HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, November 11, 2020

Sambutan Maulidur Rasul - Majlis Talim Asyairah tahun ke 6

Kenangan sambutan Maulidur Rasul -

Majlis Talim Asyairah tahun ke 6 .

19 Rabiul Awal 1442 / 5 Nov 2020

Alhamdulillah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis dari kalangan tetamu ulama , pemuji Rasulullah sekitar Kedah , yang berkhidmat menjayakan majlis , yang memberi sumbangan menjayakan majlis kali ini. Moga ALLAH anugerah ganjaran yang sebaiknya kepada kita semua.


Tahun ini sambutan amat sederhana disebabkan musibah covid 19 . Majlis kali ini tidak diiklan umum disebabkan tempat terhad.

Tahun tahun sebelum ini majlis Maulidur Rasul anjuran Majlis Talim Asyairah  diadakan di Masjid atau di Dewan. Tetapi tahu ini kehadirian amat terhad , hampir hampir seratus orang sahaja.

Moga Allah angkat musibah covid ini.

Doakan moga ALLAH Kurnia tempat yang sebaik baiknya untuk saya ,agar dapat mendirikan majlis dengan selesa.

Moga tahun tahun akan datang jika panjang umur dan diberi rezeki kelapangan moga dapat kumpul dalam majlis kerohanian yang lebih baik dari tahun ini Insya ALLAH.

































 

Sunday, November 8, 2020

Maulidur Rasul - kuliah dhuha Masjid Sultanah Bahiyah tahun ke 5





ALLAH takdirkan sempat sambut Maulidur Rasul sebelum PKPB . Maulidur Rasul anjuran kuliah Dhuha Masjid Sultanah Bahiyah tahun ke 5.

22 Rabiul Awal 1442 / 8 Nov 2020.


Tahniah pengurusan dan ajk kuliah serta ahli jemaah kuliah yang menganjurkan majlis bersama memuliakan mentakzim Maulidur Rasul...

Moga semua peroleh kebaikan keberkatan dunia akhirat.


Rakaman majlis


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5327564110603189&id=100000489592799


https://youtu.be/GI1tAv3oie4


Kenangan majlis 


https://pondoktauhid.blogspot.com/2020/11/maulidur-rasul-kuliah-dhuha-masjid.html?m=1


Kehadiran tahun ini 

Tuan Guru Baba Khairul Anuar , Habib Muhammad Al Jufri , Habib Muhammad Mahdaly , Tahfiz Intan.


Tuan Guru Syeikh Aminuddin tahun ini tak dapat bersama sebab mesyuarat ajk fatwa pada 8.11.2020 bincang masalah PKPB


Tuan Guru Ustaz Johari Morad sibuk urus pelajar nak pulang sebab PKPB.


Alhamdulillah tahun ini ALLAH sempurnakan sambutan Maulidur Rasul walaupun dalam sausana SOP dan dalam keadaan buat perisiapan PKPB.

Kehadiran hampir 500 orang Alhamdulillah.

Moga semua peroleh barokah.