Almarhum Sultan Abdul.Samad.
Almarhum diberi nama sebagai Raja Abd Samad Bin Raja Abdullah
Dengan kehendak ilahi yang maha Esa, almarhum di angkat darjatnya untuk menjadi pemerintah di Negeri Selangor.
Maka almarhum dikenali dengan DYMM Paduka Sri Sultan Sir Abdul Samad Ibni Almarhum Ungku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga Ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh) (‘Datu Of LUWU’ La Patiware’ Daeng Parebung) Bin Letta Lenderang @ Lenderang Letok Bin Paduka Sawari Gading, Datu Of Luwu, Opu na Ware (Yang Dipertuan Diware) Bin Batara Lettu Ibni Batara Guru I.
Almarhum di puterakan di sekitar 1811, di Bukit Melawati, Kuala Selangor tetapi sebaliknya berpindah ke Jugra, Kuala Langat. Almarhum mangkat 6 Februari 1898 pada usia 93 tahun selepas memerintah Negeri Selangor selama 41 tahun dan di makamkan di Makam DiRaja Jugra. Kuala Langat.
Warisan susur galur almarhum dari keturunan sebelah ayah baginda adalah keturunan anak Raja Bugis yang berasal dari Luwuk, Sulawesi.
Almarhum mempunyai 4 orang adinda iaitu Y.M. Raja Ali Afshar, Y.M. Raja Muhammad, Y.M. Raja Mahmud dan Y.M. Raja Ngah Abdu’l Rahman.
Sebelum menaiki takhta Selangor, almarhum memegang gelaran Tengku Panglima Raja dan berkuasa di Kuala Langat. menaiki takhta kerajaan Selangor selepas kemangkatan Paduka Ayahanda Saudara jua mertuanya iaitu Almarhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Selangor yang ke-3.
Perlantikan almarhum sebagai Sultan Selangor Ke 4, adalah hasil dari desakan dan sokongan Raja YAM Raja Juma’at ibni al-Marhum Sultan Ja’afar ‘Ala uddin dari Lukut dan Raja abdullah dengan mendapat persetujuan dari 4 orang pembesar negeri yang lain memandangkan almarhum merupakan warisan terdekat kepada Sultan ketiga Selangor iaitu Sultan Muhammad Shah yang mangkat tanpa mewasiatkan siapa bakal waris kepada kesultanan Selangor Seterusnya. Maka berlaku pertikaian antara istana dan pegawai untuk memilih sultan berikutnya. Raja Muda Mahmud, Putera Gahara Almarhum Sultan Muhammad pada masa itu terlalu muda untuk di angkat menjadi Sultan.
Almarhum almarhum mempunyai 3 isteri dan 12 anakanda iaitu 6 putera dan 6 puteri.
namun dari sumber yang lain mengatakan bahawa almarhum Cuma mempunyai 2 orang isteri dan mempunyai 9 orang andakanda … wallah wallam.
Isteri pertama almarhum Raja Atfah binti al-Marhum Sultan Muhammad Shah,
Isteri kedua almarhum Raja Buntal binti Raja Berkat.
Isteri ketiga almarhum Raja Rabeah binti Raja Sulaiman.
Antara Warisan Almarhum Sultan Sulaiman Shah yang telah memungkinkan berkembangnya warisan diraja selangor di pelusuk negeri hasil perkahwinan anakanda, cucuanda
1. Y.A.M. Raja Musa Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah,
2. Y.A.M. Tunku Abdu’l Kahar [Tahir] Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
3. Y.A.M. Tunku Yakub Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah,
4. Y.A.M. Tunku Daud Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
5. Y.A.M. Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
6. Y.A.M. Tunku Ibnu Shah [Abu Nusah] Ibni Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad
7. Y.A.M. Tunku Arfah Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
8. Y.A.M. Tunku Tipa Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
9. Y.A.M. Tunku Muna Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
10. Y.A.M. Tunku Muteh Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
11. Y.A.M. Tunku Nongsha Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
12. Y.A.M. Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Sir ‘Abdu’l Samad Shah
Zaman pemerintahan Baginda merupakan zaman pergolakan perang saudara, merebut takhta kerajaan dan kawasan oleh anakanda raja bergelar.
