HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, December 13, 2015

MARHABAN YA RABIQ


مرحبا يا ربيع # مرحبا شهر الأنوار
مرحبا يا شفيع # بالرحمة و الأنوار
INILAH BULAN DINANTI-NANTI ,
OLEH SEMUA PERINDU NABI,
AHLAN WA SAHLAN DARI KAMI,
RABI'UL AWWAL YANG DIBERKATI.
RABI'UL AWWAL BULAN BERTUAH,
LAHIRNYA NABI PENUH BERKAH,
DIUTUSKAN SEBAGAI RAHMAH,
MENYAMPAI RISALAH PENUH HIKMAH.
ALAM GELAP DENGAN KEZALIMAN ,
MENINDAS HAMBA DAN PEREMPUAN,
SEMBAH BERHALA JADI IKUTAN,
MASYARAKAT DALAM KEJAHILAN.
BANGSA ARAB BERPUAK-PUAK,
MINUMAN HARIAN IALAH ARAK,
ORANG YANG KAYA MENJADI TAMAK,
MENINDAS YANG MISKIN DAN FUQARAK.
AHLI KITAB ZAMAN DAHULU,
SUDAH TAHU DAN BERILMU,
SIFAT DAN TANDA PADA BAHU,
INSAN MULIA YANG DITUNGGU.
KEDATANGANNYA SUDAH PASTI,
KAN MENERANGI ALAM INI,
WAJIBLAH KITA MENSYUKURI,
ATAS NIKMAT DARI ILAHI.
DI ANTARA SIFAT NABI,
TIDAK SUKA MENINGGI DIRI,
PELUH BAGINDA SANGAT WANGI,
LEBIH HARUM DARI KASTURI.
KEMANA JUA NABI BERJALAN,
PASTI KAN DITEMANI AWAN,
DARI CAHAYA DICIPTAKAN,
TIDAK PERNAH ADA BAYANGAN.
HADIS SOHIH MENCERITAKAN ,
AZAB ABU LAHAB DIRINGANKAN,
KERNA GEMBIRA SAAT KELAHIRAN,
DIBEBASKAN HAMBA PEREMPUAN.
APAKAH PERIHAL ORANG BERIMAN,
YANG TAK PERNAH SYIRIKKAN TUHAN,
GEMBIRA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN,
NABI MUHAMMAD RASUL PILIHAN.
PASTILAH SYURGA YANG DINANTI,
BAGI YANG MENCINTAI NABI,
LEBIH DARI DIRI SENDIRI,
HARTA DAN JUA ANAK ISTERI.
KAMI MOHON PADA ILAHI,
AGAR SEMPURNA IMAN DI HATI,
DENGAN BERKAT MEMUJI NABI,
SELAWAT SALAM SETIAP HARI.
KURNIAKANLAH DAPAT MELIHAT,
WAJAH MULIA NABI MUHAMMAD ,
DI DALAM MIMPI WALAU SESAAT,
AGAR RINDU KAMI TERUBAT.
JEJAKKANLAH KAKI KAMI,
KE BUMI BERKAH TANAH SUCI,
AGAR DAPAT ZIARAH NABI,
BERIBADAH DI TAMAN SYURGAWI.
الصلاة على النبي # و السلام على الرسول
النبي الأمي # بالرضا و القبول .

No comments:

Post a Comment