HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 19, 2015

Istikomah dalam perjuangan - pemikiran Helmi Assyafie

Pemikiran Helmi Assyafie dalam meneruskan perjuangan hingga bertemu ALLAH.
Pemikiran ini dalam konteks perjuangan dan pengamalan ISLAM khusu di alam melayu Malaysia nusantara dan mungkin sesuai pengamalan diperingkat dunia ahli sunnah wal jamaah

Setakat ini saya banyak bergaul dengan gerakan Islam , gerakan dakwah ,gerakan ngo Islam , dan lain lain.
Saya di Malaysia pernah bersama PAS dan NGO Islam lain selain itu saya pernah mengkaji gerakan tabliq dan pernah sebentar saya ikuti dakwah tabliq.

RUMUSAN saya simpulkan:
Sekarang saya hanya Istikomah dengan AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
ini sahaja perjuangan yang benar dalam pengamalan agama yang kita amalkan.
Maka oleh kerana itu saya tidak akan tinggal sampai mati perjuangan ahli sunnah wal jamaah INSYA ALLAH bersama ulama para HABAIB SUNNI HADRAMAUT , ULAMA PONDOK NUSANTARA , ULAMA SUNNI SELURUH DUNIA SUNNI seperti ULAMA AZHAR MESIR dan lain lagi.

Maka inilah jalan saya yang jelas:
1. Mengikuti para habaib atas manhaj ahlus sunnah wal jamaah
    jalanan habaib hadramaut ialah jalan para habaib Balawi yang mementingkan sola ILMU           AMAL , IKHLAS, WARA, KHAUF

2. Mengikuti jalanan ulama pondok / pasentren yang mempertahankan ilmu talaqi ahlus             sunnah wal jamaah yang mendekatkan kita kepada jalan salafussoleh                                       
   Dalam ilmu aqidah mengikuti pandangan IMAM ABU HASSAN ASYARI IMAM ABU             MANSUR  MATURIDI.
Dalam bab syariat mengikuti pandangan IMAM SYAFIE
Dalam bab akhlak mengikuti pandangan IMAM GHAZALI dan IMAM ABDULLAH AL HADDAD
keseluruhanya mesti BERSUMBERKAN KEPADA QURAN DAN SUNNAH.

3 . mengikuti ulama ulama sunni tanpa taksub dan jumud, pemikiran kita mesti terbuka untuk memperjuangkan ahlus sunnah wal jamaah , semua pemikiran yang bernas dari ulama ulama sunni kita perlu ambil pakai seperti ULAMA AZHAR MESIR yang hebat dalam ilmu syariat dan ilmu mempertahankan ahlus sunnah , Ulama sunni SYRIA yang hebat dalam ilmu quran , ulama CHECHNYA yang sangat hebat pengamalan mereka dan pegangan mereka kepada ahlus sunnah wal jamaah , Ulama sunni INDIA yang sangat henat dalam keilmuaan hadis begitu juga ulama sunni JORDAN IRAQ TURKI DAN LAIN LAIN NEGARA YANG BERPEGANG KEPADA AHLUS SUNNAH

Jalan ini jalan yang mementingkan nilai nilai keilmuaan  dan mesti bersumberkan kepada QURAN SUNNAH IJMA QIAS, begitu jula jalan ini sangat menekankan kefahaman dan penghayatan agama dalam soal IMAN ISLAM EHSAN .
Jalan ini mesti mengikuti jalan akhlak dan tidak memusuhi sufi yang hak mengikut manhaj sunah yang ditarbiah oleh salafus soleh.






Ketiga tiga diatas saya akan ikuti dan anuti jalan ahlus sunnah wal jamaah Insya ALLAH saya berdoa agar ALLAH Istikomahkan saya hingga mati atas jalan ahlus sunnah ini.
Tidak keterlaluan bagi pandangan saya , hanya 3 jalan diatas kita akan bersama gerakan perjuangan ahlus sunnah wal jamaah sama ada perjuangan ahlus sunnah di Malaysia ,dan nusantara serta negara negara ahlus sunnah wal jamaah yang lain .
Ketiga tiga ini keutamaan bagi kita untuk perjuangkan untuk agama kita.

SEJARAH Perjuangan Helmi Assyafie konteks di Malaysia:
Saya harap pembaca dapat baca apa yang saya tulis dalam bab ini dengan cara menyeluruh sehingga habis dalam pemikiran perjuangan saya, sebab perubahan perubahan pemikiran mengikut ijtihad semasa dan saya harap pembaca buat penilaian yang dalil dan hati terbuka tanpa menghukum sebelum mengkaji.

