Beliau dilahirkan pada tahun 8 haribulan Februari tahun 1929 di Pekan
Sik Kedah. Anak ketiga daripada 8 orang adik beradik. Ayahandanya adalah
Tuan Guru Haji Musa Bin Salleh dan bundanya bernama Khatijah Binti Md
Saad Mehamad.
Berkahwin dengan Hajjah Hatiah Binti Hanafi dan mendapat 2 orang cahaya
mata semasa belajar di Makkah. Setelah Hajjah Hatiah Binti Hanafi beliau
berkahwin pula dengan Hajjah Sofiah Binti Haji Awang, dengan. Beliau
dianugerahkan dengan 11 orang cahaya mata semuanya.
Pendidikan
Sekolah Rendah Kebangsaan Sik, Kedah
Pondok Tuan Hussin, Kedah,
Pondok Tuan Guru Haji Mad Nawawi, Gurun, Kedah,
Pondok Pak Chu Him Gajah Mati, Pendang, Kedah
Darul Ulum Makkah dan menamtkan sijil kepujian Aliy
Mendalami ilmu di Masjidil Harram Makkah
Antara Guru Di Makkah
Syeikh Ismail Fathoni, Syeik Yassin Al-Fadani, Syeikh Abdul Qadir
Mandili, Syeikh Syed Alawi AL-Maliki, Syeik Syed Amin Qutubi dan
Syeik-Syeik muktabar yang lain.
Berdakwah
Tuan Guru Haji Salleh pulang ke Tanahair pada tahun 1964 dan terus
berkhidmat membantu ayahnya mengajar di pondok yang terletak di Pekan
Sik.
Kemudian, Tuang Guru Haji Salleh menggantikan ayahnya sebagai mudir Madrasah Ar-Rahmaniah sehingga sekarang.
Kini, anaknya sendiri Syeikh Muslim menjadi Timbalan Mudir yang membantu
Tuan Guru Haji Salleh meneruskan perjuangan dakwah di pondok tersebut.
Nama Tuan Guru Haji Salleh menjulang tinggi dalam arena dakwah tanahair.
Ulama ini bukan sahaja mengajar di pondok dan sekitar Negeri Kedah,
malah telah keluar ke merata negeri menyebarkan dakwah.
Anugerah
KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran. Antaranya BKM, SDK dan Tokoh pendakwah Negeri Kedah tahun 2009.
Almarhum YAB Dato' Seri Di Raja Ustaz Azizan Abd Razak menganugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment