HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, March 30, 2016

Maulid Akbar Pondok Tuan Guru Hj Rahim Pendang - kenangan Helmi Assyafie

Helmi Assyafie bersama Habib Hamidun Nagib 

Alhamdulillah 
Alhamdulillah Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah yang hadiahkan kami warga Kedah dengan kehadirian ulama para habaib , tuan tuan guru , kiyai di Majlis himpunan Berselawat di Pondok Tuan Guru Hj Rahim Pendang Kedah.
Alhamdulillah dengan izin Allah himpunan berselawat di Pondok MUSTAQ Tn Guru Hj Rahim Pendang berjalan dengan lancar.
Tahniah warga Pondok MUSTAQ dan seluruh muhibbin yang menjayakan majlis maulid bersama Habaib dan ulama Ahli sunnah wal jamaah. Majlis ini dihadiri ulama Ahli sunnah wal jamaah termasuk Dato Paduka Mufti Kedah menyokong teguh majlis ini yang kita warisi dari salaf soleh ahli sunnah wal jamaah










































Sunday, March 13, 2016

40 WASIAT HABIB UMAR UNTUK WANITA .


40 WASIAT HABIB UMAR UNTUK WANITA .
1- Di dalam kehidupan ini, kita mengambil sebuah tindakan melalui beberapa faktor yang mana faktor-faktor tersebut akan MEMPENGARUHI KEHIDUPAN kita (contoh pakaian kita)
2- Di negara bukan Islam, kedudukan WANITA di tempat kehinaan dimana hak mereka tidak seperti hak-hak wanita Islam yang terpelihara.
3- WANITA adalah FAKTOR UTAMA dalam menciptakan SAKINAH dikalangan manusia seperti dalam rumahtangga bersama suami dan anak-anak.
4- Dengan cara BERHIKMAH, WANITA dapat ciptakan suasana keharmonian.
5- WANITA memainkan peranannya untuk mencipta suasana hikmah (iaitu SAKINAH itu).
6- Bilamana WANITA menyedari TANGGUNGJAWABNYA dicptakan di BUMI, dirinya dapat menyedari peranannya sebagai ANAK PEREMPUAN dan IBU dan ISTERI.
7- Bila PEREMPUAN itu sudah sampai usia baligh, dia perlu menyedari bahawa DIRI BELIAU TAK AKAN DIDEDAHKAN KEPADA ORANG LAIN.
8- Dua LANGKAH oleh Ibubapa terhadap anak perempuannya;
i) Anak PEREMPUAN yang belum baligh masih dijagaan ibubapanya yang tak dapat untuk menafkahkan dirinya, pakaian dirinya dan tak dapat nak tanggung segala keperluannya, maka ketentuan dalam keperluannya ditanggung oleh ibubapanya seperti yang di dalam aturan agama.
ii) Pembentukan anak yang tak baik BERPUNCA daripada ibubapanya sendiri jika Ibubapanya tidak mengambil berat tentang factor-faktor yang tidak baik di luar. Bila anak itu sudah baligh, tanggungjawab kepada dirinya dan orang-orang lain lebih besar.
9- Boleh jadi FITNAH kepada anak perempuan itu bilamana tidak menjaga kehormatannya. Maka sabda Rasulullah SAW, “'Aku tidak tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki selain fitnah wanita.”.
10- Sebab terjaganya kehormatan masyarakat dan bebas dari Fitnah dalam masyarakat dan juga faktor LELAKI yang beribadah kepada ALLAH SWT, melainkan kerana PEREMPUAN. (iaitu perempuan yang menjaga kehormatan mereka).