Pembahasan ini panjang untuk merungkai pemikiran agar menjadi rahmat dan kedamaian seperti diajar dalam agama Islam agama rahmat.
Dalam gerakan haraki bersama PAS, saya mengikuti gerakan ini dari zaman Ustaz Fadzil Noor masa itu saya di sekolah menengah lagi , kemudian saya yakin dengan perjuangan PAS hingga saya mengaji di Pondok Dala Fatani, dan apabila saya belajar dengan TGH Salleh Musa Sik selama 9 tahun dari 2004 hingga 2014 saya menyertai dan berjuang bersama sama PAS untuk ISLAM. Dari tahun 2004 saya bersama perjuangan PAS di Sik peringkat cawangan Pekan Sik , pada tahun 2012- 2013 saya dilantik sebagai setiausaha ulama PAS Kawasan Sik.
 Tetapi pada tahun 2014 saya amat kecewa dengan keadaan PAS masa itu dan saya terus tawakuf (diam) kerana ramai pemimpin PAS pusat ( yang lain dari ulama / team mad sabu ghb atau pan ) yang tidak bersungguh sungguh memperjuangkan Islam hanya mementingkan kemenangan dan mengikuti rentak PKR dan DAP. Ulama dalam PAS seperti tidak boleh tegur apa apa sebab golongan perosak ini bermaharaja dalam PAS masa itu , mereka lebih dengar PKR dan DAP dari mendengar MAJLIS SYURA ULAMA. Saya terus tawakuf diam tanpa ambil peduli kerana kurang berminat dengan PAS pada masa itu ( 2014 )
Pada tahun 2014 saya hanya fokus kepada perjuangan ahlus sunnah bersama sama sahabat berjuang ahlus sunnah bersama ulama pondok dan bersama gerakan dakwah para habaib hadramaut  Yaman dan gerakan ulama ahli sunnah yang lain yang saya sangat yakini kesahihan dan keikhlasan mereka dalam perjuangan dakwah Islam dan ahli sunnah wal jamaah.
ALHAMDULILLAH saya syukur pada ALLAH sebab pada bulan JUN 2015 PAS putus hubungan dengan DAP dan ramai alim ulama yang terajuai PAS buatkan saya semangat kembali dan BERMINAT BERSAMA PAS SEMULA kerana dua sebab.
1. Sebab pertama kerana HUDUD kerana saya yakin kepimpinan ulama PAS memang ikhlas   dan bersungguh sungguh memperjuangkan hudud hingga sangup putus hubungan dengan DAP kerana DAP menentang perlaksanaan hudud di Kelantan, saya mengikuti semula gerakan PAS .
2 . Sebab ke dua kerana mempertahankan ulama dari dihina oleh golongan kecewa ( G18) yang wujudkan parti gerakan harapan baru ( GHB )atau parti amanah negara ( PAN) diketuai Md Sabu , keadaan serangan penghinaan mereka bersama DAP makin melampau lampau menyebabkan saya rasa terpanggil untuk pertahankan ulama dan ini termasuk dalam kefahaman ahlus sunnah wal jammah cara umum.


IJTIHAD PEMIKIRAN POLITIK HELMI ASSYAFIE BUAT MASA INI ( 2015 )


PEMIKIRAN SAYA DALAM POLITIK :
1. POLITIK RASULULLAH BUKAN CARA DEMOKRASI TETAPI POLITIK RASULULLAH LAKSANAKAN IAITU MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM CARA SYUMUL DAN DENGAN CARA RAHMAT DAN MAHABBAH . RASULULLAH DAKWAH YANG KAFIR KEPADA IMAN YANG JAHLI KEPADA ALIM , YANG FASIK KEPADA SOLEH.

2 . POLITIK DEMOKRASI DIHARUSKAN OLEH ULAMA WALAUPUN IA DARI BARAT , SEBAB IJTIHAD ULAMA  SUPAYA TIDAK MAHU BERPERANG ANGKAT SENJATA DAN TUMPAH DARAH , MAKA SUDAH TENTU ACUAN BARAT INI KITA PERLU BIJAK DAN HIKMAH GUNAKANNYA AGAR TIDAK JADI POLITIK KHAWARIJ , PERKARA INI MESTI DIFAHAM DENGAN PEMAHAMAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH.

Dalam konteks di MALAYSIA kita berdepan dengan pelbagai masalah negara maka perlu kita bersama gerakan jemaah ISLAM gerakan haraki untuk menegakan syariat ISLAM membetulkan keadaan kepimpinan negara yang kurang baik dalam urus tadbir negara.
Dalam politik negara buat masa sekarang saya terus istiqomah dalam perjuangan PAS bersama ulama .

