HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, March 29, 2012

Cara Menyambut anak yang baru dilahirkan menurut Islam


Assalamualaikum ...
Al Fakir terlebih dahulu bersyukur Alhamdulillah kerana baru dikurniakan anak pada 17.3.2012 .
Ana ingin berkongsi pengelaman bagi rakan-rakan golongan muda yang bakal berkahwin dan mendapat zurait . Maka wajib bersyukur atas kurniaan Allah
Kita perlu menyambut kelahiran anak kita dengan mengikut ajaran Islam .
Ramai orang sekarang lupa semua ini hanya bersuka ria hingga lupa tuntutan dan adab adab yang diajar oleh Rasul  , maka ana ingin berkongsi pengelaman dan tujuan untuk memberi tunjuk ajar pada anak muda supaya apabila tiba masa mendapat anak maka mereka akan ikutlah cara Islam ...Jangan jauh dari ajaran Rasul dan ulama . 

Terlebih dahulu ana berpesan buat diri ana dan semua sahabat , anak muda yang bakal berkahwin dan bakal mendapat zuriat terutamanya marilah kita beri penghormatan pada kaum ibu , fahamilah mereka dekati mereka semasa saat kelahiran hampir tiba,beri semangat kepada mereka,kerana mereka bertarung nyawa demi melahirkan insan zuriat kita  dimuka bumi ini . Insyallah ana akan ceritakan cerit kesusahan seorang ibu melahirkan anak . Ruangan ini ana ingin berkongsi cara-cara menyambut anak yang baru dilahirkan mengikut Islam .

Setelah bidan menyambut anak kita ,  setelah selesai kita Azankan ditelinga kanan dan Iqamah disebelah kiri lakukan sama sahaja bagi bayi laki dan perempuan  . 
Kemudian kita perlu basuh dan tanam uri , terlebih baik kita balut uri dengan kain putih kemudian ditanamkan dimana-mana sahaja asalkan selamat dari binatang buas . 

Kemudian kita santuni isetri dan anak kita dengan sebaik-baiknya . Dimasa selepas kelahiran isteri kita perlu beri perhatian menjaga kesihatan isteri kerana masa ini adalah masa yang sensitif bagi mereka kaum ibu . Kita perlu jaga ubat dan makanan mereka mengikut masa bagi memastikan kesihatan mereka baik .

AMALAM SUNAT :
Setelah 7 hari sunat kita Aqiqah untuk anak kita , jika perempuan seekor kambing , jika laki sunat 2 ekor kambing .Lihat hukum Aqiqah dibawah :

Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :
Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.
1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.
Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Alhamdulillah , terima Kasih Ustaz Nordin Singapura kerana buatkan Aqiqah untuk anak ana Nur Fatihah Al Huda pada hari ke 6 kelahiran beliau . 



Diantara Amalan Sunat lain adalah mentahnik ( buka mulut bayi dengan manisan ) oleh alim ulama atau ahli soleh . 
Alhamdulillah Nur Fatihah ditahnik oleh Tn Guru Hj Salleh Musa , tokoh ulama Kedah berusia 84 tahun , di Masjid Bukhary Alor Setar pada hari ke 3 kelahiran beliau 


ANTARA AMALAN SUNAT LAGI ADALAH CUKUR RAMBUT BAYI , POTONG KUKU BAYI , LETAK NAMA BAGI BAYI KITA DAN ADAKAN SEDIKIT KENDURI KESYUKURAN PADA HARI KE 7 KELAHIRAN , INI MERUPAKAN SUNNAH RASUL

Pada hari ke 7 
Syeikh Toyyib Al Makki mencukur rambut Nur Fatihah dan meletakkan nama secara rasmi Nur Fatihah Al Huda 

Sunat adakan sedikit kenduri Kesyukuran sempena cukur rambut bayi . 
Kemudian rambut itu kita timbang dengan timbangan di Kedai emas , seberat mana rambut anak kita dengan timbangan emas itu maka sunat kita sedekahkan kepada fakir miskin . Rambut Fatihah lebih kurang beratnya dengan berat emas bernilai RM 205 .Sunat kita sedekahkan nilai wang itu pada fakir miskin tanda kesyukuran kita kepada Allah 

Ustaz Yaziz anak Tn Guru Hj Salleh menyambung acara tahnik dan cukur rambut 

Syeikh Osman dari Algiria , guru Qiraat bagi zaujah ana sedang tahnik Nur Fatihah 

Syeikh Yassir dari Mesir , guru Qiraat zaujah ana sedang berdoa untuk Nur Fatihah 


Akhir kalam , ana bukan hendak berbanga-banga meletakkan gambar ini . Ana hanya menyatakan kesyukuran pada Allah sebagai kenang kenagan buat diri , saudara yang tinggal jauh dan untuk tujuan berdakwah kepada anak muda yang kini jauh dari mempelajari agama untuk dekati dan hayati cara Islam untuk dibawa dalam kehidupan harian 

5 comments:

  1. tahniah ustaz. tolong doakan ana sama.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... saya dah sebulan lebih melahirkan... tapi 1 perkara sunat pun belum saya lakukan kecuali memberi nama anak... saya merantau dan tak tahu dengan siapa perlu minta bantuan... menjadi kesalahan ke kalau sunat2 tersebut tidak dilakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunat ni kita buat dapat pahala.. xbuat dosa xdapat, pahala pon xdapat.
      makruh pula kita tinggalkan dapat pahala, kita buat, pahala xdpt dosa pon xdpt.
      wajib pula sekiranya dilakukan dapat pahala, kalo xdilakukan dapat dosa.
      haram pula sekiranya dilakukan dapat dosa.

      jadi xmenjadi satu kesalahan kalo xbuat pekara sunat. tp seeloknya buatlah pekara sunat ni.. insya-Allah dgn pahala2 sunatlah yg dpt menampung amalan kemungkaran yg kita lakukan selama ini, dan juga menandakan tanda kesyukuran kita pada Allah SWT.

      Delete
  3. Terim Kasih di atas pengajaran ini - pelajaran untuk saya

    ReplyDelete
  4. JazaakAllah...sy pun xlama lg smbut bayi..ni bayi yg kedua..inshAllah..sy akan usaha utk mengamalkan ajaran Nabi...papun tahniah kepda saudara..

    ReplyDelete