Semasa pemerintahan Baginda telah melantik menantunya iaitu Tengku Dhiauddin atau dikenali sebagai Tengku Kudin menjadi ‘Wakil Mutlaknya’ memerintah Negeri Selangor. Kuasa Tengku Dhiauddin ini tidak diakui oleh pembesar-pembesar negeri terutama Raja Mahadi yang menganggap Tengku Kudin sebagai orang dagang.
• Almarhum dianugerahkan Order of St Michael dan St George (KCMG) yang membawa gelaran Sir.
• Sultan Abdul Samad adalah ahli Durbar pertama, yang diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar,
Perak.
• Semasa pemerintahan beliau, Semenyih dan Beranang serta Broga dimasukkan ke dalam sempadan
negeri Selangor. Sementara Lukut dikeluarkan dari jajahan negeri Selangor, diserahkan kepada
Negeri Sembilan. Waris Sungai Ujong Dato ‘Kelana Sungai Ujong pada 30 Julai 1880 namun tidak
mempersetujui akan ianya, akan tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
• Dalam masa pemerintahan almarhum perusahaan bijih telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai
bandar pemiagaan yang penting hingga telah menarik orang-orang Cina untuk membuka lombong
bijih bersama-sama dengan orang Melayu. Pada zaman itu juga, Kerajaan Inggeris telah
campurtangan di dalam Negeri Selangor dan telah meletakkan seorang Residen British iaitu J.G.
Davidson di selangor
• Almarhum jua telah memperkenalkan bendera dan jata negeri selangor serta membentuk Majlis
Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 berdasarkan kaedah barat dan mengikut panduan Residen
Inggeris pada masa itu iaitu Bloomfield Douglas. Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri yang
pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya iaitu:-
1. Kaptain Bloomfield Douglas
2. Raja Kahar, Putera Sultan Abdul Samad (Raja yang menjaga Kajang)
3. Raja Berkat Tengku Panglima Raja (Raja yang menjaga Kanchong)
4. James Innes (Pemungut cukai tanah dan Majistret Langat)
5. Taukeh Yap Ah Loy (Kapitan Cina di Kuala Lumpur)
6. Saiyid Zain (Wakil dan Pengurus Kebun-kebun Tengku Kudin)
Majlis Mesyuarat Negeri bersidang buat pertama kalinya di Klang pada 11 Jun, 1877 dan persidangan kali kedua telah diadakan pada 25 Jun, 1877.
Almarhum Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor
Sultan Abdul Samad suka mencemar duli untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya dan menonton sabung ayam.
Sumber :-
Lain-lain sumber yang berhubung kait…
Keputeraan DYMM Sultan Selangor, 10 Mac 1970 - Rengkasan Tawarikh Selangor.
Sejarah Selangor oleh Hj. Buyong Adil, hal 49 -50
Op-Cit, hal 135 -136.
Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, Kuala Lumpur DBP, 1971 h. 75.
Mohamed Amin Hassan, Perang Kelang; A Study of Malay Politics and Personalities in Selangor 1867-1898. (Tisis M. A. Univ. Malaya), Kuala Lumpui-. 197 1, h. 119.
The Journals of J. W. W. Birch, First British Resident To Perak 1874-1876, (ed. P. L. Bums), Kuala Lumpur, Oxford University Press 1976, h. * J M Gullick (2004). A History of Selangor, The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
“Makna Bendera Negeri Selangor”. Selangor State Government. 2008. http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=87&VertSectionID=5&CurLocation=86&IID=&Page=1. Retrieved 2009-06-25.
“Kemangkatan Sultan Muhammad Shah Selangor”. National Archives of Malaysia. 10 April 2009. http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=3811&y=2009&m=4. Retrieved 2009-06-26.
Kemangkatan Sultan Abdul Samad Selangor”. National Archives of Malaysia. 8 November 2008. http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=2260. Retrieved 2009-06-26.
“The History of Yap Ah Loy - The Death of Sultan Muhammad”. Kongsi NetWorks. Tripod. September 12, 2000. http://yapahloy.tripod.com/the_death_of_sultan_muhammad.htm. Retrieved 2009-06-26.
“Perlantikan Sultan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor”. National Archives of Malaysia. 7 November 2008. http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=2229. Retrieved 2009-06-26.
“Salasilah kesultanan Selangor mulai 1756″. Selangor state government website. 2008. http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsectiondetails&VsItemID=4&VertSectionID=5&CurLocation=44&Page=1. Retrieved 2009-06-25.
“Sultan Abdul Samad memberi kuasa kepada menantunya Tengku Kudin”. National Archives of Malaysia. 15 October 2008. http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1441. Retrieved 2009-06-25.
“Surat persetujuan penyerahan Lukut kepada Sungai Ujong”. National Archives of Malaysia. 7 October 2008. http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=1140. Retrieved 2009-06-29.
Suntharalingam, R. (28 March 1962). “A Short History of the Victoria Institution 1893-1961″. http://www.viweb.freehosting.net/vir_Suntha.htm. Retrieved 2009-06-25.
Info: Ku Alam.blog spot
SULTAN DAULAT KERNA MENGENAL ALLAH
Rupa rupanya dalam pembangunan pesat Selangor dan Kuala Lumpur rupanya tanah tanah ini pernah diperintah oleh sultan sultan dari keturunan Bugis yang amat mementingkan ilmi tauhid tasawuf dalam kehidupan mereka dengan bimbingan Syeikh (guru mursyid) di zaman mereka. Kami berkesempatan menziarahi Makam YM Sultan Abdul Samad iaitu Sultan ke 4 Selangor yang membina pusat pemerintahan di Jugra, Kuala Langat Selangor. Pemerintahan Baginda merentas ke Jenjarom, Semenyih dan beberapa daerah lain. YM Almarhum dikatakan berguru dengan seorang syeikh bernama Syeikh Mohd Adnan dari keturunan YM Sunan Giri iaitu salah seorang dari gagasan Wali Songo di Jawa. Makam Syeikh Adnan juga berada di sekitar kawasan pemakaman ini. Baginda hidup di sekitar 1800M dari asal keturunan Raja Luwu', Tanah Bugis yang merupakan dari jalur itu juga lahirnya Wali Besar seperti YM Raja Haji Fisabilillah.
Jasa Raja Haji Fisabilillah menentang Portugis dan syahid :
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Cucu kepada Sultan Abdul Samad ini iaitu YM Almarhum Sultan Alaedin yang terkenal dengan kealiman dan menghasilkan kitab agama iaitu rukun iman.
Baginda dikenali dengan gelaran Paduka Sri Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Raja Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah Ibni Almarhum Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah-Sultan Selangor yang pertama) Ibni Almarhum Upu Daeng Celak@ Raja Tua (Yamtuan Muda Riau yang kedua) Ibni Opu Ten Ri Burang Daeng Rilaga.
Almarhum Sultan Abd Samad, yang dapat dikategorikan sebagai seorang Sultan yang berdaulat, Berjiwa Rakyat dan berjiwa kental dalam menyelesaikan sesuatu kepincangan yang melanda Negeri Selangor. Sultan Abdul Samad suka mencemar duli untuk bersua secara terbuka dengan rakyatnya. Baginda masyhur dengan kebijaksanaan berstrategi dalam ekonomi memandangkan Jugra ini memiliki sungai yang bertentang dengan Selat Melaka. Di atas Bukit Jugra terdapat tempat pencerapan anak bulan puasa yang tidak jauh dari Rumah Api yang menjadi penanda kapal yang berlabuh di Sungai Jugra untuk perdagangan. Terdapat tangga la ditemui, mangkuk dari China, matawang, manik, tapak istana, telaga dan pelbagai bukti menandakan Bukit Jugra i
ni merupakan pusat pemerintahan yang besar suatu ketika dahulu.
Memahami sejarah agar kita tahu, kita menikmati nikmat hidup beragama, meyaqini Allah dan beriman kepada Rasulullah saw kerana pemerintah dan para ulama'serta wali Allah yang benar ini memelihara agama dalam posisi mereka. Kenali tempat kira pijak kerana disitu langit dijunjung. Bila tiada jati diri kita mudah lupa diri.
Satu lagi kawasan pemakaman Raja-raja Selangor di Bulit Melawati...
No comments:
Post a Comment