ALOR SETAR, 21 Sept (Malaysiaaktif) — Bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abd Majid Mohd Noor kembali ke Rahmatullah pada Isnin.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Pusat Haemodialisis Zakat Kedah pada kira-kira pukul 11.20 pagi.
Allahyarham Sheikh Abd Majid dilahirkan pada 12 Februari 1924 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Setar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah.
Beliau pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dan di Institut Ain Al-Syam dalam jurusan Pedagogi.
Antara penghormatan yang pernah diberikan kepada allahyarham, termasuk Tokoh Maal Hijrah pada 1988.
....................................................................
Dato' Paduka Syeikh Abd. Majid bin Mohd. Noor dilahirkan pada 12 Februari 1924 di Kampung Seberang Pantai Johor, Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah, Alor Star pada tahun 1930 selama tiga tahun. Kemudian, beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Suka Menanti pada tahun 1935 dan seterusnya di Maktab Mahmud selama lapan tahun. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mendapat Ijazah B.A. di sana. Pada tahun 1955, beliau melanjutkan pengajiannya di Institusi Ain al-Syam dalam bidang perguruan.
Kerjaya :
- Guru bahasa Arab, Maktab Mahmud (1945-1965)
- Pemangku Pengetua, Maktab Mahmud (1961)
- Pengetua Maktab Mahmud (1965)
- Pendaftar Sekolah-sekolah Agama, Majlis Hal Ehwal Agama Islam (1969)
- Penasihat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (1980an)
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji
- Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud
- Ahli Lembaga Amanah Yayasan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIM)
- Hakim pertandingan tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan
- Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah
- Yang DiPertua Majlis Hal Ehwal Agama Islam Kedah
- Ahli Majlis Agama Islam Kedah
- Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah
- Pengerusi Jawatankuasa Syariah Kedah
- Yang DiPertua Persatuan Ulama Kedah (1980-1984)
- Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah (1980-1984)
- Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah (1979-1986)
No comments:
Post a Comment