Baginda merupakan Raja Ligor Nakhon Si Tammarat. Baginda memerintah Ligor setelah ayahanda baginda iaitu Yamtuan ( Syarif ) Mahmud memerintah Ligor pada tahun 1680 - 1686 M. Ayahanda baginda memerintah Ligor hanya 6 tahun sahaja disebabkan tekanan yang kuat dari Ayutthaya.
Syarif Abu Bakar Shah ibni Yamtuan Mahmud ( Ligor ) ibni Sultan Sulaiman Shah ( Singgora ) ibni Dato Monggol atau nama sebenar Nik Badrus Salam.
Dato Moggol pengasas kesultanan Singgora Darussalam. Baginda memerintah Singgora sekitar 1604 - 1625 M. Setelah itu anakanda baginda iaitu Sultan Sulaiman Shah memerintah Singgora 1625 - 1668M.
Singgora dibawah pemerintahan Sultan Sulaiman Shah sangat terkenal dengan pelabuhan yang mashur menjadi tempat tumpuan pedagang termasuk dari benua China , India , dan lain lain negara .
Singgora memiliki kubu pertahanan yang amat kukuh di sekitar pusat pemerintahan Sultan Sulaiman Shah . Sehingga kita masih dapat dilihat kubu pertahanan dan kubu kota Singgora sepanjang Bukit Merah.
Singgora pernah diserang berkali kali , oleh kerana memiliki kekuatan ketenteraan dan kubu pertahanan yang kukuh, Singgora dapat bertahan.
Setelah Sultan Sulaiman Shah Singgora mangkat pada tahun 1668 M. Sultan Sulaiman Shah dimakamkan di Singgora.Anakanda baginda iaitu Sultan Mustafa menjadi Sultan Singgora.
Ayyuthaya menyederi adinda Sultan ( Syarif ) Mustafa iatu Syarif Mahmud tidak ada apa apa jawatan maka Ayyuthaya melantik Syarif Mahmud sebagai Gabenor Ligor . Yamtuan Mahmud diangkat menjadi Gabenor Ligor pada tahun 1680 M .
Pada tahun 1681 M , Ayutthaya memakasa Ligor menyerang Singgora . Adik iaitu Yamtuan Mahmud Ligor menyerang abang iaitu Sultan Mustafa Singgora sehingga ranap Singgora dan berakhir era pemerintahan Singgora.
Pada tahun 1681 M , Sultan Mustafa dilantil oleh Ayutthaya menjadi Gebenor atau raja di Chaiya negeri Melayu segenting kra.
Yamtuan Syarif Mahmud Ligor mendapat tekanan yang kuat dari Ayyuthaya sehinggakan baginda hanya mampu mengekalkan era pemerintahan baginda hanya enam tahun sahaj. Pada tahun 1686 baginda meletak jawatan. Ligor dipimpin oleh anakanda Yamtuan Mahmud iaitu Syarif Abu Bakar Shah.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor tanpa diganggu oleh Ayutthaya yang tengah bergelut perang dengan Burma.
Baginda sempat menyusun kekuatan menyatukan negeri Melayu segenting Kra.
No comments:
Post a Comment