Setiausaha MUAS 2013 hingga sekarang. Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (2010-hingga sekarang) , Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa (2006-2012), Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah (2012-2013) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013) Mengajar Kitab di Masjid-Masjid dan Surau-Surau jemputan , Pendakwah Bebas. Cintakan Kitab Thurath , Cinta Perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah , Cinta Ulama , Cinta Habib , Cinta Majlis ilmu , cinta perjuangan Islam
Monday, September 28, 2020
Sejarah Yamtuan Syarif Abu Bakar Shah
Friday, September 25, 2020
Makam Syarif Abu Bakar selamat.
ALLAH pelihara...
Pokok ratusan tahun di tanah perkuburan Islam Tualang tumbang malam tadi akibat ribut kuat.
Pokok ini dijangka berusia hampir 200 tahun lebih.
Alhamdulillah ALLAH pelihara makam Yamtuan Syarif Abu Bakar tidak ditimpa pokok tersebut. Kedudukam makam betul betul bawah pokok ini, makam di sebelah kiri , pokok tumbang sebelah kanan.Alhamdulillah , Allah pelihara makam leluhur.
Sedih, bila dapat whatsapp dari imam Tualang pagi tadi ,saya masih dalam PKPD Kota Setar,
Tak dapat pergi lihat keadaan makam di Tualang Pokok Sena.
Moga Allah buka hati orang kampung untuk bersihkan kawasan makam
Al Fatihah
Catatan 23.9.2020.
Sejarah Syarif Abu Bakar Shah yang sebenar
Sejarah.
Raja Ligor Berdarah Ahlul Bait Gugur Syahid Di Kedah, Dibunuh Oleh Siam.
Yamtuan / Yang Dipertuan Syarif Abu Bakar Shah Ibni Yamtuan (Syarif) Mahmud (Raja Ligor) Ibni Sultan (Syarif) Sulaiman Shah (Sultan Singgora Darussalam) Ibni Dato Monggol.
Baginda merupakan Gabenor / Raja Islam pernah memerintah kerajaan Islam Ligor. Kerajaan Ligor merupakan kerajaan yang kukuh dan berpengaruh. Buktinya semasa pemerintahan baginda dan ayahandanya Yamtuan (Syarif) Mahmud adalah dapat dilihat melalui wujudnya kesan tembok Kota Ligor yang tersergam indah dan sangat kukuh yang wujud hingga sekarang di tengah Kota Nakhon Si Thammarat.
Baginda merupakan cucu kepada Sultan (Syarif) Sulaiman Shah Singgora / Songkhla. Singgora merupakan kerajaan Islam yang hebat dan berpengaruh. Pengkalan perdagangan Singgora di kenali dunia. Sultan (Syarif) Sulaiman Shah memerintah Singgora dari 1625 - 1668M. Singgora awalnya di buka oleh Dato Monggol pada tahun 1604-1625M.
Syarif Abu Bakar Shah memerintah Ligor dengan aman damai dan makmur. Semasa itu Ayuthaya bergelut berperang dengan Burma 1767M. Burma kalahkan Ayuthaya. Setelah itu tertubuhnya kerajaan Chakri. Chakri membina kekuatan lalu menyerang Ligor pula.
Baginda bersama ahli keluarga dan pengikut berundur ke Kedah. Mereka membina tempat perlindungan di Kota Mengkuang Jitra.
Baginda dan anak-anak bernaung di bawah Kedah dan berkhidmat kepada Kesultanan Kedah. Baginda juga merupakan abang ipar kepada Sultan Kedah ke-19, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin ii.
Siam menghantar pengintip, mereka mendapati keberadaan Syarif Abu Bakar Shah di Kota Mengkuang. Siam telah melancarkan serangan sebanyak dua kali. Akhirnya Syarif Abu Bakar Shah gugur syahid di Kota Mengkuang. Jasad baginda di bawa lari ke Tualang, Pokok Sena Kedah kerana ramai ahli kerabat baginda membina perkampungan di Tualang setelah lari beramai-ramai dari Ligor.
Jasad As-Syahid Syarif Abu Bakar Shah mantan Raja Ligor dimakamkan di tanah perkuburan Masjid Tualang Tengah, Pokok Sena, Kedah .
Al-Fatihah
https://youtu.be/OHG73NQRMbc
Disediakan oleh :-
Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
27 Zulkaedah 1441H - 19/07/2020M.