HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, March 30, 2020

Imam Abu Hasan Syazuli

IMAM ABUL HASAN ASY-SYAZILI
(Pengasas Tarekat Syaziliyyah)

Syeikh Abul Hasan Asy-Syazili (bahasa Arab: أبو الحسن الشاذلي) (lahir Ghumarah, Maroko, 593H/1197 - wafat Humaitsara, Mesir, 656H/ 1258M) adalah pengasas Tarekat Syadziliyah yang merupakan salah satu tarekat sufi terkemuka di dunia. Beliau lahir di desa Ghumarah, dekat kota Sabtah, daerah Maghribi (sekarang termasuk wilayah Moroko, Afrika Utara) pada tahun 593 H/1197 M.Amalan doanya yang paling terkenal ialah Hizbul Bahr. Anak murid beliau yang paling utama ialah Imam Abul Abbas al-Mursi.

Biografi
Namanya lengkapnya adalah Abul Hasan Asy-Syadzili Al-Hasani. Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili adalah pendiri Tarekat Syadziliyah. Nasab atau garis keturunan Abul Hasan Asy-Syadzili bersambung sampai dengan Rasulullah SAW.

Berikut ini nasab Abu Hasan Asy-Syadzili: Abul Hasan, bin Abdullah Abdul Jabbar, bin Tamim, bin Hurmuz, bin Hatim, bin Qushay, bin Yusuf, bin Yusya', bin Ward, bin Baththal, bin Ahmad, bin Muhammad, bin Isa, bin Muhammad, bin Hasan, bin Ali bin Abi Thalib suami Fatimah binti  Rasulullah Saw

Sebagian besar sumber yang berbicara tentang sejarah Asy-Syadzili sepakat bahwa dia lahir di negeri Maghribi pada tahun 593 H (1197 M), di sebuah desa yang bernama Ghumarah, dekat kota Sabtah (sekarang kota Ceuta,berdekatan Sepanyol di Afrika Utara). Dia tumbuh di desa ini. Dia menghafal Al-Quran Al-Karim dan mulai mempelajari ilmu syariat. Kemudian dia pergi ke kota Tunisia ketika masih sangat muda. Dia tinggal di sebuah desa yang bernama Syadzilah. Oleh kerana itu, beliau dinisbatkan kepada desa tersebut meskipun dia tidak berasal dari sana, sebagaimana dikatakan oleh penulis al-Qamus. Ada juga yang mengatakan bahawa beliau dinisbatkan kepada desa tersebut kerana beliau tekun beribadah di sana.

Ciri-ciri peribadi

Asy-Syadzili berkulit sawo matang, berbadan kurus, perawakannya tinggi, pipinya tipis, jari-jari kedua tangannya panjang, dan lidahnya fasih serta perkataannya baik. Dia tidak terlalu membatasi diri dalam makan dan minum. Dia selalu mengenakan pakaian yang indah setiap kali memasuki masjid. Dia tidak pernah terlihat memakai baju-baju bertampalan sebagaimana yang dipakai oleh sebagian sufi, bahkan selalu mengenakan pakaian bagus. Beliau menyukai kuda, memelihara, dan menungganginya. Dia selalu menasihatkan untuk bersikap sederhana.

Syekh Abu Hasan Al Syadzili tentu tidak ada yang meragukan kezuhudannya, beliau adalah seorang mursyid bahkan pengasas dari aliran tarekat Syadziliyah namun kehidupan beliau sangat memperhatikan pakaian dan penampilan. Rumah beliau bagus, tanah pertaniannya luas, dan memiliki kuda-kuda yang kuat dan tegap. Kerana baginya kesufian adalah gerak batin seorang hamba, harta dan kekayaan boleh ada ditangan tetapi jangan sampai melekat dan ada di dalam hati.

Suatu ketika Syekh Abu Hasan Al Syadzili ditanya oleh seseorang mengapa penampilannya mewah dan menaiki kereta kuda yang indah, padahal dia adalah seorang ulama sufi ?, maka beliau menjawab bahawa agar ia tidak terkesan sebagai orang yang perlu kepada orang lain, karena hanya kepada Allahlah kita menggantungkan kebutuhan. Belia juga pernah berkata kepada muridnya Abu Abbas Al Mursyi, “Kenalilah Allah, lalu hiduplah sesukamu”

Abu Hasan Al Syadzili juga berpesan kepada murid-muridnya,

“Anakku dinginkan air yang akan kau minum. Sebab, jika kau minum air hangat lalu mengucap Alhamdulillah; tak ada semangat dalam ucapanmu itu. Berbeza jika kau meminum air dingin, lalu mengucap Alhamdulillah; niscaya seluruh organ tubuhmu turut mengucap Alhamdulillah.”

Begitulah cara al-Imam Abu Hasan asy-Syadzili memandang kehidupan seorang mu’min harus selaras dengan do’a yang selalu dibacanya “Fi addun-ya hasanah wa fil akhiroti hasanah” bahagia dunia akhirat.

Ajaran Syadziliyah yang beliau dirikan tidaklah berbeda dengan ajaran-ajaran ulama tasawuf lainnya, tentu yang paling pokok ajaran itu tidak menyimpang dari petunjuk Al Qur’an dan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Syekh Abu Hasan menekankan kepada murid-muridnya untuk menapaki jalan ma’rifat dan mahabbah kepada Allah SWT. Kerana siapa yang mencintai Allah, mencintai kerana Allah, bererti telah sempurna kewaliannya dan tidak terjebak pada kelazatan duniawi yang palsu. Al hubb lillah, wa fillah , cinta kerana Allah, dan bersama Allah menjadi bahagian terpenting bagi seorang hamba dalam bersuluk kepada-Nya.

Harta Kekayaan menurut Imam As-Syadzili

Pada suatu hari ada seseorang yang hendak bertemu dengan Imam Abu Hasan Ali Al-Syadzili di rumahnya. Kerana belum tahu rumahnya ia bertanya kepada orang lain, orang itu segera menuju ke tempat yang ditunjukkan, begitu sampai ke alamat yang dituju ia tidak jadi masuk ke rumah itu, kerana ia mendapatkan sebuah bangunan rumah bagai istana raja yang sangat mewah dan megah.

Dia tidak percaya kalau itu rumah itu tempat tinggal Imam As-Syadzili yang dicarinya. Dalam hatinya ia yakin bahawa seorang wali tidak akan hidup semewah itu. Seorang wali adalah orang yang hidup sederhana dan pasti mengamalkan zuhud, yaitu sikap menjauhi dunia. Melihat kenyataan itu ia segera pulang tetapi di tengah jalan ia berjumpa dengan seorang pengendali kereta kuda yang mewah mempersilakan naik bersamanya. Dengan penuh rasa waswas akhirnya dia menerima tawaran tersebut. Dalam pembicaraan di atas kereta diketahui bahwa pengendali kereta itu tidak lain adalah Imam Abu Hasan As-Syadzili sendiri.

Mendengar penuturan tersebut Imam Abu Hasan kemudian memberikannya segelas minuman anggur alami pilihan. Dia sangat kagum kerana seumur hidupnya baru kali ini dia melihat dan menikmati anggur seperti itu. Akhirnya semua perhatiannya tertumpu pada gelas anggur tersebut.

Dia kuatir jika anggur tersebut tumpah atau gelasnya lepas dari genggamannya sehingga  dia tidak menikmati pemandangan dalam perjalanannya dengan kereta tersebut mengelilingi kota yang indah.

Setelah selesai mengelilingi kota, kereta itu berhenti di halaman rumah Imam tanpa disedari orang tersebut kerana dia terus saja memperhatikan anggur tersebut. Dia baru sedar setelah Sang Imam bertanya kepadanya,”Bagaimana pendapatmu mengenai perjalanan tadi apakah kamu dapat menikmati keindahan kota?” Orang itu tidak dapat menjawab apa-apa.

Sebelum dia menjawab Imam Syadzili melanjutkan kata-katanya,”Nah, antara kamu, keindahan kota dan anggur di tanganmu itu ibarat aku sendiri dengan hartaku dan Allah dalam batinku (qalbuku). Kerana perhatianku tertuju hanya kepada Allah, aku tidak pernah peduli apakah kota ini indah atau tidak.”

