Assalamualaikum wb
Maaf pada semua pengikut setia blog Kehidupan Tauhid ini sebab hampir 6 hari saya tidak masukkan maklumat disebabkan ada beberapa program yang tidak dapat saya elakkan bermula 25/4/12- 1/5/12.
25/4/12 program Habib Umar di Perwaja Gurun Kedah . 26 /4/12 saya dan 18 sahabat Pondok Sik turun ke Bersih .
27/4/12
Takdir Allah semasa di Kuala Lumpur kami semua sahabat pondok menginap Markaz Pantai Dalam
28/4/12 Bersih 3.0
Kami Jemaah dari pondok Sik turun KL lebih awal. Seawal jam 7.30 pagi kami naik LRT untuk ke ibu kota dalam keadaan hati -hati khuatir ditangkap polis. kami turun ke Bersih atas niat kerana Allah untuk menyatakan tidak puas hati terhadap kezaliman pemerintah yang salahguna kuasa dan SPR tak bersih.
Alhamdulillah Sebelah malam kami telah mengadakan mesyuarat dan solat hajat supaya kami semua selamat dari ditangkap dan dipukul polis.Kami terus ke Bandar Kl
Turun sahaja dari LRT di ibu kota ternyata keadaan kali ini lebih bebas berbanding bersih 2.0 dulu .
Turun sahaja dari LRT di ibu kota ternyata keadaan kali ini lebih bebas berbanding bersih 2.0 dulu .
Bersih 2.0 dulu kawalan polis lebih ketak sehingga nak pakai baju kuning pun tak boleh , tetapi kali ini Bersih 3.0 ramai pakai pakainan Kuning seawal pagi.
Melihat sausana ini saya rasa tidak mencabar kerana tidak nampak FRU langsung berbanding Bersih 2.0 dulu dengan sausana sangat mencabar.
Rupanya FRU berkampung di dataran Merdeka.
Saya bersama beberapa sahabat Pondok Sik ke Masjid Negara jam 10.30 pagi. Kami menunggu pimpinan hadir. Paling awal hadir adalah Mad Sabu , Anwar , Lim Kit Siang dan manakala Tn Guru Hj Hadi datang semasa waktu zohor.
Setelah selesai solat zohor laungan takbir bergema di dalam Masjid Negara . ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!
Saya dan sahabat pondok kami bersama Tn Guru Hj Hadi dari Masjid Negara ke Dataran Maybank
Kami terus mara ke dataran Maybank bersama puluhan ribu orang.
Dibawah jabatan hadapan Masjid Negara ada seorang berpakainan hitam hendak serang Anwar, ramai pertahankan Anwar, ana sempat menghulurkan kaki ana untuk menendang orang itu . Alhamdulillah Anwar selamat.
Tn Guru Hj Hadi, Md Sabu, Kadir Syeikh Fazil dipisahkan dari Anwar atas faktor keselamatan , Ana dan sahabat Pondok bersama Tn Guru Hj Hadi mara ke Dataran Maybank .
Setiba di Dataran Maybank sausana amat sesak .
Pergelutan berlaku apabila pimpinan utama hendak mara kehadapan dicelah puluhan ribu orang , Unit Amal buat kawalan dan ikatan tangan berantai. Sauasa tolat menolak , akhirnya Pimpinan hampir Berdekatan Masjid Jamek dan diantara Dataran Merdeka. FRU melepaskan tembakan gas pemedih mata.
2.25 petang pimpinan umum himpunan sudah selesai dan minta himpunan gergasi ini pulang . Saya rasa tidak puas hati mengapa keadaan ini berlaku? Mengapa bersurai awal sedangkan puluhan ribu rakyat datang dari seluruh tanahn air inging melihat perubahan dalam sistem pilihanraya, paling kurangnya memorandum diserahkankan kepada wakil YDP Agong.
Rupanya Tn Guru Hj Hadi pengsan dan sausana pergelutan antara penyokong bersih 3 dengan pihakm poluis di Dataran Merdeka berlaku.
Rupanya Tn Guru Hj Hadi pengsan dan sausana pergelutan antara penyokong bersih 3 dengan pihakm poluis di Dataran Merdeka berlaku.
Takdir Allah saya saya diuji dengan mendapat sakit hernia , ALLAH menguji hambabya yang serba kedaifan. Saya redha. Saya hanya ditemani adik angkat Ahmad Rifaie dari Pondok Sik. Saya rehat di Masjid Jamek pada jam 3.00 petang ,FRU masih serang peserta Bersih di Masjid Jamek. Saya terasa pedih mata dan muka , dalam keadaan kesakitan saya terus membuka kasut dan rehat didalam ruang solat masjid.
