Alhamdulillah
Menemani Tuan Guru Syeikh Aminuddin Hj Abd Rahim-Maahad Nurul Hidayah Littalim Wat Tazkiyah ke Bumi Fatani sebelum Tuan guru syeikh Aminuddin berangkat ke Umrah jumaat ini.
Ziarah Tuan guru Baba Ahmad Abu Bakar Al Fathoni waktu maghrib semalam , pertemuan ringkas membincangkan berapa faedah ilmu dan ijazah serta Tuan guru baba cerita kisah para ulama melayu kita terdahulu . Alhamdulillah baba ijazahkan kepada kami kitab tauhid karangan beliau dan ijazah amalan Pak Da Eil Makkah.
Moga Baba Ahmad Abu Bakar Makmawi serta para ulama bumi Fatani sihat , dipelihara Allah serta dipermudahkan urusan dakwah.
Ziarah singkat hanya sehari sahaja untuk kali ini, masuk waktu pagi dan terus pulang waktu malam . Ziarah singkat disebabkan Tuan guru syeikh Aminuddin akan berangkat Umrah pada hari jumaat ini.
Lawatan singkat sempat kami ke Nat Tanjung , Palas , Padang Pusu , ziarah Tuan Guru Ahmad Makmawi dan Singgah sebentar di bumi Chenak. Alhamdulillah moga Allah terima ziarah ini , moga kenangan ini kekal hingga akhirat.
Sausana Patani sudah pulih dari banjir , keadaan sudah seperti biasa Alhamdulillah.
Sepadan Danok lengang sunyi ,kedai kedai masih banyak yang tutup disebabkan hattyai masih dalam fasa pemulihan , mereka tengah kemas barang barang akibat banjir besar , perniagaan mereka di hattyai dan Danok lumpuh seketikan buat masa singkat ini.
Semasa kami keluar semalam masih banyak kereta kereta mewah rakyat Malaysia yang tengelam banjir diangkut masuk ke Malaysia.
Semoga Allah permudahkan segala urusan saudara kita di Selatan thailand.
......
Sama kita doakan moga Tuan Guru Syeikh Aminuddin dipermudahkan urusan umrah beliau ,isteri dan jemaah , moga mendapat Umrah mabrur.
Kenangan ziarah Bumi Pattani bersama Tuan Guru Syeikh Aminuddin ditemani kekanda Ustaz Azahari Yusof 17 dis 2025 .
















No comments:
Post a Comment