HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 23, 2024

Ustaz Helmi Kedah terima sandang Jembal.




Setelah saya muat naik tentang anugerah Jembal yang saya dapat pada Sabtu 20 Jan 2024 tempoh hari , ramai yang tanya adakah saya dari keturunan Raja Jembal?


Saya ingin jelaskan disini sebenarnya saya bukan dari jalur Raja Jembal , leluhur saya dari keluarga Diraja Singgora @ kini dinamakan Songkhla  dan Ligor yang kini dinamakan Nakhon Si Tamarat.


Saya keturunan Yang Di Pertuan Syarif Abu Bakar Shah seorang Raja Islam Ligor pada tahun 1681 M dan baginda hijrah ke Kedah disebabkan serangan Ayutthaya .


Yang di Pertuan Syarif Abu Bakar Ibni Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah Singgora.


Yang dipertua Syarif Abu Bakar merupakan Gabenor  atau Raja Ligor dan merupakan abang ipar Sultan Kedah ke 19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ll .


Hubungan kami dengan Jembal bertemu pada nenek sebelah atas dari Sultan Sulaiman Shah.

Kerabat Jembal ini adalah keluarga pupu kami . Kerana Nenek kami sebelah Raja Singgora dan Nenek keturunan Raja Jembal Kelantan adalah nenek yang sama iaitu Nik Mustafa Ibni Nik Muzafar Ibni Syed Ali Nurul Alam.,























 

No comments:

Post a Comment