedai emas , seberat mana rambut anak kita dengan timbangan emas itu maka sunat kita sedekahkan kepada fakir miskin . Rambut Fatihah lebih kurang beratnya dengan berat emas bernilai RM 205 .Sunat kita sedekahkan nilai wang itu pada fakir miskin tanda kesyukuran kita kepada Allah 


Ustaz Yaziz anak Tn Guru Hj Salleh menyambung acara tahnik dan cukur rambut 


Syeikh Osman dari Algiria , guru Qiraat bagi zaujah ana sedang tahnik Nur Fatihah 

Syeikh Yassir dari Mesir , guru Qiraat zaujah ana sedang berdoa untuk Nur Fatihah 





 18 Mac 2013 Ulang Tahun Perkahwinan ke 2 Helmi Assyafie & Nurfaizah Angah
 Moga bertambah-tambah bahagian dan berkat hingga ke syurga seperti kekal kebahagian antara Rasulullah dan Siti Aisyah ameen Ya Rabb...

Happy Bestday untuk Iz PhaeezAnis Nadia & Hilmi Ansorullah juga:-)
moga kita semua berjaya dunia akhirat .....sama kita doakan