11- IBU itu adalah MADRASAH kerna ia merupakan factor pembentukan anak-anaknya. Bilamana kamu siapkan madrasah itu dengan sempurna, maka kamu akan siapkan generasi yang MANTAP. Ini antara maksud syair.
12- IBU dapat mempengaruhi kebaikannya kepada orang-orang disekelilingnya.
13- PEREMPUAN perlu menjaga kehormatannya SEBELUM PERNIKAHANNYA, bilamana dia mempunyai SIFAT yang mana sifat itu diumpamakan seperti Nabi SAW iaitu Nabi SAW lebih malu daripada anak gadis di biliknya.
14- Perumpamaan ini dikatakan oleh Sahabat sehinggakan SIFAT MALU itu menjadi di kalangan wanita di zaman itu meskipun mereka dekat dengan zaman Jahiliyah.
15- APAKAH BAIKNYA JIKA PARA SAHABAT LIHAT ANAK2 GADIS DI ZAMAN SEKARANG??? Pastinya sahabat tiada kalimah untuk nak mengumpamakan anak2 gadis zaman sekarang (SPEECHLESS GITU..Allah..
16- Kadang-kadang kita lihat ANAK DARA sekarang LEBIH BERANI dalam PERCAKAPANNYA daripada IBUnya dan NENEKnya.
17- Kita lihat di zaman sekarang, berlaku kecelaruan di kalangan anak-anak gadis kita.
18- Walaupun disebutkan sifat-sifat tak baik bagi sesetengah PEREMPUAN yang TIDAK menjaga kehormatannya, namun TAK DINAFIKAN masih ada yang menjaga kehormatan mereka.
19- Masih ada golongan WANITA yang menjaga kemurniaan agama di kala kesesatan yang berlaku.
20- Walaupun berlaku kemunduran dan kerosakan itu, jumlah yang ramai itu (jumlah WANITA yang baik itu), dapat menyedarkan jumlah WANITA yang dalam kesesatan itu. Seperti yang pernah berlaku di zaman Nabi terdahulu, yang tetap akan muncul PEREMPUAN-PEREMPUAN yang berusaha untuk mengembalikan agama dan menarik masyarakat untuk kembali kepada agama.
21- Walaupun telah banyak berlaku kerosakan, hendaklah ia menjadi sebab untuk kita MEMPERBAIKI DIRI KITA.
22- Melalui pernikahan, LELAKI YANG BAIK akan mencari CALON ISTERI YANG BAIK dari aspek agama daripada aspek yang lain. Demikian juga PEREMPUAN akan pilih LELAKI YANG BAIK. Sabda Nabi SAW: ““Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerusakan yang merata di muka bumi.”
( HR Tarmidzi dan Ahmad )
23- Maksud ‘bila engkau tidak lakukan’ adalah bilamana tak pilih calon yang baik maka akan berlaku perkara-perkara yang tak baik. Jika neraca pilihan melalui harta, akan berlaku kecelaruan dan kerosakan dalam rumahtangga dan berlaku FITNAH yang besar.
24- Bilamana seorang pemuda Lelaki & Perempuan mempunyai tujuan yang benar untuk berkahwin, mereka ini akan jadi sebab untuk berbakti kepada ibubapa mereka dan menunaikan hak ke atas tanggungjawab mereka, memuliakan apa yang dimuliakan oleh Allah dan merendahkan apa yang direndahkan oleh Allah Taala.
25- Pandangan SUAMIISTERI INI terhadap dunia ibarat sebuah ladang untuk memetik buah di akhirat nanti.
