HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 12, 2020

Tuan Guru Haji Rifaee kerahmatullah.

Solat jenazah dan pengkebumian Tuan Guru Haji Rifaee . Perjalanan terakhir Tuan Guru yang disayangi ummah pada hari Isnin 24 Safar 1442 / 12 Oktober 2020.

Moga Tuan Guru Rifaee diampunkan segala dosa dan dirahmati oleh Allah. Moga Tuan Guru dapat syafaat Rasulullah. Selamat berehat dengan tenang. Moga kami istiqomah seperti mu . Moga dengan keberkatan beliau dan ulama Aulia yang lain moga kita semua selamat dunia Akhirat.

Salam takziah buat seluruh keluarga Tuan Guru  dan seluruh murid murid dan pecintanya.

Imam solat jenazah , anakanda Almarhum Tuan Guru , Ustaz Atiq Kullah.
Imam solat jenazah kali ke 2 Ustaz Ismail Mahmud .
Imam Solat jenazah kali ke 3 Habib Muhammad Ali Jufri.

Hujan mengiringi jenazah ke perkuburan dan setelah selesai doa talkin.

Antara yang hadir solat jenazah MB Kedah Muhammad Sanusi Md Nor ,  Tuan Guru Syeikh Aminuddin  Bin Abdul Rahim , Ustaz Marzuki Yusof , Ustaz Ismail Mahmud , Syeikh Nazrul Nasir , Tuan Guru Wan Izuddin , Tuan Guru Ridhouddin NAAM , Tuan Guru Hj Zakaria Ampang,  Tuan Guru Haji Rauf Hj Awang, Tuan Guru Hj Adnan Karangan , Tuan Guru Mohamad Nasir , Ustaz Ahmad Yahaya , YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim , YB Razman Zakaria Ustaz Fauzi Tahir , Ustaz Wadi Anwar , Ustaz Shahul Hamid , Ustaz Azhan Ishak , Ustaz Azhar Imam Muda, Ustaz Nazim ibnu Sina dan ramai lagi ulama pondok , guru guru Pertubuhan Hesa Kedah dan asatizah Kedah yang hadir dari kalangan murid dan pecinta almarhum Tuan Guru Rifaee.

AL FATIHAH.

#permataulamakedah
#ulamapondok
#ulamasufi
#ulamaahlisunnahwaljamaah







































 



























No comments:

Post a Comment