HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, November 15, 2019

Kali terakhir Tuan Guru Haji Salleh bin Musa sambut Maulidur Rasul 2016

 Tuan Guru Haji Salleh bin Musa sambut Maulidur Rasul kali terakhir pada tahun 2016 .

Cinta beliau pada Rasulullah dan takzim beliau pada Maulidur Rasul kini diteruskan oleh seluruh pewaris anak beliau dan murid-murid beliau. Sudah tiga tahun Tuan Guru Haji Salleh Musa meninggal dunia tetapi sehingga kini amalan maulidur Rasul diteruskan di Pondok.
Tahun ini Pondok Ar Rahmaniah menyediakan masakan gulai daging sebanyak 33 kawah. Kehadiran lebih kurang 6 ribu orang yang hadir. Moga pahala mengalir pada guru kami Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.

Semasa Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa hidup, apabila tiba Rabiul Awal beliau sangat mentakzimkan Maulid , terkadang 20 tempat lebih Tuan Guru pergi ceramah. Maulid di Pondok diadakan besar-besaran dan menzahirkan kegembiraan.
Sekarang Tuan Guru sudah wafat, tetapi kesan tarbiah beliau dapat kami rasai. Alhamdulillah
Maulid tahun ini rata-ratanya dan dimana-mana sahaja,suasananya meriah seperti hari raya. Indahnya apabila kita memberi cinta yang benar kepada insan yang dicintai ALLAH iaitu Rasulullah. Alamat cinta yang benar akan membahagiakan kita.

Al Fatihah
Buat Murabbi ummah
Almarhum Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.





No comments:

Post a Comment