Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan (Helmi Assyafie)
Setiausaha MUAS 2013 hingga sekarang. Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (2010-hingga sekarang) , Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa (2006-2012), Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah (2012-2013) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013) Mengajar Kitab di Masjid-Masjid dan Surau-Surau jemputan , Pendakwah Bebas. Cintakan Kitab Thurath , Cinta Perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah , Cinta Ulama , Cinta Habib , Cinta Majlis ilmu , cinta perjuangan Islam
Thursday, March 26, 2026
Abu AL Hasan Ali al nadwi
AL Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideologi dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam.
Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naif di hadapan Barat.
Malah AL nadwi Sering melaungkan bahawa barat perlu belajar lebih banyak daripada umat Islam.
Beliau menggambarkan Barat sebagai :
"Kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia."
Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasai sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya.
Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan rintihan lain yang lebih hebat lagi.
-dari buku biografi agung Abu AL Hasan Ali al nadwi









































































