Tuan Guru Haji Abdul Hamid Pondok Seligi , pemergian mu penuh HUSNUL KHATIMAH
PERKONGSIAN cerita pemergian tokoh ulama Ahli Sunnah Tuan Guru Hj Abdul Hamid Pondok Seligi yang penuh mengembirakan , pemergian yang dicita -citakan oleh seluruh orang beriman iaitu Husnul Khatimah ... SUBAHANALLAH .
Moga Allah satukan roh beliau dengan roh Anbia , Solihin , Syuhada dan bersama roh orang beriman . Moga roh kita bersama dihimpunkan bersama roh mereka amin Ya Rabb.
4.7.2013
Sejarah kembalinya seorang aulia iaitu Tuan Guru / Baba Haji Hamid Pondok Seligi ke Rahmatullah , pada 4.7.2013 hari Khamis malam Jummat ,Jumaat terakhir Syaban .
Saya ( Helmi Assyafie) mendapat sms berkaitan nazak Baba Mid ( Tuan Guru Hj Abdul Hamid Seligi ) dari siang hari Khamis 4.7.2013 itu , saya sangka tiada apa-apa berlaku dan hanya berdoa agar Allah panjangkan usia baba Mid , saya pun rasa biasa sahaja la sebab baba dah lama sakit (strok) .
Takdir Allah , Allah lebih menyanyangi Tuan Guru Hj Hamid Seligi , maka saya mendapat berita pemergian
Baba Mid Seligi dari setiausaha pondok Seligi iaitu Usta Shah . Setelah mendapat sms selepas solat maghrib hari Khamis malam Jumaat maka saya terus tersa sebak hati , sedih teramat sangat dengan pemergian tokoh ulama ahli sunnah wal jamaah yang sangat kuat berjuang demi Islam dan ahli sunnah .
Saya terus hebahkan berita pemergian baba ke Rahmatullah melaluai blog , facebook dan sms kepada sahabat-sahabat .
Saya terus ke Majlis Lantunan Mahabbah semperna menjelang Ramadhan anjuran PAKSI dan Darul Hadis , setelah saya hebahkan berita ini dalam internet saya ke majlis Lantunan Mahabbh bersama keluarga mertua .Alhamdulillah saya menulis surat kepada penganjur agar para hadirin yang hadir hadiahkan Al Fatihah kepada roh Baba Mid . Alhamdulillah pihak penganjur menunaikan hasrat itu , ribuan orang sedekah Fatihah kepada baba Mid pada malam itu di Stadium Suka Menanti .
PEMERGIAN YANG INDAH.
Menurut cerita setiuasaha Pondok Seligi , Ustaz Shah semasa saya dan sahabat pondok ziarah pusara Allahyarham Tuan Guru / Baba Hj Abdul Hamid , Baba mula tenat pada waktu asar hari khamis . Ahli keluarga dan murid terdekat berkumpul dan bersama baba . Apabila diajar talkin " LA ILAH HA ILALLAH " maka baba akan sebut lengkap " LA ILAH HAILALLAH MUHAMADUR RASULULLAH " siap dengan huraikan maksud , ini pemberian ALLAH kepada baba , walaupun lama telantar di atas katil disebabkan strok tetapi Allah jaga akal baba dan Allah beri kekuatan fikiran kepada baba hingga masa sakit dan nazak baba masih mampu mengajar orang lain .
Ini semua pemberian ALLAH berkat Istiqamah baba dengan ilmu dan perjuangan .
Pada petang itu juga isteri Tuan Guru Haji Hamid Seligi lebih dikenali dengan panggilan Mama dari kalangan pelajar pondok menceritakan ,BABA kata kepada Mama " Mek nampak tak RASULULLAH mari jumpa (ziarah) ba (Baba Abdul Hamid ) ni"dua tiga kali baba ulang perkataan itu . Mama ingin menjaga perasaan baba masa nazak itu kat " eemmmm ya la " sebab yang nampak baba bukan mama - kata isteri Guru
SUBAHANALLAH ......RASULULLAH hadir dipenghujung hayat pemergian Tuan Guru Haji Abdul Hamid Seligi .Semasa itu Baba minta supaya mama angkat badan baba sebab tak sampai tanggan nak bersalaman dengan Rasulullah ....ALLAH , baba sahaja yang nampak orang lain tak nampak kata mama dan mama yakin baba cakap tidak pernah dusta pada mama memeng sahih itu Rasulullah seperti dakwaan baba semasa nazak .
