HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, June 2, 2019

Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan dan salasilah keturunan .









 ALHAMDULILLAH ...
Terima kasih Ya ALLAH mempezahirkan kepada kami rumpun kekeluargaan bagi kami menyambung silaturahim antara keluarga besar Sultan Syarif Sulaiman Shah Al Hasani.

Rakaman memori perjalanan untuk rujukan kenangan dan rujukan anak cucu akan datang.

17-19 Dis 2018
Alhamdulillah jaulah kali ini dari
Kedah - Songkla - Phattalung - Nakhon - Surat Thani . ( perjalanan pergi 513km).

17 Dis 2018
Kedah ke Surat Thani

18 Dis 2018
Alhamdulillah sempat ziarah kali ini ke:
1. Makam Sultan Syarif Mustafa di Surat Thani
2. Makam Sultan Syarif Taufiq
3. Makam Sultan Syarif Hussin

Bermalam di Hatyai

19 Dis 2018
Ke Patthalung ziarah

4. Makam Sultan Syarif Farisi bin Sultan Syarif  Muzafar Shah Tok Mongul
5. Ziarah keluarga Syarif Faisol bin Ismil di Patthalung yang menyimpan Quran Tulisan tangan milik Tok Mongul
6.Makam Tuan Syarif Salleh (lidah hitam)
7.Makam Datuk Mongul.
...............
Tujuan mencari salasilah keluarga atas amanah guru bukan untuk dibangga bangga,tak ada apa perlu dibangga semua kita akan mati hanya bawa amal dan harap Rahmat dan Redha ALLAH. Bukan untuk menuntut apa apa , lebih selesa hidup sebagai Hamba ALLAH yang tidak terikat dengan apa apa. Hanya ingin menyambung silaturahim bagi tujuan Redha ALLAH semata mata.

Alhamdulillah ALLAH telah zahirkan sebahagian nasab salasilah keluarga saya. Tetapi banyak lagi kajian yang perlu kami gali.

Alhamdulillah setakat ini, inilah nasab saya yang disahkan ahli keluarga

1. Muhammad Fazilul Helmi bin
2. Raidzan Bin
3. Dahalan Bin
4. Othman Bin
5. Hassan Bin
6. Nai Mat Bin
7. Nai Doi Bin
8. Nai Chau Abu
9. Sultan  Syarif Abu Bakar Shah ( Sultan Nakhon)
10. Sultan Syarif Mahmud Shah( Sultan Nakhon)
11. Sultan Syarif Sulaiman Sha(Sultan Singgora )
12. Dato' Monggol@ Nik Badrussalam ( Rohimahullah)

Selepas Sultan Syarif Abu Bakar Shah maka keluarga ini tidak menggunakan gelaran Syarif disebabkan faktor keselamatan , dibimbangi Siam memburu dan membunuh keluarga Syarif. Sekarang ALLAH telah zahirkan kembali Alhamdulillah . Sebelum ini ditutup lama hingga beberapa generasi .

Moga ALLAH ketemukan lagi nasab setelah Datuk Monggol. Setakat ini sahaja yang baru diketemui. Moga ALLAH membuka lagi buat kami untuk menyambung salasilah nasab naik ke atas lagi.

Rujukan dari guru nasab saya : Syarif Pakngah Zamri dan Syarif Sabri.

Terima kasih kepada ahli keluarga Pak Ngah Zamri , Abg Sabri , Tuan Megat Teh , Isteri anak anak keluarga dan buat semua yang sentiasa mendoakan .

Tolong doa moga ALLAH permudahkan urusan untuk mengumpul data sejarah ini.

















Siri jelajah mencari makam waris

Ziarah makam Sultan Sulaiman Shah kali pertama Dis 2018




Ziarah Sultan Sulaiman Shah kali ke 2
fab 2019
Ziarah 26.2.2019






Ziarah Sultan Sulaiman Shah kali ke 3

Mac 2019
30 Mac 2019



Ziarah Makam Syarif Abu Bakar Shah kali pertama

Sebelum Ogos 2018


Jejak sejarah Syafir Abu Bakar Shah

6.9.2019 buat kajian tentang sejarah Sharif Abu Bakar dengan bantuan dua bapa saudara pupu , Pak Ngah Zamri dan  Pak Lang Sabri .

http://alfakirhelmi.blogspot.com/2018/09/jejak-warisan-sharif-abu-bakar-shah.html?m=1







Mesyuarat ke 9 persatuan Kerabat Sharif Abu Bakar Shah.

 Kali pertama hadir mesyuarat pada tahun 2019. Mesyuarat tahun ini kali ke 9
 Sah sebagai ahli kerabat Sharif Abu Bakar Shah. Shah pada 23.3.2019
Sebahagian ajk ahli kerabat 2019 - 2021

Tengku Long Putra Ibni Sultan Muhammad Jiwa . Anak saudara Syarif Abu Bakar Shah.


Inilah sedikit catatan ringkas
Moga menafaat buat diri dan ahli keluarga yang ini mencari salasilah.
Catatan pada 29 Ramadhan 1440
3 Jun 2019.
Waktu sahur.


1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan..

    Saya Akram. Saya berhasrat nak ziarah makam seperti dalam post ini. Makam Sultan Sulaiman Shah saya search jumpa. Cuma yang di Patthalung boleh tuan share info? Terima kasih.

    ReplyDelete