HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, July 5, 2019

Syeikh Muhamad Nur Sungai Cincin Selangor.

Syeikh Muhammad Nur Sungai Cincin Selangor ,antara yang tercatat dalam senarai 7 wali tanah melayu.

Beliau adalah pimpinan tarikat Naqsyabandi Al Kholidi

Latar belakang dan sejarah :

Kampung ini terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur.Kampung ini telah diasaskan oleh Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi pada sekitar tahun 1894.Beliau yang berketurunan Mendelang berasal dari Penyambongan,Sumatera Utara.Kampung ini merupakan sebidang tanah kurniaan(juga dikenali sebagai tanah wakaf) Sultan Selangor kepada beliau.Turut berhijrah bersama beliau ke Tanah Melayu ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain.Hanya beliau dan Syeikh Zainal Abidin menetap di kampung ini.Dua ulama lain menetap di tempat lain iaitu di Perak.

Beliau tersenarai dalam buku 7 Wali Melayu, Penerbitan Hikmah,1993.Selain beliau, ulama-ulama yang tersenarai dalam 7 Wali Melayu ialah Habib Nuh,Tok Kenali,Tokku Paloh,Tuan Tulis,Sheikh Muhammad Said al Linggi dan Tuan Hussein Kedah al Banjari.Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan yakilah(stail) masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakkan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim "Melayu-Islam".Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah swt dan RasulNya.

Syeikh Muhammad Nor Al Kholidi adalah khalifah ke-35 Tareqat Nasqsyabandiah dan terkenal sebagai wali Allah dengan berbagai karamah.Beliau berjaya mentadbir kampung ini berteraskan syariat.Syariat Islam benar-benar terlaksana pada pentadbiran beliau kerana beliau bijak memimpin,mertabiah dan menyusun strategi pembangunan untuk memenuhi tuntutan hidup.Beliau telah membina 4 rumah penjara untuk mendidik mereka yang melakukan kesalahan dan kesan bangunan penjara ini masih wujud hinggi kini.Beliau tidak bersikap pilih kasih dalam melaksanakan hukuman.Ini terbukti apabila seorang daripada isterinya pernah dipenjarakan beberapa hari.

Selain itu,beliau telah membina masjid seiring dengan pembukaan kampung.Pada permulaan pembinaan masjid ini,ia mengunakan kayu tetapi fungsinya telah digantikan dengan sebuah masjid batu.Beliau juga dapat membangunkan sebuah pusat pengajian (sekolah agama) yang bukan saja menekankan soal-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.

Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin menetap dan menuntut ilmu di kampung ini tetapi mereka digalakkan menanam padi, mendulang bijih dan berkebun.Semasa Tanah Melayu diserang Jepun, kampung ini bukan sahaja tidak putus makanan bahkan melimpah ruah pula rezeki yg datang. Perkampungan ini juga tidak tergugat sama sekali oleh kehadiran tentera Jepun. Kehidupan dan pengajian berjalan seperti biasa.Beliau meninggal dunia dalam usia 58 tahun pada 1932 dan meninggalkan begitu banyak jasa dan murid.

Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat ziarah makam Syeikh Muhamad Nur Sungai Cincin.
Kenangan ziarah 6 Julai 2019
Sempena Haul Imam Abdullah Al Haddad di Masjid Shah Alam.











No comments:

Post a Comment