Orang itu baru memahami apa yang dilihat dan didengarnya. Ia bahagia kerana mendapatkan arti zuhud yang sesungguhnya dari Sang Imam.

Salasilah tarekat Syaziliyyah

Imam Abul Hasan asy-Syazili kemudian hari  menerima ijazah dan bai’at sebuah thoriqot dari asy Syekh Abdus Salam yang rantai silsilah thoriqot tersebut sambung-menyambung tiada putus sampai akhirnya berhujung kepada Allah SWT. Silsilah tariqat ini urutannya adalah sebagai berikut :

Beliau, asy Syekh al Imam Abil Hasan Ali asy Syadzily menerima bai’at thoriqot dari :

1. Asy Syekh al Quthub asy Syarif Abu Muhammad Abdus Salam bin Masyisy, Beliau menerima talqin dan bai’at dari

2. Al Quthub asy Syarif Abdurrahman al Aththor az Zayyat al Hasani al Madani, dari

3. Quthbil auliya’ Taqiyyuddin al Fuqoyr ash Shufy, dari

4. Sayyidisy Syekh al Quthub Fakhruddin, dari

5. Sayyidisy Syekh al Quthub NuruddinAbil HasanAli, dari

6. Sayyidisy Syekh Muhammad Tajuddin, dari

7. Sayyidisy Syekh Muhammad Syamsuddin, dari

8. Sayyidisy Syekh al Quthub Zainuddin al Qozwiniy, dari

9. Sayyidisy Syekh al Quthub Abi Ishaq Ibrohim al Bashri, dari

10. Sayyidisy Syekh al Quthub Abil Qosim Ahmad al Marwani, dari

11. Sayyidisy Syekh Abu Muhammad Said, dari

12. Sayyidisy Syekh Sa’ad, dari

13. Sayyidisy Syekh al Quthub Abi Muhammad Fatkhus Su’udi, dari

14. Sayyidisy Syekh al Quthub Muhammad Said al Ghozwaniy, dari

15. Sayyidisy Syekh al Quthub Abi Muhammad Jabir, dari

16. Sayyidinasy Syarif al Hasan bin Ali, dari

17. Sayyidina’Ali bin Abi Tholib, karromallahu wajhah, dari

18. Sayyidina wa Habibina wa Syafi’ina wa Maulana Muhammadin, shollollohu ‘alaihi wa aalihi wasallam, dari

19. Sayyidina Jibril, ‘alaihis salam, dari

20. Robbul ‘izzati robbul ‘alamin.

Setelah menerima ajaran dan baiat tarekat ini, dari hari ke hari Beliau merasakan semakin terbukanya mata hati beliau. Beliau banyak menemukan rahsia-rahsia Ilahiyah yang selama ini belum pernah dialaminya. Sejak saat itu pula Beliau semakin merasakan dirinya kian dalam menyelam ke dasar samudera hakekat dan ma’rifatulloh. Hal ini, selain berkat dari keagungan ajaran tarekat itu sendiri, juga tentunya kerana kemuliaan barokah yang terpancar dari ketaqwaan sang guru, asy Syekh Abdus Salam bin Masyisy, rodhiyAllahu ‘anh.

Abul Hasan Asy-Syadzili dan kopi

Suatu ketika Syaikh Abul Hasan mendatangi kediaman gurunya, Syaikh Abdullah Al-Masyisyi, di puncak suatu bukit untuk keperluan meminta ijazah doa untuk diwiridkan. Akan tetapi, oleh sang guru yang juga seorang wali yang keramat itu justru diperintahkan untuk menemui sahabat beliau, yang juga seorang wali yang keramat di Desa Syadzil.

Mendapat perintah itu, Syaikh Abul Hasan segera mohon izin beredar dari gurunya. Pada awalnya ia bermaksud untuk langsung pergi ke desa yang membutuhkan waktu satu bulan perjalanan kaki tersebut pada hari itu juga. Akan tetapi, kerana ada perhitungan lain, akhirnya beliau pergi pada keesokan harinya. Hal ini rupanya sudah diketahui oleh gurunya di Syadzil. Keesokan harinya, sampailah dia di Syadzil. Jarak satu bulan perjalanan, dengan karomahnya, ia tempoh tak lebih dari beberapa jam.

