Setiausaha MUAS 2013 hingga sekarang. Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (2010-hingga sekarang) , Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa (2006-2012), Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah (2012-2013) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013) Mengajar Kitab di Masjid-Masjid dan Surau-Surau jemputan , Pendakwah Bebas. Cintakan Kitab Thurath , Cinta Perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah , Cinta Ulama , Cinta Habib , Cinta Majlis ilmu , cinta perjuangan Islam
Thursday, April 16, 2020
Naik taraf makam Syarif Abu Bakar Shah.
15 April 2020. Bersamaan 21 Syaaban 1441h makam asal Syarif Abu Bakar Shah dinaik taraf .
Moga ALLAH ampun dosa Syarif Abu Bakar Shah dan Rahmati beliau. Moga beliau tenang di barzakh sana.
Sunday, April 12, 2020
Raja Idris Libya
Beliau adalah al Malik al Amir as Sayyid as Syarif Muhammad Idris bin Muhammad al Mahdi as Sanusi al Hasani RA (1889-1983) atau dikenali Raja Idris. Beliau merupakan Raja Libya yang terakhir yang digulingkan oleh Muammar Gaddafi.
Ketika itu Raja Idris sedang berada Di Turki bagi menjalani Pembedahan Kakinya, kemudian tentera Libya yg di pimpin muammar gaddafi menurunkan takhta nya melalui cara rampasan Kuasa. Ketika Beliau mendapat tahu yg Takhtanya sudah digulingkan, katanya "sekiranya aku ke sana utk merampas takhta ku kembali, ianya akn menambahkan lagi kematian kaum muslimeen, maka aku tak mahu ianya terjadi. Walaupun ikhwan sanusiyyah dilibya lebih ramai, dan mampu untuk merampasnya kembali. Namun Raja Idris tidak mahu mendapatkannya kembali.
Kemudian Raja Idris hidup didalam buangan Di Greece, Kemudian beliau berpindah ke Mesir & Wafat Di Kaherah Tahun 1983.
Beliau bukan sekadar Raja, Bahkan seorang Ulama' yang mengamalkan ilmunya, bahkan beliau adalah pemimpin tariqah sufi, tariqah sanusiyyah. Beliau juga antara guru kpd Al Muhadith Haramain, Sayyid Muhammad Alawi al Maliki, yg begitu masyhur dan disegani kaum wahabiyyah di Bumi Hijjaz.. Ketika Kerajaan Beliau digulingkan Oleh Muammar Ghadaffi, Kata Para Ulama', Allah ﷻ akan menghina muammar ghadaffi kerana dia telah menggulingkan ahlul bait Rasulullah ﷺ .
Maka ianya benar terjadi, diakhir kehidupan Muammar Ghadaffi, dia mati dalam keadaan kehinaan. Penghinaan kpd Allah dan Rasul yg dibuatnya di Khalayak ramai menjadikan dirinya hina sehina hinanya saat akhir hidupnya.
Gambar Rare Beliau.
نفعنا الله به و بعلومه و اسراره ونفحاته وبركاته في الدارين آمين
Thursday, April 9, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)