26- KELUARGA YANG BAIK, yang mengetahui hak2 ini (seperti disebut di atas), apabila ada masalah, mereka akan mengambil sikap yang membentuk sikap yang baik ke atas keluarga mereka.
27- Betapa besarnya peranan mereka untuk membaiki masyarakat sehinggakan suami dan isteri itu apabila mempunyai masalah, masalah itu adalah mereka memikirkan kemaslahatan Umat.
28- Boleh jadi laknat Allah apabila perempuan (isteri) itu bila ada masalah dia lari dari bilik mereka. Tak akan jumpa Allah, bagi orang yang melakukan dosa.
29- Maka, perlulah PEREMPUAN itu TAAT dan PELIHARA agama untuk menjadikan asbab kepada penyelesaian masalah di dunia ini.
30- Berapa ramai WANITA yang menjadi seperti Mariam, Khadijah, Fatimatun Zahra, Aishah? Keagungan mereka bisa menjadi tauladan kepada ANAK-ANAK GADIS ketika ini.
31- FatimatunAzzahra itu penghulu wanita di syurga, (Adakah kita tak mau ikuti beliau ke syurga atau kita pilih ke neraka??)
32- Bilamana ada wanita yang berpakaian tapi telanjang disebutkan mereka adalah golongan wanita yang akan masuk ke neraka. Bila anak-anak kita ikuti wanita-wania telanjang ini, ke mana mereka akan bawa anak-anak kita?? Sedangkan FatimahtunZahra mengajar anak-anak kita untuk ke syurga.
33- Sungguh, ganjaran anak-anak muda LAKI & PEREMPUAN yang baik itu akan juga kepada ibubapanya. Dan dosa serta maksiat anak-anak muda akan dapat kepada ibubapanya.
34- Kehormatan WANITA BUKAN lah dari, membuka aurat, bebas pergaulannya dan punyai harta yang banyak.
35- Lihat, bagaimana S.Khadijah r.anha punya banyak harta dan menginfakkan hartanya ke jalan agama. Meskipun beliau kaya dan punya bisnesnya yang luas, beliau masih menjaga kehormatannya dari bergaul bebas dengan lelaki.
36- Beliau tak mengambil suatu tindakan sehinggakan dapat bergurau dengan kaum bukan sejenis. Bilamana terlibat seorang WANITA dengan lelaki mesti tahu cara nak berinteraksi dengan mereka, bermuamalat dan beri batasan pergaulan.
37- Jika Nabi SAW lihat apa yang berlaku sekarang, pasti Nabi tak benarkan perempuan ke masjid.
38- Bukanlah kekayaan atau kemiskinan menjadi penghomatan seorang WANITA, tetapi akhlaq.
39- Bila diizinkan Allah untuk masuk telaga, maka kamu akan lihat wajah Fatimatuzzahra. Amat tidak berbahgialah WANITA pada zaman ini yang tidak melihat wajah mereka.
40- Tingkatkanlah NIAT kamu sementara berada di dalam majlis ilmu ini, moga Allah catatkan nama-nama kamu-kamu semua wahai Muslimat ke dalam syurga, moga Allah beri hubungan kuat di antara kalian dengan S.Fatimah, S. Khadijah, S. Aishah r.a dan wanita-wanita solehah yang lainnya, moga kita berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha dengan kita.
ALLAHUMMA AMEEN
8 Mac 2016, Petikan dari ceramah Habib Umar bin Hafidz di Masjid Al-Falah USJ 9, MALAYSIA
Sumber : Ustazah Fatimah