“Hai Abul Hasan, sebenarnya sudah sejak kelmarin saya tunggu kamu datang,” demikian sang syaikh membuka penjelasan, “wirid yang kamu inginkan itu cara mengamalkannya cukup berat, tetapi saya selalu sesuaikan dengan keadaan orang yang akan mengamalkannya. Kamu saya anggap cukup kuat, oleh kerananya, kamu saya buatkan syarat, amalkan wirid ini selama 40 malam berturut-turut tanpa batal wudlu. Dan kamu akan saya berikan kenang-kenangan. Namamu akan saya tambah dengan nama negeri ini menjadi ‘ Abul Hasan Asy-Syadzili ‘ .”

Syaikh Abul Hasan menerima anugerah dari gurunya yang karomah itu — dalam buku sumber tulisan ini tidak disebutkan namanya — dan langsung mohon diri.

Sewaktu dia mengamalkan wirid itu, beliau merasa lain dari biasanya. Wirid yang diijazahkan gurunya itu ternyata sangat berat diamalkan, tidak seperti mewiridkan doa-doa yang lain. Kadang-kadang pada malam terakhir beliau tak tahan ngantuk lalu tertidur, dan kerananya beliau harus memulainya lagi dari malam pertama. Begitu berulang-ulang. Akhirnya ia melaksanakan salat hajat mohon kepada Allah supaya bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad saw. Doanya makbul, mimpinya didatangi Rasulullah.

“Wahai Rasulullah, saya diberi wirid oleh guru saya, tetapi sampai sekarang saya belum bisa menyelesaikan cara pengamalannya. Saya mohon petunjuk,” demikian katanya di dalam mimpi kepada Baginda Nabi SAW.

“Hai Abul Hasan, ini saya bawakan biji-bijian yang banyak terdapat di tempatmu, tetapi orang-orang belum tahu kegunaannya. Biji ini jemurlah, goreng kering-kering sampai menjadi arang, kemudian tumbuklah sampai lembut, dan sesudah itu baru kau bancuh dengan air mendidih. Air itulah yang kamu minum setiap malam, insya Allah kamu tidak akan mengantuk.”

Esoknya tahulah beliau bahwa biji yang ditunjukkan Baginda Nabi saw dalam mimpinya itu adalah biji kopi. Dia melaksanakan petunjuk Baginda Nabi saw hingga akhirnya menjadi orang pertama yang tahu gunanya biji kopi, yakni supaya kuat berjaga malam demi beribadah kepada Allah.

 Tapi dasar orang yang memiliki karomah, setelah mengambil biji kopi banyak-banyak, ia gorenglah biji-biji itu sampai kering. Api dinyalakan di bawah lutut, dan yang menjadi tungkunya adalah kedua lutut dan perutnya itu. Tangan kanannya untuk menggoyang biji kopi supaya pembakarannya rata, sedangkan tangan kirinya menjadi kipasnya. Sekalipun biji kopinya sudah menjadi arang, ia tidak merasa panas. Dan anehnya, pakaiannya sehelai pun di antara benangnya tidak terbakar, tidak pula kotor.

Sejak saat itu beliau dapat menahan wudhunya sampai 40 malam tanpa batal. Oleh karena itu, pantaslah bila kebiasaan orang-orang dahulu ketika hendak meminum kopi, mengirimkan pahala fatihah kepada Syaikh Abul Hasan Asy-Syadzili.

Kitab-kitab yang digunakan

Beliau mengajarkan ajaran Tasawuf kepada murid-muridnya dengan menggunakan 7 kitab; yaitu :

1. Khatam Al Auliyah karya Al Hakim At Tirmidzi ( menguraikan tentang masalah kewalian dan Kenabian )

2. Al Mawaqif wa Al Mukhatabah karya Syekh Muhammad bin Abdul Jabbar An Nifari ( menguraikan tentang kerinduan Tokoh sufi kepada Allah swt )

3. Qutub Qulub karya Abu Tholib Al Makki ( menguraikan pandangan tokoh sufi yang menjelaskan Syari’at dan hakikat bersatu )

4. Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid Muhammad Al Ghazali ( Paduan antara Syari’at dan Tasawuf )

