HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 1, 2012

Adab dalam Ikhtilaf , bersama Tuan Guru Hj Abdullah bin Saamah Geting Tumpat Kelantan

Al Fakir Bersama Tn Guru Hj Abdullah Najmi bin Saamah , lebih dikenali Tok Ayah Lah Geting
satu masa dulu saya sangat tentang beliau kerana beliau kuat menyokong UMNO. Penentangan saya dalam blog Kehidupan Tauhid dulu secara bersiri saya menentang beliau . Alhamdulillah saya dapat bertemu beliau dan muzakarah dengan beliau sebanyak 2 kali pada bulan mac 2012 tempoh hari . 
Pada mula saya amat keberatan untuk bertemu Tok Ayah Lah kerana saya tahu beliau UMNO dan saya pula adalah penyokong dan pejuang tegar PAS . Sesudah saya hubungi 5 Ke 6 tokoh ulama Kedah mereka tidak mahu bertemu Tok Ayah Lah . Saya kali pertama saya bertemu tok ayah dengan adik ipar saya . Kali kedua saya bersama sahabat dari pondok. 
Kali pertama saya rasa sangat berat untuk bertemu Tok Ayah kerana pelbagai angapan yang bermain diminda , saya khuatir saya tidak beradab apabila bertemu Tok Ayah dan pada masa yang sama tentu penyokong tok ayah akan marah dan naik angin pada saya . Dari jam 11.30 pagi hingga jam 4.00petang barulah saya buat keputusan untuk bertemu tok ayah lah. 
Allahuakbar , pelbagai ujian untuk bertemu tok ayah tetapi saya anak muda ingin mencarai kebenaran dan saya rasa nak penjelasan yang jelas dari mulut tok ayah sendiri tentang apa yang saya tidak setuju. 
Alhamdulillah saya bertemu dengan tok ayah di Pendang Resort buat kali pertama . Saya dilayan dengan baik dan penuh lemah lembut oleh Tok Ayah . 
Terima Kasih abang Amir , Abang Wan kerana aturkan pertemuan saya dengan Tok Ayah Lah . 
Saya mulakan muzakarah , panjang bahasan , segala apa yang saya tidak puas hati saya bertanya Tok Ayah Lah . Saya terus terang bagi tahu pada Tok Ayah saya orang PAS saya ingin mengkaji dan mencari kebenaran ,saya ingin muzakarah dengan Tn Guru . Maka Tok Ayah Lah terima dengan baik . Tok Ayah membuka muqadimah beliau dengan membuka catatan beliau yang beliau ambil dari kitab muktabar seperti Ianah , Iqnah , Fathul Wahab dan lain-lain .Saya amat berpuas hati dengan penjelasan Tok Ayah . 
Dalam masa yang sama saya memohon maaf kerana saya adalah diantara golongan yang kuat menghentan Tok Ayah Lah dalam Internet . 
Beliau adalah Tokoh Ulama yang alim dibidang kitab Thurath . 
Sebagai orang muda kita perlu hormati beliau walaupun selama ini kita PAS kita perlu hormati ilmu beliau. 
Pengajaran untuk saya dan anak muda semua . 
1. Jangan kita Taksub sesuatu hingga kita mengatup pintu perbincangan 
2. Kita mesti menghormati pandangan ulama tua walaupun kita lihat ia tidak mendatangkan kebaikan kerana mereka lebih matang dalam asam garam hidup . Kita orang muda jangan rasa pendapat kita sahaja betul , orang lain salah 
3 . Kita perlu mengkaji jangan kita dengar apa yang dari PAS sahaja , kita perlu dengar juga pandangan dari orang terutamanya ulama dari UMNO , maka barulah kita nilai. 
4. Kita mesti berjuang martabaatkan kembali Ahli Sunnah wal Jammah walu apa pun parti kita duduk wajib kita pertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Saya masih dalam PAS setelah bertemu dengan Tok Ayah Lah Geting . 
Bukan bermakna saya bertemu beliau saya terus jadi UMNO , ini tanggapan salah . 
Pendirian saya ada yang  betul hujjah Tn Guru Hj Lah Geting . Panjang bahasan antara saya dengan beliau , kami berbahas selama dua kali pertemuan pada 15.3.2012 dan 22.3.2012. Saya tidak akan masukkan apa yang dibahas lagi kerana dikhuatiri ramai yang tak dalami kitab thurat akan trus keliru dan lebih mudarat membuat hukuman sebelum perkara ini dibahas lebih dalam lagi . 
Insyallah saya akan berusaha bagi memastikan keharmonian antara ulama kita , saya tidak mahu ulama kita berpecah. Walaupun saya bersama ulama PAS saya ingin melihat ulama UMNO dan PAS disatu meja untuk menyelesaikan masalah negara dan ummah di Malaysia ini . Doakan saya agar mendapat taufiq untuk saya buat kerja Islam ini . Sekarang saya dalam tempoh buat kajian mendalam lagi manakah lebih mendatangkan mudarat pada Islam jikan BN dan PR memeribtah Insyallah . 
Tunggu masa saya akan dedahkan Insyallah 
Pertemuan kali pertama 15.3.2012


Pertemuan kedua pada 22.3.2012


Tn Guru Hj Abdullah Najmi Bin Saamah bersama Al Fakir Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
di Pendang Kedah pada 22.3.2012 . Muzakarah untuk mencari kebenaran 

11 comments:

  1. Kalau PR menag 60 sehingga 70 peratus pemimpin PAS dari perengkat cawangan sampai Pusat adalah Wahhabi atau Syiaah-fahaman mereka menjurus kpd Liberalisme dan Pluralisme ugama- maka tentu lebih mudarat pilih PAS dan PR memerintah

    Lihat statiustik dan lihat sindrom penyakin -kenaikan sebanyak 125 peratus lesen judi arak dan rumah urut di Selangor semasa PAS mememrintah-sangat memudaratkan umat Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..bagus untuk buat kajian tu..ada sedikit cadangan..di samping kaji mana lebih mudarat antara BN @ PR..kaji juga punca mudarat & alternatif untuk hilangkan/kurangkan mudarat.Nasihat di sini ketika mengkaji elakkan dari terpengaruh dengan semangat fahaman kepartian supaya beroleh natijah yang berfaedah untuk semua.wslm.

      Delete
  2. Salam. Tahniah kerana mahu mencari kebenaran. Tapi enta juga kena bersedia menghadapi suasana 'dipulaukan' oleh puak yg menganggap hanya Pas dan PR adalah syurga. Enta mgkn akan menjadi Hasan Ali kedua.

    ReplyDelete
  3. tapi betul kan tok ayah lah kata TGNA tu mujasimmah...

    ReplyDelete
  4. Salam..Saya pernah mendengar penerangan berkaitan ayat-ayat mutasyabihat oleh TGNA.Dalam menghuraikan maksud "وجه الله" memang berbeza huraian TGNA berbanding yang pernah saya belajar dengan guru-guru pondok.Dalam kes ni saya tak ikut lah pendapat dia sebab ni bab akidah.Dari kecil kita belajar Sifat 20 dan ta'wilan ayat-ayat mutasyabihat.Samada TGNA tu "Mujassimah" atau tidak,kita biarlah dia dengan pegangan dia.Kalau kita rasa tak sesuai dengan apa yang kita belajar,tak perlulah ikut dia.Ulama ramai di Malaysia.Kita belajar dan kita analisislah dengan cara yang diajar oleh ulama terdahulu.والله أعلم

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kata sedara..tp kiranya dibiarkan akan memudharatkan iman muslim,seperti virus..sekiranya akan merebak dan membarah..

      Delete
  5. Bagus sangat kerja saudara... satu kan umat islam malaysia usah berparti sampai berpecah belah

    ReplyDelete
  6. Saya kuraf arif tentang ilmu Islam nih. tak berapa paham tentang perbalahan Akidah la, sifat 20 la, ayat2 mutasyabihat la. Tu semua penting ker utk diperbalahkan sekrang dalam keadaan ramai lagi ang tak solat, x kenal iSlam??????????????????????

    dengar ucapan dia ni kat youtube macam sesat jer? ker bagi pandangan Ustaz2 sekalian, ni tak salah?????????????

    Siapakah Abdullah Saamah yang mengeluarkan kenyataan di muka hadapan Utusan Malaysia hari ini bahawa "Haram Sokong DAP"? Katanya, DAP ialah KAFIR HARBI berbeza dengan MCA dan Gerakan.

    Untuk lebih mengenali siapakah Abdullah Saamah

    , boleh saksikan rakaman sedutan ceramah beliau. Terima kasih.Di antara isi kandungannya ialah :

    1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh berhala di Bachok, hok Nik Aziz buat.."
    2. 0:31 : "Nabi jale-jale, sepak berhala.. berhala hok tidur ado j...
    ugok.(Nabi ter)semban situ, sapo buat ni? Nik Aziz jugok buatnyo.."
    3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni, dia mari Kelate, dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore PAS"
    4. 5:09 : "Ambo mimpi, tengok Nabi Muhammad, mari tepuk bahu ambo, sebut lebih 30 kali, betul doh hok ambo buat ni..."
    Kenali Abdullah Saamah dengar video di bawah :

    https://www.youtube.com/watch?v=Kj_sVTvu-D8&feature=player_embedded

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auzubillah..sifat 20 adalah teras aqidah.sekiranya anda tak tahu dengan ijmali dan tafsili nya apa itu sifat 20 maka anda tidak akan tahu anda dalam aqidah yang mana..malah solat anda x sah sekiranya anda xtahu 20 sifat Allah ini sebab iman anda tidak sah..ingat rukun Islam yang pertama2..mengucap syahadah,apa rukun dia?mengisbatkan zat,sifat dan perbuatan ALLAH TAALA.sekiranya anda tidak tahu yang ini,adalah dikhuatiri iman anda yang sebenarnya.Tuntutlah Ilmu Aqidah ini sebelom terlambat.Dahulukan ini sebelom anda mencaci pewaris nabi ini.Akramakillah...

      Delete
  7. Ni link Ucapan Tok Guru Hebat Nih, PUUUUIIII..

    https://www.youtube.com/watch?v=mtppH-LDI74

    ReplyDelete
  8. seronok dpt 2 juta
    http://www.youtube.com/watch?v=ZNZdqn54RzA

    ReplyDelete