Setiausaha MUAS 2013 hingga sekarang. Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (2010-hingga sekarang) , Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa (2006-2012), Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah (2012-2013) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013) Mengajar Kitab di Masjid-Masjid dan Surau-Surau jemputan , Pendakwah Bebas. Cintakan Kitab Thurath , Cinta Perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah , Cinta Ulama , Cinta Habib , Cinta Majlis ilmu , cinta perjuangan Islam
Wednesday, January 31, 2024
Sunday, January 28, 2024
Ucapan Ustaz Muhammad Fazilul Helmi dalam majlis Himpunan NGO Utara.
Saturday, January 27, 2024
Tuesday, January 23, 2024
Ustaz Helmi Kedah terima sandang Jembal.
Setelah saya muat naik tentang anugerah Jembal yang saya dapat pada Sabtu 20 Jan 2024 tempoh hari , ramai yang tanya adakah saya dari keturunan Raja Jembal?
Saya ingin jelaskan disini sebenarnya saya bukan dari jalur Raja Jembal , leluhur saya dari keluarga Diraja Singgora @ kini dinamakan Songkhla dan Ligor yang kini dinamakan Nakhon Si Tamarat.
Saya keturunan Yang Di Pertuan Syarif Abu Bakar Shah seorang Raja Islam Ligor pada tahun 1681 M dan baginda hijrah ke Kedah disebabkan serangan Ayutthaya .
Yang di Pertuan Syarif Abu Bakar Ibni Mahmud ibni Sultan Sulaiman Shah Singgora.
Yang dipertua Syarif Abu Bakar merupakan Gabenor atau Raja Ligor dan merupakan abang ipar Sultan Kedah ke 19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ll .
Hubungan kami dengan Jembal bertemu pada nenek sebelah atas dari Sultan Sulaiman Shah.
Kerabat Jembal ini adalah keluarga pupu kami . Kerana Nenek kami sebelah Raja Singgora dan Nenek keturunan Raja Jembal Kelantan adalah nenek yang sama iaitu Nik Mustafa Ibni Nik Muzafar Ibni Syed Ali Nurul Alam.,