HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, December 25, 2016

Jelajah makam ulama dan aulia Kedah

Jaulah kali ini hanya khusus kepada menziarahi makam makam ulama dan aulia Kedah. Selalunya kami akan ziarah ulama masih hidup dan makam sekali gus.Memandangkan masa amat terbatas ,kali ini kami hanya khusus zirah makam sahaja.
Sebahagian dari tujuan kami untuk menghimpunkan senarai tokoh ulama dan aulia Kedah agar kita semua dapat mengenali mereka.
Moga menjadi suntikan semangat bagi kita terutama golongan muda agar dapat semangat dalam menuntut ilmu menyebarkan ilmu, memperjuangkan Islam dan mempertahankan ahlus sunnah wal jamaah seperti mereka ulama yang telah meninggalkan kita. Amat besar sumbangan mereka untuk Islam .
Alhamdulillah jelajah makam cara khusus siri 1
pada 13.12.16
ziarah bersama Habib Abdullah bin Abdul Qadir Al Habsyi
Ziarah Makam Sultan Muzaffar Shah sultan pertama Kedah yang Ismam di tangan Syeikh Abdullah Ghumairi Al Yamani.
ziarah siri 2
pada 22.12.16 Khamis
diantara yang diziarahi
1 Syeikh Abdul Kadir Bin Husein 'Alirah Tanjung Engeris
2 Syeikh Abdul Jalil Jitra
3 Tengku Anum Jitra
4 Syeikh Abdullah Bin Harun Minangkabau Sumatera Indonesia (Syeikh Lah Keretapi Teluk Malek)
5 Tuan Guru Haji Yahya Bin Lebai Hitam Bukit Pinang (Pak Ya Teluk)
6 Tuan Guru Haji Saad Mongol Kampung Bukit (Anak murid Pak Da eil Mekah)
Insyallah jelajah makam ulama Kedah
siri ke 3 akan menyusul ,doakan.













No comments:

Post a Comment