Kenangan Helmi Assyafie di Majlis Selawat Perdana bersama guru mulia Al Habib Umar di Jakel Mall 11 mac 2016



 Kenangan dan Wasiat Murabbi Al Habib Umar 
Seruan Nabawi
Tausiah
Al Alamah Habib Umar Bin Salim Bin Hafiz
Mutarjim
Habib Jindan bin Novel
Habib Ali Zainal Abidin
Agama kita adalah
agama Nabi Muhammad
agama Nabi Ibrahim
agama Nabi Nuh
agama Nabi Syith
agama Nabi Adam
Mazhab kita adalah Mazhab yang 4
Dan majoriti kita mengikut As-syafi'e
Mazhab akidah kita asy'ari Dan al maturidi
Ilmu ihsan kita sepertimana ajarannya Nabi Muhammad yang disusun oleh Ali bin Husein, Uwais al qarni. Kita mengikut kepada Harith al muhasibi , Abu Tolib al makki, Imam al ghazali , Junaid al baghdadi.
Diizinkan majlis ini, atas keberkatan yang diberikan Allah.
Nabi Muhammad itu di pilih Allah. Dan dari Nabi Muhammad kita menjadi sebaik baik umat.
Majlis ini akan menampakkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Ini menjadi hujah kepada yang benar dan akan semakin terserlah kebenaran.
Orang yang lalai akan rugi kelak.
Hiasi diri dengan hakikat keimanan Dan jauhi sifat kesesatan. Orang yang tercela itu orang yang rela mendengar tuntutan nafsu. Taghut itu membawa kamu kepada golongan tertentu.
Kufurlah kamu kepada Taghut Dan berimanlah kepada Allah maka sungguh ia berpegang kepada tali yang kukuh dan takkan putus.
Mereka yang Kufur kepada Taghut itu
-Menjaga mata
-Tidak membuka kepada laman2 website yang diharamkan Allah
-Setelah bersurai Dari majlis ini, akan pulang ke rumah Dan membersihkannya Dari perkara yang dibenci Allah.
Mereka yang mengagungkan Allah pasti akan membuahkan rasa ta'zim kepada para rasul Dan Nabi
kepada para sahabat khususnya ahlil bait Dan umumnya kepada kaum muslimin.
Ajakan agama adalah kepada Islam , iman Dan Ihsan.
Jaga hati dari hasad dengki Dan benci kepada orang yang beriman.
Seperti mana doa Nabi Ibrahim.
"Di hari yang harta Dan anak pinak tak mampu memberi manfaat. Kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera "
Wahai mereka yang merendahkan agama.
Kami tak perlukan orang yang merendahkan agama Dan ajaran Nabi
- Tinggalkanlah kami
- Biarkan kami ungkapkan rasa cinta kami kepada baginda
- Jika tidak, tunjuk kan kepada lamo bagaimana cintamu
Ketika Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, beliau hanya naik ke mimbar hanya sehingga tangga yang kedua. Ini menta'zimkan Nabi walau kepada benda bukan hidup. Ta'zimnya itu, sebelum Dan selepas kewafatan baginda.
Adakah berat kamu merasa memuji Nabi Muhammad?
Bila Ada majlis yang meningkatkan cinta kepada Nabi maka pergilah
Bila Ada majlis mengecilkan rasa cintamu maka Tinggalkanlah
Kita semua tak perlukan ajakan yang merendahkan Nabi
- Tunjukkan kami cara untuk agung kan Nabi, kami ambil
- Kalau tiada, tinggalkan kami
Bukankah mereka yg menginfakkan harta sebelum Dan selepas fathul mekah itu dijanjikan syurga?
Apakah kalian mengadakan ajaran yang menjauhkan kita dari ahli syurga?
Didalam Quran juga Allah menyuruh kita untuk cinta kepada kerabat Nabi.
Didalam Sahih Bukhari Dan Muslim juga menyatakan selawat ke atas Nabi Muhammad,Nabi Ibrahim, Ahli keluarga baginda Dan isteri baginda.
Adakah bila mengagungkan Nabi Dan sahabat Akan jadi rafi'e , syi'i atau nasibi? Maka siapa sebenarnya yang Dari golongan yang dinyatakan itu?
Sesungguhnya masa Dan umur itu singkat
- Tinggalkanlah kami
- Buatlah apa yang kamu nak buat
- Jangan lengahkan solat anak2 kami
- Biarkan kami yang berfahaman ahli sunnah wal jama'ah
Sebagaimana kami hormat Dan berhati hati untuk tidak mencela Dan mengkufurkan kalian. Kami ikut kepada Saidina Ali yang apabila ditanya tentang golongan ini. "Mereka itu bukan kafir kerana dalam hati mereka Ada iman. Mereka juga bukan munafik kerana mereka banyak berzikir. Mereka adalah saudara kami yang menentang kami "
Kami tak cerca kamu kerana kami hormat syariat Nabi.
- Kalau tak suka, tak perlu ikut. Buat sahaja yang fardu2.
- Jangan pula kamu cerca kami.
Bagi orang yang berniaga Dan berpolitik.
- Bermuamalatlah dengan cara yang Dibenarkan agama
- Jika ia tidak dibenarkan agama maka Tinggalkanlah
Letak dihadapan kita fatwa Nabi
"Mencaci orang Muslim itu kefasikan. Memerangi orang Muslim itu kekufuran"