Gambar BABA serta MAMA (isteri Baba Mid )
Semasa masuk waktu Maghrib , azan dikumandang maka murid rapat dan sebahagian ahli keluarga ke surau di hadapan rumah baba untuk solat Maghrib berjemaah , baba tengah nazak teruk ,semasa itu disisi baba ada mama (isteri baba ) dan anak baba , semasa jemaah sedang solat maghrib maka malaika datang jemput roh baba dengan keadaan baba sangat tenang dan sempurna mengucap kalimah mulia LA ILAH HAILALLAH ......maka nafas baba keluar dengan tenang . Masyallah......pergilah seorang aulia menemui tuhan yang mengasihinya . AL FATIHAH
dari maklumat yang saya(Helmi Assyafie) kenali Baba dari jauh .
Tuan Guru / Baba Mid berasal dari Fathoni Darussalam
dan merupakan perjuang Fathoni , Baba tidak boleh balik Fathoni disebabkan baba diburu dan dikehendaki oleh kerajaan Thailand .
Baba berjuang bersama perjuang kemerdekaan Fattani lebih kurang hampir tiga tahun dalam hutan menentang Siam . Baba merupakan murid kepada Syeikh Hj Sulong Fathoni yang mati syahid dibunuh siam dan dihumbankan jasad beliau ke dalam laut .
Semasa berjuang dalam hutan Baba pernah ditembak siam tetapi ALLAH memelihara baba peluru yang kena serban baba jatuh titepi badan baba , peluru tidak masuk dalam kepala Baba , SUBAHANALLAH
Semasa di Malaysia baba membuka pondok dan berjuang dalam medan dakwah seumur hayat beliau .
Baba kuat memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah terutamanya didalam bidang Tauhid .
Baba dihujung hayat berpesan kepada murid-murid yang ziarah beliau " Belajar tauhid sungguh-sungguh , belajarlah tauhid dengan Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah"
Baba Hj Abdul Hamid juga kuat memperjuangkan PAS di Kelantan bagi memstikan pemerintahan negeri dan negara diterajuai oleh perjuangan Islam . Manhaj Pondok Seligi Kelantan sealiran dengan Pondok Sik Kedah .
Beberapa wasiat baba Mid Seligi
1. Masa baba meninggal kebumikan baba di dalam kawasan pondok berhadapan pintu gerbang pondok
2. Tuan Guru Nik Aziz sebagai imam solat jenazah beliau
Sewaktu saya ziarah baba kali terakhir pada bulan November 2012( saya bersama 3 buah bas dari Kedah ziarah baba) http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html, saya bertanya soalan kepada baba " apa pendapat baba tentang Tuan Guru Nik Aziz , ada segelintir ulama pondok yang tentang beliau " , maka baba jawab " jangan kira sangat lah sedikit sebanyak tu (masalah selisih pandapat) payah (susah ) nak cari serupa (seperti ) nik Aziz tu , pemimpin soleh , baik , adil lagi , wali lagi " kata beliau .
GAMBAR KENANGAN TUAN GURU / BABA HAJI ABDUL HAMID PONDOK SELIGI r.a.
Tuan Guru Nik Aziz semasa menjadi MB Kelantan sering ziarah Tuan Guru Hj Abdul Hamid
Ziarah akhir saya dan sahabat dari Pondok Sik Kedah dalam rangka program Ziarah ulama " Kembara Ilmu Mendekati Ulama tahun ke 3 anjuran Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah ) pada bulan Novembetr.2012 http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/11/kembara-ilmu-mendekati-ulama-tahun-ke-3.html
KENANGAN ZIARAH PUSARA ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL HAMID SELIGI
Pada 23.7.2013
Bersamaan 14 Ramadhan 1434
Asar hari Selasa
dalam rangka turun Kempen PRK Kuala Besut
Kenangan Ramadhan 2013 tahun ini ziarah KELANTAN dan TERENGGANU
No comments:
Post a Comment