Saya rasa sangat sakit ,Allahuakbar tak pernah rasa sesakit seperti ini . Ramai Hamba Allah dari peserta Bersih ikhtiar menolong mengubati saya hingga azan Asar .
Kemudian setelah jemaah selesai solat Asar saya makin sakit kuat , Imam Masjid Jamek panggil pihak hospital untuk ambil saya dan bawa ke Hospital KL.
Saya naik Imbulans bersama Ahmad Rifae semasa keadaan sausana peserta Bersih 3.0 tengah beperang dengan Polis .
Polis tidak beperi kemanusiaan sanggup tembak gas menghala kearah Masjid , siapa keluar dari masjid Polis biarkan tetapi setelagh jalan 100miter polis tembak gas pemedih mata , amat zalim polis dibawah pemerintahan pimpinan 1 Malaysia ini.
Saya tidak hirau keadaan sekeliling duisebabkjan saya terlalu sakit, saya dibawa terus ke Hospital KL lebih kurang jam 5.30 petang.
Sampai di Hospital jam 6.15 lebih kurang. Jam 7.40 malam tepat saya dimasukan kedalam wad bedah, terus saya dibedah . Alhamdulillah saya sudah keluar dari hospital KL semalam jam 12.00 tengahari 30/4/12.
Ramai pimpinan PAS yang hadir menziarahi antaranya Ketua Muslimat Pusat , Pesuruhanjaya PAS Wilayah, ketua pemuda PAS Wilayah, Lujnah Kebajikan PAS Selangor , AJK PAS Pantai Dalam dan Lembah Pantai.Tidak ketinggalan dari parti Keadilan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dan pimpinan Keadilan lain , dan ada juga pimpinan UMNO seperti Jamil Khir , Sharizat Jalil ,Ketua putri UMNO Malaysia. Saya ucapkan tetima kasih pada semua terutamanya ibu saya , isteri saya yang baru sahaja lepas pantang bersalin,keluarga mertua saya yang kuat memberi sokongan moral pada saya, bapa saudara dan ibun saudarasebelah isteri saya, Ahmad Rifae, Mazlan Jamaluddin dan sahabat pondok dan seluruh yang mengambil berat tentang saya semasa saya dihospital KL.
Alhamduillah kini 1/5/12 saya rehat di Alor Setar sementara sebelum pulang ke Pondok Ar Rahmaniah
Doakan saya supaya lekas sembuh dan dapat taufiq untuk melaksanakan kerja-kerja perjuangan , doakan kesejahteraan untuk saya dan semua kita. Doa agar iman kita sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.
Salam Perjuangan
Perjuangan kita belum Selesai
Takbir ! ALLAHUAKBAR!
Tuan Guru Baba Haji Salleh Musa Hafizahullah berjuang di Medan Bersih 3.0.
Pondok Sik, Kedah
Kenyataan saksi-saksi di tempat kejadian :
"Beliau memang tak henti berdoa & berzikir. Masa dah penat sangat, semua orang (termasuk non-muslims) bagi laluan, angkat beliau dan biarkan beliau duduk di atas 'rumah elektrik' tu.."
"subhanallah, no wonder beliau ammaaatt steady.. kami dah muntah2, separuh buta, sesak nafas separuh mati, beliau beredar jalan mcm x dak effect apa2.."
"..alhamdulillah syukur dpt duduk sebelah beliau.Tok Guru x henti berzikir & bila beliau berdoa, ana aminkan aje wpun x dgr apa especially bila FRU start tembak, beliau terus tadah tangan"
:)
Siapakah insan istimewa ini?
Nama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tuan Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu: Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan :
- Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana)
- Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
- Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
- Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .
Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi. Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah. Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya. Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang
Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .
Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M, S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009. Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah, 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik
SEKARANG ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDAN, MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH
Antara Masyaikh Hafizahumullah yang menziarahi beliau :
Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jordan)
Saudara yang saya kasihi, Tuan Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau, diantaranya beliau merupakan Tuan Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .
Beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang, seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh, Sik setiap bulan Ramadhan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh
Beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan
Kuliah minguan beliau setiap hari Jumaat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan, Allah beri taufiq pada beliau, walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .
Ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan, tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau. Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya
"Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik"
Beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)
Fikiran beliau sangat terbuka
Beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat, PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata
اللهم ! إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك
(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)
Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau, beliau berkata
"Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya"
Bersama Kepimpinan Ulama'
اللهم ! إني أسألك حبك وحب من يحبك ، والعمل الذي يبلغني حبك
(allahumma inni as'aluka hubbak wahubba man yuhibbuk wal 'amal allazi yuballighuni hubbak)
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu cintaMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan cinta kepada amal yang membawa aku kepada cintaMu
No comments:
Post a Comment