HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, March 10, 2023

MB Kedah sempoi.



MB Kedah memang sempoi.

Hadir Liqa mahabbah perdana Negeri Kedah sempena Festival Sunnah 5.0


Sebelum mula ucapan beliau buat lawak 

" Orang ulu tuan tuan mai majlis macam ni bukan berapa pandai sangat (tu kena guna teks) " . Baca teks tak sampai 2 minit , ceramah macam biasa , lagi sedap.


Lawak tapi apa yang nak disampaikan adalah serius dan mendalam. Antara yang mengembirakan kami rakyat Kedah dalam ucapan beliau :

1. Kita akan berusaha agar fahaman ahli sunnah wal jamaah yang kita amal ribuan tahun dikekalkan dan jangan bagi ruang fahaman baru yang menyebabkan perpecahan bab khilafiah masuk negeri Kedah. 


2. MB Kedah umum kos sewa dewan 3 hari 3 malam ditanggung oleh jabatan MB demi untuk memastikan keselesaan rakyat hadir festival sunnah serta menyokong majlis ilmu majlis mahabbah berkembang pesat di Kedah.


Alhamdulillah terima kasih YAB MB Dato Sri Muhammad Sanusi Md Nor kerana beri sokongan padu kepada usaha martabatkan ahli sunnah wal jamaah dan majlis mahabbah di Kedah. MB lain perlu contohi tauladan ini .

...........

Link majlis

https://fb.watch/jbIVRttrAS/


Cerita tambahan yang kata sempoi.


Baru dua tiga hari balik Makkah mai festival sunnah ,dalam keadaan sedikit sakit lutut. Sakit lutut sebab balik dari Makkah terus main bola. Masa solat Jumaat  Tuanku tanya sebab apa nampak jalan lain , MB jawab sakit kaki , main bola tuanku. Tuanku tanya " ada ka orang balik Makkah terus pi main bola " . 

Khamis main bola bagi meraikan geng bola di stadium suka menanti. Jumaat iring Tuanku solat jumaat , malam mai festival sunnah rai ulama dan habaib ...





 

No comments:

Post a Comment