5. Al Syifa’ karya Qadhi Iyadh ( dipergunakan untuk mengambil sumber Syarah-syarah dengan melihat tasawuf dari sudut pandang Ahli Fiqih )

6. Ar Risalah Qusyairiyah karya Imam Qusyairi ( dipergunakan beliau untuk permulaan dalam pengajaran Tasawuf )

7. Ar Muhararul Wajiz dan Al Hikam karya Ibnu Aththa’illah ( melengkapi pengetahuan dalam pengajian )

NASIHAT  IMAM ABUL HASSAN ALI ASY-SYAZILI

Al-Qutub ar-Rabbani al-'Arif al-Wali al-Imam al-Muhaqqiq Sayyid Abul Hasan Ali asy-Syazuli al-Hasani  radhiyallahu 'anhu, pengasas Tariqat Syaziliyyah berkata:

1) Tasawuf itu ialah melatih jiwa di atas dasar perhambaan serta mengembalikannya (supaya tunduk) kepada hukum-hakam Ketuhanan.

2) Jika anda melihat seseorang meninggi diri dengan ilmunya, maka jangan anda merasa aman dengan kejahilannya.

3) Jika anda melihat seseorang mendakwa selain daripada apa yang diucapkan oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, maka orang itu ialah pembuat bida'ah.

4) Jika seorang sufi itu tidak melazimi sembahyang lima waktu secara berjemaah, maka jangan pedulikan dia.

5) Ada satu perkara yang boleh menghapuskan amalan. Kebanyakan orang tidak menyedari perkara ini. Perkara itu ialah marah terhadap ketentuan Allah Ta'ala. Allah 'Azza wa Jalla berfirman, mafhumnya: "Itu adalah disebabkan mereka benci terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah, lantas Dia menghapuskan amalan mereka." [Surah Muhammad:

6) Ilmu itu tidak akan bermanfaat jika disertai dengan empat perkara (iaitu):
- Cintakan dunia,
- Lupakan akhirat,
- Takutkan kefakiran,
- Takutkan manusia.

7) Jangan berterusan melakukan maksiat kerana orang yang melanggar batas-batas (yang telah ditetapkan oleh) Allah Ta'ala ialah orang yang zalim. Orang yang zalim tidak berhak menjadi pemimpin.

8.) Siapa yang meninggalkan maksiat, bersabar dengan ujian Allah Ta'ala serta yakin dengan janji-janji Allah, maka dia adalah pemimpin yang sebenar walaupun pengikutnya sedikit.

9) Jangan anda bersahabat kecuali dengan orang yang memiliki empat sifat (iaitu):
- Pemurah ketika miskin,
- Memaafkan kezaliman orang lain (terhadap dirinya),
- Bersabar di atas bencana,
- Redha terhadap ketentuan Allah Ta'ala (baik atau buruk).

10) Jika anda ingin memperolehi khusyuk (dalam ibadah), maka tinggalkan pandangan yang berlebihan. Jika anda ingin mendapat hikmah, maka tinggalkan ucapan secara berlebih-lebihan.

11) Jika anda ingin mengecapi kemanisan ibadah, maka tinggalkan makan secara berlebih-lebihan. Anda mestilah berpuasa, berqiyamullail dan bertahajud. Jika anda ingin dipandang hebat, maka tinggalkan gurauan dan ketawa (secara berlebihan) kerana kedua-duanya menjatuhkan kehebatan anda (pada pandangan manusia). Jika anda ingin disayangi (oleh orang ramai), maka tinggalkan keinginan (yang melampau) terhadap dunia.

12) Jika anda ingin memperbaiki keburukan diri sendiri, jangan mencari-cari keburukan orang lain kerana perbuatan ini adalah sebahagian daripada cabang nifaq sebagaimana berbaik sangka (terhadap orang lain itu) adalah sebahagian daripada cabang iman.

Sumber :
1.Ibn Abi al-Qasim al-Humairi: "Jejak-jejak Wali Allah"

2. MANAQIB SANG QUTUB AGUNG, Sejarah kehidupan sulthonul auliya’ is syayyidi syaikh Abil Hasan asy Syadzily

No comments:

Post a Comment