Setiausaha MUAS 2013 hingga sekarang. Pengerusi Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah (2010-hingga sekarang) , Setiausaha Pondok Ar Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa (2006-2012), Tim Pengerusi 2 Madrasah Ar Rahmaniah (2012-2013) Setiausaha Ulama Kawasan Sik (2012-2013) Mengajar Kitab di Masjid-Masjid dan Surau-Surau jemputan , Pendakwah Bebas. Cintakan Kitab Thurath , Cinta Perjuangan Ahli Sunnah Wal Jamaah , Cinta Ulama , Cinta Habib , Cinta Majlis ilmu , cinta perjuangan Islam
Monday, March 30, 2020
Maulana Abdul Hamid Seri Petaling sembuh covid 2020
Antara Masyaikh Seri Petaling yang positif dengan covid-19 ini ialah Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid حفظه الله. Tetapi ajibnya, beliau cuma ditahan di Hospital Kuala Lumpur selama 4 hari sebelum disahkan sihat sepenuhnya oleh HKL dan dibolehkan untuk discharge.
Maka apabila Maulana telah balik ke rumah, orang telah tanya kepada Maulana Abdul Hamid tentang apa amalan beliau selama ditahan di HKL?
Maulana menjawab, beliau buat amalan biasa sahaja. Iaitu:
1. Tilawah al-Quran.
2. Zikir pagi petang.
3. Solat tahajjud.
4. Solat dhuha.
5. Doa.
6. Kuatkan semangat.
Dan beliau telah katakan bahawa beliau amalkan amalan yang telah dikongsi oleh Mufti Taqi’ Uthmani حفظه الله di dalam wawancara TV di Pakistan, di mana Mufti Taqi’ Uthmani telah kongsikan tentang mimpi seorang ahlullah dalam Tabligh (dipercayai ahlullah ini ialah Maulana Ibrahim Dehla حفظه الله) yang bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم lalu Nabi telah ajarkan amalan ini kepada beliau untuk dilindung dari wabak covid-19. Amalan itu ialah:
Maulana telah mulakan amalan ini dengan selawat 3x
1. Surah Al Fatihah 3x
بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿١﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ ﴿٢﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ ﴿٤﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ ﴿٥﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡن ﴿٧﴾
2. Surah Al Ikhlas 3x
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ [١] اللَّهُ الصَّمَدُ [٢] لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [٣]وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ[٤]
3. Dan Zikir 313x
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Dan Maulana telah tutupkan amalan ini dengan selawat 3x
Lalu ditiupkan ke dalam air, dan terus minum.
Masyaallah, selama 3 hari ditahan di dalam HKL, pada hari ke 4, Maulana disahkan sihat sepenuhnya dan dibenarkan discharge ke rumah pada hari Sabtu pagi bersamaan 21 Mac 2020, sebelum melaungkan azan dan solat berjemaah bersama keluarga di kediamannya.
Telah tular audio Syaikhul Hadith Maulana Abdul Hamid di dalam whatsapp, di mana beliau telah kongsikan amalan beliau kepada semua orang setelah ditanya dan diminta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment