HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, March 28, 2012

Persatuan Pelajar Pondok Tauhid bersama raikan Majlis Maulidur Rasul SAW , yang berlangsung di rumah Ustaz Nordin Singapura di Johor



Alhamdulillah , Maulid anjuran Ustaz Nordin Singapura di kediaman baru beliau di Johor sangat-sangat meriah dan merasai penghayatan yang luar biasa bagi Al Fakir kerana majlis mulia ini berjaya menggumpulkan ramai ulama tua diantaranya Syeikh Toyib Al Makki Umur 96 , Habib Abdullah bin Alwi umur 88 , Habib Abbas Singapura umur 86 , Habib Sh Ratas dan ramai lagi ulama dalam satu majlis , Majlis beliau ringkas penuh ringkas , Tawaduq , penuh adab dan sangat terasa penghayatan bagi setiap yang hadir 




Habib Abdullah bin Alwi berusia 88, Selaku imam solat jenazah Habib Ali Batu Pahat merupakan tamu khas Ustaz Nordin di Majlis Mulia ini . Habib sedang bagi nasihat khusus kepada pelajar Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah . Nasihat yang sangat bermakna menekankan soal hati . 


Selawat memuji Rasulullah SAW di sepanjang pogram maulid di Rumah Ustaz Nordin .


Habib Abbas Singapura berusia 86 sedang membaca doa penutup majlis . 






Doa dari ulama sentiasa tidak putus putus atas permintaan hadirin yang hadir . 
Al Fakir yang hina menumpang kenangan bersama ulama mulia , permata yang mahal yang masih tinggal sekarang , moga Allah selamatkan mereka dan kita semua ameen . Moga kita tergolong dalam golongan yang ikhlas seperti mereka ameen 

Maulid Hari ke 2 di Johor bersama Ulama Tua .....
Subahanallah , Alhamdulillah atas nikmat yang terlalu indah ini buat diri al fakir dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah .
Terima Kasih kepada USTAZ NORDIN SINGAPURA dan Murid beliau yang sanggup menjemput kami sebagai pengirin Syeikh Toyib Al Makki ke rumah beliau kini di Johor . Moga Allah satukan kita semua yang berada di Majlis Maulid ini di Akhirat bersama Anbia dan Ulama ameen Ya Rabb


Habib Abdullah 88, Syeikh Toyib 96 , Habib Salim 76 , Habib Umar Syatiri Singapura 63 dalam satu majlis . Masyallah , Alhamdulillah sangat syukur kerana Allah izinkan Al Fakir dan sahabat PPPT -Kedah besama dalam majlis Maulid di JOHOR kali ini ...

Habib Umar Syatiri Kuala Lumpur , berusia 63 


Hari Keberangkatan ke Kedah bersama Syeikh Toyib Al Makki

 Pernikahan Mohammad , murid kepada Ustaz Nordin dengan berwakilkan Syeikh Toyib Makkah
 Berbalas Nasihat , Syeikh Toyib dan Ustaz Nordin maenyampaikan Nasihat yang sangat bermakna untuk teruskan perjuangan . Insyallah saya akan taip segala nasihat untuk peringatan buat ana dan sahabat seperjuangan


TERIMA KASIH USTAZ NORDIN SINGAPURA . HANYA ALLAH MAMU MEMBALAS JASA DAN PENGORBANAN USTAZ PADA KAMI PERSATUAN PELAJAR PONDOK TAUHID -KEDAH .

Tn Guru Hj Hassein Ibrahim , Lubuk Tapah kembali ke Rahmatullah


Semasa saya dan sahabat Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Kedah ke rumah Ustaz Nordin Singapura di Johor atas jemputan Maulid bersama Ulama Tua , selama dua hari berturut-turut saya dapat SMS yang mengejutkan dan sangat-sangat pilu atas pemergian 2 tokoh ulama Malaysia iaitu Tn Guru Hj Hussein Lubuk Tapah Kelantan dan Syeikh Salleh Penanti . Makin kurang ulama kita , moga Allah rahmati roh mereka berdua ameen




TGNA Ziarah Keluarga Allahyarham Tuan Guru Hj Hussin Ibrahim






 Kelantan sekali lagi kehilangan tokoh ulamak pondok termasyhur apabila bekas Adun Bukit Tuku, Tuan Guru Hj Hussein Ibrahim kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 5:15 minit petang ini disebabkan serangan jantung. Beliau merupakan Bendahari Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan.
Sewaktu dihubungi petang tadi, ADUN Bukit Tuku, Hj Abd Fatah Haron memaklumkan bahawa Hj Hussein Ibrahim meninggal dunia semasa dikejarkan ke Hospital Lati Pasir Mas.
Hj Hussein merupakan sepupu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah dan merupakan penyandang kuat kepada institusi Pondok Lubuk Tapah.
YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan menerusi kenyataan dalam facebook beliau malam ini menyifatkan pemergian allahyarham Hj Hussin Ibrahim sebagai satu kehilangan besar kepada perjuangan Islam di Kelantan khususnya dan di seluruh negara.
'Allahyarham telah menabur jasa yang banyak khususnya kepada perkembangan ilmu di Kelantan dan turut menjadi antara rujukan beliau. Semoga rahmat Allah SWT dan pengampunanNya mengiringi beliau dan dimasukkan ke dalam golongan hamba-hambaNya yang soleh, insya-Allah’, tambah Tuan Guru.

Allahyarham pernah menjadi wakil rakyat Pas apabila menang kerusi Dun Bukit Tuku pada tahun 1990 mengalahkan Mohd Zain Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 2,093. Beliau mendapat 6,336 manakala Mohd Zain mendapat 4,243. Sepanjang penglibatannya dalam politik Pas beliau menjadi anggota Dewan Ulama Kelantan dan pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang selama satu penggal.
Beliau merupakan antara tokoh ulamak yang memimpin beberapa siri munajat rakyat Kelantan sejak Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Abd Rahman (Tok Guru Hj Lah Lubuk Tapak) keuzuran sehinggalah meninggal dunia pada 19 Mac 2008. Tahun lalu, Kelantan juga telah kehilangan seorang tokoh ulamak pondok, Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432

Tuan Guru Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin meninggal dunia




Tuan Guru Hj Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin tuan guru di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam atau lebih dikenali denganPondok Penanti telah kembali menemui Illahi pada 29 Jan 2012 di Mekah pukul 12.00 tengahari waktu Saudi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amiin!

Al-Marhum Tuan guru merupakan anak lelaki kepada ulama terkenal iaituSheikh Osman Jalaluddin. Beliau merupakan salah seorang Syura Jemaah Tabligh di Malaysia ini. Beliau memperolehi dua kerakyatan iaitu Malaysia dan juga Saudi. Kalau tidak salah penulis akhir tahun 1990an kerajaan Malaysia meminta beliau memilih hanya satu kerakyatan sahaja, maka beliau memilih kerakyatan Saudi. Sejak dari itu beliau hanya pulang sekali sekala, namun jika ada program Ijtimak di Malaysia beliau tidak ketinggalan akan pulang dan hadir bersama.



Penglibatan beliau di dalam Jemaah Tabligh setelah ditaskil oleh Maulana Lutfurrahman Bangladesh untuk keluar 4 bulan sekitar tahun 1970an. Namun begitu beliau telah pun bersama dengan Maulana Yusof melakukan Jualah/ghast di Mekah ketika rombongan jemaah Maulana Yusof rah datang ke Mekah cumanya belum keluar lagi ketika itu. Setelah keluar 4bulan beliau menjadi penggerak utama jemaah dan sering menjalankan jaulah khususi gulongan khawas bersama Uts Arabi Penanti ketika itu.


Kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh di Malaysia sekitar akhir 70an dan awal 80an banyak terhasil daripada beliau. Ketika itu masyarakat kurang faham dan kurang senang dengan Jemaah Tabligh namun beliau tampil menjelaskan dan keluar beberapa hari bersama jemaah serta jaulah/ghast dari rumah ke rumah miski pun menaggung malu dan cacian.


Di sebabkan beliau adalah seorang alim maka kefahaman berkaitan Jemaah Tabligh sedikit demi sedikit terungkai di dalam masyarakat khususnya di kawasan utara semenanjung. Pertama kali penulis bertemu beliau ialah pada 1979 di Ijtimak Buloh Gading,Terengganu ketika itu penulis keluar pertama kali 40 hari. Setahun kemudian iaitu pada tahun 1980 satu Ijtimak dibuat di perkarangan Pondok Penanti. Sekali lagi penulis ikut menghadiri ijtimak tersebut bersama kawan-kawan serta beberapa orang tua dikalangan anak murid Tn. Guru Hj.Ahmad Bt6.


Kematian beliau mengeringi kematian Saudara Khalid Bhai syura Malaysia yang meninggal baru-baru ini.

Majlis Kesyukuran dan Mahabbah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT-Kedah) di Pulau Pinang


Majlis Kesyukuran , terima kasih kepada AJK PPPT yang bertungkus lumus menjayakan Majlis 
MAHABBAH DAN IJTIMA ULAMA THURATH 1.1.2012 yang lalu di Surau Perwaja Gurun Kedah 
disamping merapatkan ukhwah dan silaturahim antara AJK PPPT

 Ziarah Tuan Imam Masjid Kapitan Keling : Dato Syeikh Abdullah Bukhari bin Abd Rahman Berusia 79 alim 4 mazhab , sangat tawaduq dan pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang


 Doa Syeikh Abdullah untuk ahli majlis PPPT
 Alhamdulillah PPPT - Kedah sudah berusia 2 tahun , majlis kesyukuran dianjurkan untuk merapatkan lagi silaturahim antara AJK PPPT . Insyallah akan datang kita akan anjurkan majlis seumpama ini bersama jemaah dan ahli PPPT . Doakan PPPT agar terus hidup dan giat menjalankan tugas secara sukarela tanpa upah dan bayaran untuk agama Allah ...Insyallah 27 .1.2012 kami akan membawa dua orang ulama tua ke Johor ke Majlis Maulidurasul . Doa agar kami menjadi bakal pendakwah dimasa hadapan .....






Beli Kitab Thurath di Pulau Pinang  




Setiausaha PPPT memberi Cenderahati kepada Ketua PPPT 

Ketua PPPT memberi cenderahati kepada Setiausaha PPPT

















Sumber: Ahmad Rafae ( Lujnah Penerangan Persatuan Pelajar Pondok Tauhid - Kedah)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.364952350197748.109405.100000489592799&type=3