HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 5, 2018

Sultan Syarif Sulaiman Singgora









 Kesultanan Melayu Singgora (Songkhla)

Kerajaan Melayu Singgora ditubuhkan sekitar abad ke-17 masihi.  Diasaskan oleh Dato' Monggol atau Raja Syariff Mudzaffar sekitar tahun 1604 masihi. Kerajaan Melayu Singgora berkembang dengan maju dengan berkuasa ke atas negeri Phattalung  dan Ligor.  Seiring dengan itu berkembang juga agama Islam di sekitar negeri Singgora,  Phattalung dan Ligor. Melalui Kesultanan Singgora, Kerajaan Ligor dipengaruhi Raja berketurunan Melayu dan Islam. 

Raja Syariff Mudzaffar ketika kekuasaannya bernaung di bawah Kerajaan Ayutthaya. Raja Syariff Mudzaffar menguasai Singgora dan Phattalung telah menarik para pedagang terutama syarikat perdagangan Inggeris untuk membuka gudang di Singgora.

Ketika mangkatnya Raja Syariff Mudzaffar. Baginda telah digantikan oleh anakandanya Raja Sulaiman yang kemudian menggelarkan diri baginda dengan Sultan Sulaiman Syah dengan memerintah bercorak Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pada 1642, Sultan Sulaiman Syah telah mengisytihar kebebasan Kerajaan Singgora Phattalung dari kekuasaan Ayutthaya. Pada tahun 1646 hingga 1649 terdapat pakatan antara Kerajaan Singgora, Kedah dan Pattani dalam mempertahankan negeri melayu dari cengkaman kekuasaan Ayutthaya.

Pada zaman Sultan Sulaiman Syah Kerajaan Singgora terkenal dengan teknologi persenjataan yang maju.  Askar Melayu Singgora pada ketika itu mempunyai kelengkapan senjata api dan meriam yang berkualiti. Kubu Pertahanan Singgora juga antara kubu yang paling kukuh pada ketika itu. Sultan Sulaiman Syah dikatakan mangkat dalam peperangan dan digantikan anakandanya. Sultan Mustafa atau Syariff Mustafa. Kerajaan Singgora  mula jatuh kembali ke pangkuan Ayutthaya sekitar tahun pemerintahan 1680. Kerajaan Melayu Singgora juga dikatakan tewas kerana terdapat pengkhianatan dalaman.

Keluarga Sultan Syarif Sulaiman di Kedah.



























No comments:

Post a Comment