HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, January 22, 2021

Isteri Tuan Guru Haji Salleh bin Musa

 

Ziarah balu almarhum murabbina Tuan Guru Haji Salleh bin Musa.  Ziarah sebelum PKP 21 Jan 2021.

Beliau Hajjah Sofiah bt Hj Awang

Beliau seperti ibu sendiri. Masa duduk pondok sentiasa makan masakan dari air tangan beliau. Membesar dengan makanan yang dimasak beliau. Beliau banyak memberi semangat dalam kehidupan.Terubat sedikit kerinduan buat almarhum tuan guru. Banyak pengalaman suka duka . Semasa di pondok dulu saya ditugaskan beli lauk dan barang dapur rumah almarhum tuan guru.

Rasa macam nak patah balik ke zaman belajar dulu. Seronok berkhidmat . 

Moga Mak Cik / Mak Guru sihat dan moga dapat bersama Baba di akhirat nanti.

Moga Allah cucuri Rahmat buat Tuan Guru Haji Salleh bin Musa. Moga kami dapat bersama Baba di Akhirat kelak. Amin amin ya Rabb.

Al Fatihah khusus buat Tuan Guru Haji Salleh bib Musa.

Kenagan ziarah 21 Jan 2021 , Khamis jam 2 petang.

No comments:

Post a Comment