Apabila saya mengkaji dan bersama pemikiran ulama ahlus sunnah wal jamaah maka munggkin pemikiran politik saya berbeza dengan yang lain sebab perjuangan yang terpenting bagi saya adalah dakwah IMAN DAN ISLAM kepada ummat dan saya amat mementingkan perjuangan AHLUS SUNNAH WAL JAMMAH.
Maka gaya pemikiran saya mungkin berbeza dengan orang lain.

1. Saya bersama semula perjuangan haraki PAS sekarang ini 2015 kerana darasnya perjuangan Islam mengikut al quran sunnah dan ingin menegakan syariat Islam, selain itu para ulama PAS masih ramai tokoh ulama ahlus sunnah peringkat pusat dan peringkat negeri , tidak dinafikan ada segelintir dari kepimpinan PAS ada yang wahabi ini kita akan berdepan dalam bab kefahaman syariat dan aliran aqidah , dalam PAS kita ada syura ulama yang mana kita harapkan TG Dato Haron Din sebagai mursyidul am mempertahankan ahli sunnah bersama ulama yang lain seperti MB Kelantan Ustaz Ahmad Yakob. Dalam haraki kita bahas titik pertemuan kita dalam perjuangan untuk tegak syariat Islam dan lawan ketidak adilan serta salah guna kuasa negara. kita sebagai perjuang ahli sunnah maka kerja dan perjuangan kita tidak akan selesai hingga qiamat cuma kita hadapai cabaran cabaran ini dengan hikmah.

2 . Saya bersama PAS sekarang sebab ijtihad saya sekarang ini , tidak ada parti politik yang bersih di Malaysia melainkan PAS untuk betulkan keadaan pentadbiran negara agar diurus dengan baik dan saya terpaksa bersama PAS sebab PAS komited ingin melaksanakan hudud dan ini termasuk dalam pemahaman ahlus sunnah wal jamaah yang mesti kita menolong perkara kebaikan iaitu perjuangan ini laksa syariat ALLAH

3. Saya sertai PAS atas ijtihad untuk tegak syariat dan pertahan ulama dan saya tidak akan sama sekali taksub denag parti , sekiranya ada perkara yang bercanggah dengan aliran ahli sunnah wal jamaah dalam satu satau perkara maka saya tidak akan sependapat dan saya tidak akan redha dengan pandangan yang lain dari ahlus sunnah, seperti pengalaman lalu semasa geng md sabu dalam PAS.

4 . Politik saya bawa ialah menggunakan politik Islam yang diajar Rasulullah yang membawa peranan dakwah mengajak ummat kepada ALLAH dan RASUL dan mengikuti seluruh ajaran ISLAM yang menyeluruh kepada ummat Islam dan mendakwah bukan Islam kepda Islam.

5. Politik Islam mesti ada mahabbah dan rahmat , jika ada ahli kita buat salah dari sudut agama maka mesti kita kena hukum salah , kita buat baik itu musuh maka mesti kita perlu kata baik walaupun dari musuh dan kerja kita buat yang hak lawan kebatilan dengan mengikut car
a dari ajaran Rasulullah dengan hikmah dan bukannya kerosakan .

INILAH perjuangan saya yang jelas buat masa kini dan harap ALLAH beri saya istiqomah dalam perkara yang benar , saya harap dengan saya mengabungkan perjalanan dakwah para habaib ,perjalanan dakwah ulama pondok dan bersama gerakan haraki Islam konteks di Malaysia bersama PAS untuk tegakan syariat ISLAM maka moga sentiasa dalam derha dan rahmat ALLAH. Saya cuba bawa gabungan pemikiran dalam perjuangan saya buat masa kini ,  moga Allah beri hidayah dan taufiq buat saya untuk meneruskan perjuangan ISLAM hingga bertemu ALLAH SWT.

PESAN HABIB ABU BAKAR :
AGAMA ISLAM AGAMA RAHMAT , BAWA KEDAMAIAN , '
JAGA LIDAH MU DARI MAKIAN , JAGA TANGAN MU DARI KEROSAKAN
JANGAN KITA BERPECAH BELAH , CUBA KITA CARI TITIK TITIK PERTEMUAN KITA UNTUK BERSATU ,
TIADA ADA PERMUSUAN DALAM ISLAM , MUNGKIN KITA SALAH FAHAM DALAM BERFIKIR MENYEBABKAN KITA BERPECAH , SEDANGKAN ISLAM ITU AGAMA RAHMAT , MESTI KITA RAHMAT SESAMA ISLAM, BAHKAN YANG BUKAN ISLAM MESTI KITA MEMBAWA RAHMAT ISLAM KEPADA MEREKA, INI AGAMA RASULULLAH MAKA WAJIB SETIAP ULAMA MENYAMPAIKANNYA JANGAN SEMBUNYIKAN AMANAH INI.

No comments:

Post a Comment